Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 1 Oktober 2010

[Kemas Kini] Gambar Amoi Cun dari The Malaysian Insider & Persoalan Besarnya, Benarkah Si Hamin Berkata Begitu?


Saya baca artikel di Agenda Daily tentang isu "si sepet mata dan si kaki botol". Yang menjadi kupasan artikel itu ialah etika kewartawanan wartawan The Malaysia Insider, Boo Su-Lyn, yang didakwa menyusup ke dalam majlis tertutup anjuran Puteri UMCO. Amoi itu "dihentam & disindir" dalam artikel itu. Majikan amoi ini turut juga menjadi mangsa sindiran. Antara tulisan itu menyebut:

..,Bab Hamin didakwa cakap rasis adalah satu hal lain.Tapi bagi kalangan rakan wartawan isu yang besar di sini ialah isu etika kewartawanan.
Ini etika jenis tok nenek sapa yang ajar boleh main ‘ intip’ berlakon duduk dalam majlis tertutup orang gitu.
Semua wartawan kecil besar tua muda tahu adab dan sopan serta undang-undang tak bertulis kalau majlis taklimat tertutup itu ‘ no coverage ’.TITIK.
Seorang wartawan veteran terdengar kata ‘ bullshit punya kerja ….kalau gila nak dapat story eksklusif pun…ini bukan caranyalah.’... 

Wah! Kalau begitu, penceramah atau sesiapa sahaja bolehlah mengutuk kaum lain atas alasan majlis yang dihadiri itu tertutup dan tidak membenarkan liputan media. Itu sahaja hujahnya! Walhal perkara yang perlu dibangkitkan, benarkah laporan wartawan itu? Jika tidak benar, negara ini menyediakan undang-undang untuk menghukum mereka yang membuat fitnah. Jika ada bukti wartawan ini memfitnah, sila kemukakan saman kepada amoi cun ini dan majikannya, The Malaysian Insider!  

Jadi persoalan wartawan ini "menyusup" masuk ke majlis orang bukanlah isu besar. Memang boleh dipertikaikan sedikit, namun jika majlis itu berlangsung tanpa menyentuh sensitiviti kaum lain dan mendukung semangat 1Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Presiden UMCO, maka sudah tentu tiada masalah yang timbul. Persoalan besarnya ialah, benarkah Si Hamin itu berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC....Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu caves dan juga mempunyai satu undi,” 

Selain persoalan besar itu, timbul persoalan lain, adakah penjawat awam seperti Hamin ini menentang semangat yang digagas oleh PM? Perlukah juga kita berfikir bahawa Puteri UMCO juga menderhaka terhadap titah Tuan Presiden UMCO? 


Kemas Kini (4/10):
* Hamin buat laporan polis


[MK] Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'.


Beliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah.

Hamim (kanan) bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya.

Beliau sebaliknya hanya membaca surah al-Fatihah dan berdoa untuk perpaduan umat Islam dan pemimpinnya di luar balai selepas membuat aduannya.

Hamim kemudian beredar daripada tempat itu tanpa mempedulikan wartawan yang mengejarnya sampai ke kereta.

Bagaimanapun, tampil berpakaian serba hitam - termasuk berkaca mata gelap - pegawai kerajaan itu sempat melambai dan tersenyum kepada pihak media yang menunggunya kira-kira sejam.

Menurut Arman Azha, laporan polis Hamim itu dibuat terhadap akhbar dan wartawan portal itu Boo Su-Lyn yang didakwa menyalahtafsirkan kenyataannya dan menyelinap dalam program tertutup mereka.

Menurut Arman Azha (kiri) lagi, tindakan Boo Su-Lyn itu yang "menyalahtafsirkan" kenyataan Hamim itu boleh "menggugat muhibah dan keamanan kaum".

"Kami PERKASA berdiri teguh di belakang beliau (Hamim). Itu adalah program tertutup. Media harus hormat," kata Arman Azha lagi.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH