Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 11 Jun 2010

[Kemas Kini] Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya


Saya memang sengaja tidak menyiarkan berita tentang Muktamar PAS kali ini, sebaliknya menyiarkan berita antarabangsa terutamanya berkaitan dengan skandal Peterporn dan beberapa cerita lain. Saya rasa keberatan untuk berbuat demikian.

Rupa-rupanya keberatan untuk berbuat demikian ada asasnya. Malaysia Kini melaporkan: PAS: Waspada dengan blog, 'luncai' luar parti. Berita itu memaparkan sebahagian inti pati ucapan Tuan Presiden PAS. Mungkin "luncai" (tafsiran saya- maafkan saya kalau saya tersalah tafsir) yang dimaksudkan oleh Tuan Presiden ialah blog-blog yang menentang pembentukan Kerajaan Perpaduan (UG) yang pernah heboh diperkatakan suatu ketika dahulu atau blog-blog yang mengkritik pihak tertentu dalam parti tersebut. Sudah tentu blog marhaen ini pernah berbuat demikian demi memastikan Pakatan Rakyat terus kukuh untuk menjadi wadah politik baru untuk generasi muda khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Saya yakin majoriti blog yang menentang isu UG dan mengkritik pemimpin parti tersebut ikhlas untuk berbuat demikian.

Dalam hal ini, saya bersetuju benar dengan pandangan Greenboc. Anda boleh baca kirimannya yang bertajuk: Luncai- Hadiah untukmu blogger di sini.

Blogger pro-PR sudah tentunya tidak pernah menerima imbuhan untuk menyiarkan berita alternatif kepada masyarakat yang sejak sekian lama dinafikan untuk menerima berita yang adil dan tepat. Malah blogger kecil-kecilan seperti saya terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayar bil internet. Semuanya kerana mahu memastikan sekurang-kurangnya sebahagian pelayar internet memperoleh maklumat yang tepat berkaitan dengan PR.

Jika benarlah tafsiran itu, adakah beliau begitu terasa hati apabila sesetengah blogger menimbulkan isu UG dan isu-isu lain yang bertentangan dengan pendapat parti tersebut? Adakah media sedia ada parti itu mampu untuk melawan media BN yang sudah kita maklum menguasai saluran maklumat di negara ini? Adakah PAS mampu mencapai kemenangan dalam PRU akan datang tanpa sokongan blogger yang saban hari bertungkus lumus menyiarkan berita berkaitan dengan PR dan parti tersebut.

Kata orang tua-tua: terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Oleh itu, jika saya terlajak tafsir seperti yang saya katakan di atas, saya mohon maaf. Tidak salah menegur, cuma mungkin lebih positif jika teguran itu dilakukan dengan cara yang lebih mudah diterima. Di samping menegur, apa salahnya PAS memberikan sedikit penghargaan kepada ribuan blogger yang menyokong parti itu walaupun mereka tidak pernah merintih agar parti itu berbuat demikian. Cukuplah dengan ucapan TERIMA KASIH!

  1. Apakah apabila Hj Hadi kata begitu para blogger pun melatah...??

    Atau ada yg terasa...???

    Atau para blogger merasa mereka tidak perlu di kritik dan di tegur kerana mereka insan istimewa...??

    Apakah teguran itu kpd blogger tertentu atau semua blogger dlm dunia ini...??

    Kalau para blogger bebas mengkritik dan menegur ...apakah mereka mendakwa mereka sepatut nye kebal dari semua itu.....??

    Atau ada yg merasa telah menyumbang kpd PR ...maka mereka mesti di layan dgn baik ....tak perlu kata2 yg mngkritik...

    Apakah para blogger ingin menurut jejak langkah umno ....hanya mau pujian dan sanjungan dan menolak semua teguran dan kritikan...

    Kpd siapa sebenar nye teguran dan peringatan dari Presiden.......??

    Sudah kah di selidiki secara mendalam dan dgn penuh kematangan dan hikmah.....??

    Tanya diri sendiri....hebat sgtkah kita para blogger ini sehingga kita merasakan hanya layak menerima pujian dan membenci semua teguran dan kritikan....??

    Apakah kita ma'sum.....???

    gravatar Comment by king @ Sabtu, Jun 12, 2010 12:51:00 PG      
  2. Salam Sdr King,

    Mungkin pertanyaan sdr itu juga patut ditujukan kepada Tuan Presiden.

    Pertanyaan saudara dapat dijawab dengan berdasarkan kiriman Greenboc seperti yang saya pautkan dalam artikel ini. Saya berkongsi pendapat dengan Greenboc.

    terima kasih.

    gravatar Comment by Unknown @ Sabtu, Jun 12, 2010 9:10:00 PG      
  3. Yuup...dah baca dah 2/3 kali kenyataan Presiden.
    Tak sebut pun para luncai adalah blogger....setelah membuat beberapa carian , didapati ada yg tokok tambah dgn menyatakan "luncai di luar parti" itu ialah para blogger ....

    Dan kita para blogger pun "menari" mengikut paluan gendang "luncai" tanpa cuba memahami secara terbuka kenyataan Presiden itu.

    Apa pun kita bebas utk bersetuju dan berbeza pandangan di sini....asalkan tidak melewati batas2 susila dlm meluahkan pendapat.

    gravatar Comment by king @ Sabtu, Jun 12, 2010 10:04:00 PG      
  4. Salam king,

    artikel di atas ditulis berdasarkan laporan Malaysia kini dan Greenboc. Mungkin mereka ada membuat salah tafsiran terhadap perkataan "luncai" itu dan saya menulis berdasarkan tafsiran yang salah. Saya akan buat pengubahsuaian jika maklumat yang diberitakan itu salah.

    Namun, saya tetap berpegang bahawa PAS seharusnya menghargai blogger yang menyokong mereka walaupun adakalanya kiriman yang dikeluarkan dalam blog itu bertentangan dengan pendapat pemimpin mereka. Peristiwa kesukaran blogger mendapatkan pas berbanding dgn akhbar perdana tempoh hari sewajarnya dipandang berat oleh PAS.

    Terima kasih atas teguran dan pandangan anda King.

    gravatar Comment by Unknown @ Sabtu, Jun 12, 2010 10:58:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH