Bukan 100, 50 Ulama Bakal Sertai Asri Menjadi Ahli UMNO? Jika Benar, Perlukah kita MERAYU?
Isu ini semakin hangat diperkatakan. Ulama muda ini pula sudah menjadi selebriti politik popular pada hari ini. Ada yang merayu, ada yang menagih perhatian ulama ini agar memikirkan keputusannya untuk menyertai UMNO. Namun, selagi tiada pengumuman rasmi, maka berita ini hanya "terapung-apung" tanpa dapat dipastikan. Ulama muda ini tidak menafikan perbincangan antaranya dengan UMNO, malah tidak membuat penafian dalam hal ini.
Dalam hal ini, saya cetuskan persoalan: perlukah kita "merayu & meratap" jika ulama yang sudah tentunya dapat membezakan baik dan buruk, halal dan haram daripada menyertai UMNO? Jika dia memilih untuk "membutakan hatinya", biarkan! Malah dia pun maklum tentang peranan dan nasib ulama yang terlebih dahulu menyertai UMNO.
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini.
The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.
“Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan,” kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau.
Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.
“Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang,” kata beliau lagi.
The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.
“Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno,” kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno.
Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.
“Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami,” kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno.
Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.
Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.
Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” katanya.
Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai “cendekiawan berkecuali.”
The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik.
Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.
“Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas,” kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno. - G. Manimaran
Salam ziarah..
Comment by admin radio @ Rabu, Jun 23, 2010 12:28:00 PTGRadio Online
SILUNCAI nak terjun dengan labu-labunya.... biarkan....
Comment by rot2photo @ Khamis, Jun 24, 2010 9:09:00 PG