[Kemas Kini] Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya
Saya memang sengaja tidak menyiarkan berita tentang Muktamar PAS kali ini, sebaliknya menyiarkan berita antarabangsa terutamanya berkaitan dengan skandal Peterporn dan beberapa cerita lain. Saya rasa keberatan untuk berbuat demikian.
Rupa-rupanya keberatan untuk berbuat demikian ada asasnya. Malaysia Kini melaporkan: PAS: Waspada dengan blog, 'luncai' luar parti. Berita itu memaparkan sebahagian inti pati ucapan Tuan Presiden PAS. Mungkin "luncai" (tafsiran saya- maafkan saya kalau saya tersalah tafsir) yang dimaksudkan oleh Tuan Presiden ialah blog-blog yang menentang pembentukan Kerajaan Perpaduan (UG) yang pernah heboh diperkatakan suatu ketika dahulu atau blog-blog yang mengkritik pihak tertentu dalam parti tersebut. Sudah tentu blog marhaen ini pernah berbuat demikian demi memastikan Pakatan Rakyat terus kukuh untuk menjadi wadah politik baru untuk generasi muda khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Saya yakin majoriti blog yang menentang isu UG dan mengkritik pemimpin parti tersebut ikhlas untuk berbuat demikian.
Dalam hal ini, saya bersetuju benar dengan pandangan Greenboc. Anda boleh baca kirimannya yang bertajuk: Luncai- Hadiah untukmu blogger di sini.
Blogger pro-PR sudah tentunya tidak pernah menerima imbuhan untuk menyiarkan berita alternatif kepada masyarakat yang sejak sekian lama dinafikan untuk menerima berita yang adil dan tepat. Malah blogger kecil-kecilan seperti saya terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayar bil internet. Semuanya kerana mahu memastikan sekurang-kurangnya sebahagian pelayar internet memperoleh maklumat yang tepat berkaitan dengan PR.
Jika benarlah tafsiran itu, adakah beliau begitu terasa hati apabila sesetengah blogger menimbulkan isu UG dan isu-isu lain yang bertentangan dengan pendapat parti tersebut? Adakah media sedia ada parti itu mampu untuk melawan media BN yang sudah kita maklum menguasai saluran maklumat di negara ini? Adakah PAS mampu mencapai kemenangan dalam PRU akan datang tanpa sokongan blogger yang saban hari bertungkus lumus menyiarkan berita berkaitan dengan PR dan parti tersebut.
Kata orang tua-tua: terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Oleh itu, jika saya terlajak tafsir seperti yang saya katakan di atas, saya mohon maaf. Tidak salah menegur, cuma mungkin lebih positif jika teguran itu dilakukan dengan cara yang lebih mudah diterima. Di samping menegur, apa salahnya PAS memberikan sedikit penghargaan kepada ribuan blogger yang menyokong parti itu walaupun mereka tidak pernah merintih agar parti itu berbuat demikian. Cukuplah dengan ucapan TERIMA KASIH!
Apakah apabila Hj Hadi kata begitu para blogger pun melatah...??
Comment by king @ Sabtu, Jun 12, 2010 12:51:00 PGAtau ada yg terasa...???
Atau para blogger merasa mereka tidak perlu di kritik dan di tegur kerana mereka insan istimewa...??
Apakah teguran itu kpd blogger tertentu atau semua blogger dlm dunia ini...??
Kalau para blogger bebas mengkritik dan menegur ...apakah mereka mendakwa mereka sepatut nye kebal dari semua itu.....??
Atau ada yg merasa telah menyumbang kpd PR ...maka mereka mesti di layan dgn baik ....tak perlu kata2 yg mngkritik...
Apakah para blogger ingin menurut jejak langkah umno ....hanya mau pujian dan sanjungan dan menolak semua teguran dan kritikan...
Kpd siapa sebenar nye teguran dan peringatan dari Presiden.......??
Sudah kah di selidiki secara mendalam dan dgn penuh kematangan dan hikmah.....??
Tanya diri sendiri....hebat sgtkah kita para blogger ini sehingga kita merasakan hanya layak menerima pujian dan membenci semua teguran dan kritikan....??
Apakah kita ma'sum.....???
Salam Sdr King,
Comment by Unknown @ Sabtu, Jun 12, 2010 9:10:00 PGMungkin pertanyaan sdr itu juga patut ditujukan kepada Tuan Presiden.
Pertanyaan saudara dapat dijawab dengan berdasarkan kiriman Greenboc seperti yang saya pautkan dalam artikel ini. Saya berkongsi pendapat dengan Greenboc.
terima kasih.
Yuup...dah baca dah 2/3 kali kenyataan Presiden.
Comment by king @ Sabtu, Jun 12, 2010 10:04:00 PGTak sebut pun para luncai adalah blogger....setelah membuat beberapa carian , didapati ada yg tokok tambah dgn menyatakan "luncai di luar parti" itu ialah para blogger ....
Dan kita para blogger pun "menari" mengikut paluan gendang "luncai" tanpa cuba memahami secara terbuka kenyataan Presiden itu.
Apa pun kita bebas utk bersetuju dan berbeza pandangan di sini....asalkan tidak melewati batas2 susila dlm meluahkan pendapat.
Salam king,
Comment by Unknown @ Sabtu, Jun 12, 2010 10:58:00 PGartikel di atas ditulis berdasarkan laporan Malaysia kini dan Greenboc. Mungkin mereka ada membuat salah tafsiran terhadap perkataan "luncai" itu dan saya menulis berdasarkan tafsiran yang salah. Saya akan buat pengubahsuaian jika maklumat yang diberitakan itu salah.
Namun, saya tetap berpegang bahawa PAS seharusnya menghargai blogger yang menyokong mereka walaupun adakalanya kiriman yang dikeluarkan dalam blog itu bertentangan dengan pendapat pemimpin mereka. Peristiwa kesukaran blogger mendapatkan pas berbanding dgn akhbar perdana tempoh hari sewajarnya dipandang berat oleh PAS.
Terima kasih atas teguran dan pandangan anda King.