Gadis "Cun" Ini Sudah Ditemui, Tetapi...
cerita kehilangannya kini tidaklah seperti yang kita sangkakan. Sebelum ini, orang membuat andaian bahawa Rozaliya mungkin diculik oleh pihak tertentu, keluarganya pula mengatakan bahawa gadis ini mungkin dilarikan oleh peminatnya, malah tidak menolak Rozaliya disorok oleh tunangnya.
Namun, berdasarkan laporan di bawah ini, Rozaliya dikatakan pergi ke KL secara sukarela tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Dia sengaja memalsukan situasi cemas seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. Berdasarkan laporan di bawah ini, Rozaliya berbuat demikian mungkin ada kaitan dengan keengganannya meneruskan hubungan dengan tunangnya dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.
Itu sahaja! Namun, sikap Rozaliya "mencetuskan" susanana panik dan menyusahkan serta merisaukan pelbagai pihak dan sikap ini amat-amat dikesali. Walhal ada cara lain yang sepatutnya dilakukan oleh Rozaliya untuk menyelesaikan masalah peribadinya.
Saya petik:
[UM] KUANTAN 20 Okt. – Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.
Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kemaman, Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Mohd. Yusoff berkata, atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah bergegas ke Bukit Bintang, kira-kira pukul 12.30 tengahari hari ini.
“Kita kemudian ke sana dan menjumpainya. Pihak polis kemudian membawa pulang Rozaliya untuk bertemu keluarganya di Kuantan,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kuantan di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha; bapa bakal pengantin itu, Mat Lazim Mat Ismail; tunangnya, Mohd. Hilmi Mohd. Nor dan beberapa ahli keluarga.
Akhbar baru-baru ini melaporkan Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini pada 13 Oktober yang lalu.
Pada hari itu, Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar ke bandar bersama tunangnya yang berusia 24 tahun dan kemudian hilang selepas ditinggalkan bersendirian.
Sebelum menghilangkan diri, dia sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya yang kononnya menyatakan dia diikuti oleh orang tidak dikenali.
Mohd. Jasmani berkata, hasil soal siasat awal, Rozaliya menyatakan dia secara sukarela telah pergi ke Kuala Lumpur pada hari dilaporkan hilang secara bersendirian.
“Pihak polis dimaklumkan oleh keluarganya bahawa Rozaliya dipercayai melarikan diri disebabkan mempunyai masalah untuk berkahwin dengan tunangnya,” katanya.
Hasil siasatan polis juga mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku terhadap kes ini.
“Cuma hanya salah faham dan masalah keluarga. Pihak polis juga akan merakam percakapan mangsa selepas ini,” jelasnya.
Sementara Mat Lazim ketika ditemui berkata, dia amat gembira kerana anak keduanya daripada empat adik-beradik itu dijumpai dalam keadaan selamat.
“Kami amat gembira apabila dia ditemui semula dan berharap dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi,” katanya.
Tambah beliau lagi, keluarganya mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat selepas pulang ke rumahnya nanti.
Ditanya sama ada akan meneruskan perkahwinan anaknya dengan Mohd. Hilmi, dia berkata, keputusan itu diserahkan kepada anaknya.
“Kalau dia tidak mahu lagi mengadakan perkahwinan ini, kita akan putuskan pertunangan tersebut. Memang sebelum ini, dia ada berkata yang perangai tunangnya itu agak berubah sejak akhir-akhir ini.
“Dia juga kata sudah tawar hati terhadap tunangnya, namun kami hanya mendiamkan diri kerana sayangkan pertunangan tersebut yang sudah berusia setahun. Selepas ini, kami akan mengikut kemahuannya agar kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.
Untuk mengetahui lebih jelas motif gadis cun ini melarikan diri, sila baca laporan lain:
* Reka cerita, elak kahwin
[Kosmo] KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.
memang kebanyakan orang johor nie ada pemarah,pemanas baran lah,susah nak ambik tahu ahal ini bawakan dari mane..kot keturunan jawa ke atau dah darah samseng hanyik.senang2 putus je tunang tu nanati bila kawin..susah buat hal lain.bila bini di ceramah engkau tak boleh kuar tanpa izin aku,tpi dia main betina lain tak HARAM nanti .betul...
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Oktober 21, 2010 10:35:00 PGTengok gaya dia ni "belum cukup cerdik" utk kawin. Takyah ler pakse2
Comment by manjeamusyuk @ Jumaat, Oktober 22, 2010 9:03:00 PTGtak baik tuduh org negeri tu negeri ni begitu begini yg penting sikap kita bukan dari mana asal keturunan kita
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Oktober 24, 2010 1:15:00 PGGadis ini seorang yang cerdik. Bro aku nak ambil posting ko ni dan muat turun dalam blog ako bro. Thank you bro.
Comment by Panglima7 @ Ahad, Oktober 24, 2010 9:07:00 PG