Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Jumaat, 31 Disember 2010

[Kemas Kini] Janda Akil Hayy, Maizawati Meninggal Dunia? Berita Itu Tidak Benar!


Saya petik:
[MyBlogHub] Al-fatihah buat arwah Maizawati Zainal atas pemergiannya. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Maizawati Zainal adalah bekas isteri kepada pendakwah dan penyanyi terkenal, Ustaz Akil Hayy dan ibu kepada enam cahaya mata yang berasal dari Ipoh, Perak.
Maizawati bercerai dengan Ustaz Akil setelah bekas suaminya itu mahu menikahi Waheeda, seorang penyanyi dan pelakon terkenal.
Maklumat lanjut akan menyusul sebentar lagi………

 P/s: Soal meninggal dunia, jangan dibuat main-main. Harap berita yang dipautkan ini bukan gurauan. Akan dikemaskinikan kemudian.

Kemas Kini (10:00malam):
MyBlogHub sudah memadamkan artikel tersebut. Saya rujuk di laman forum, ada ahli forum yang memautkan status Facebook Maizawati: "hubby maiza:salam buat makhliuk ALLAH ade plak orng cakap isteri sy meninggal dunia sepa la yg berani cakap!!!!!!!!!!

Saya minta maaf kerana berita yang saya pautkan itu tidak benar dan memeranjatkan pengunjung.

Berita Berkaitan (01/01/11):

[Mstar] Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.

Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung mStar Online Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.

“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.


, ,

Ini ROBENGAH? Mangsa MENTERI Rakus?

Sumber gambar: SabahKini

Menurut Sabah Kini, wanita di atas didakwa menjadi mangsa perkosaan menteri rakus sebelum perilaku lahanatnya itu dikatakan telah disaksikan oleh isterinya. Mungkin kerana marah, malu, dan tidak mahu kejadian itu berulang, si Mak Datin telah bertindak menghantar amah malang itu pulang ke kampung halamannya. 

Selepas seminggu lebih heboh di blog, di laman forum, di laman sembang, dan di laman sesawang, menteri yang sengaja tidak mahu saya sebutkan namanya masih diam membisu. Ironi, dia begitu cepat bertindak terhadap jurublog Rocky Bru apabila menimbulkan persoalan tentang skandal nepostime yang dikatakan melibatkan ahli keluarganya. Dalam kes ini, biarpun sudah banyak blog yang mengaitkan namanya secara jelas dan terang, namun menteri itu masih diam membisu, malah tiada laporan polis dibuat terhadap laman-laman sesawang yang mengaitkan namanya.  Adakah diam itu tanda betul? 

Alahai!


, ,

Lelaki Tua Ini Hebat!

Saya petik:
[Kosmo] NEW DELHI - Seorang lelaki berusia 94 tahun, Ramajit Raghav mendakwa menjadi bapa tertua di dunia selepas dia memperoleh seorang anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Shakantula pada bulan lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Raghav menetap di kampung Kharkhoda, Haryana yang terletak di utara India.
Dia berkata, anak lelakinya itu merupakan pemberian Tuhan kerana isterinya berumur dalam lingkungan awal 50-an.

Raghav menyimpan hasrat ingin mempunyai lebih ramai anak pada tahun depan.

Dia menjadi seorang ahli gusti semasa muda selain mendakwa masih bertenaga kerana diet yang diamalkannya.

"Diet harian saya ialah tiga liter susu, setengah kilogram badam selain setengah kilogram ghee (mentega)," katanya yang mendakwa berumur 100 tahun tetapi rekod pencen miliknya menunjukkan dia berusia 94 tahun.
Rekod bapa tertua di dunia ialah Nanu Ram dari India apabila dia memperoleh anak yang ke-22 semasa berusia 90 tahun pada 2007. - Agensi

P/s: Keistimewaan lelaki!

Cikgu Bernafsu Songsang

Saya petik:
[Kosmo] SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.

Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan. - Syed Ahmad Zulkarnain Syed Ali

P/s: Muka macam ustaz, rupa-rupanya bernafsu songsang. Apa nak buat bang, berahi punya fasal, kerja hilang, malu dapat, penjara pun kena!

, , ,

Hati-hati Jurublog, Polis Memerhati Anda, Bukan Menteri Perogol!

Saya petik:
[UM] Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
 
Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan teknologi maklumat (IT) untuk kepentingan sendiri perlu disekat.

"Kita bimbang sekiranya tidak ditangani, ia akan menyebabkan penyebaran fakta-fakta salah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.

"Oleh itu, polis harus ada mekanisme atau struktur prosedur operasi standard (SOP) kerja baru untuk mengatasi ancaman ini," katanya.....

P/s: Saya mengharap sangat polis yang terbukti cekap menangkap perogol, mengeluarkan kenyataan akan menyiasat dakwaan pihak tertentu tentang seorang menteri yang dikatakan telah merogol amahnya beberapa kali dan bukan menyatakan bahawa mereka akan mencari inisiatif untuk menyekat maklumat disebarkan oleh media baharu termasuklah maklumat yang memerihalkan kes rogol menteri berkenaan.

Adakah kisah/dokumen yang memerihalkan kes menteri rogol amah itu tidak tepat?

Aduhai!

, ,

Khamis, 30 Disember 2010

Kajian: Seks Dua Kali Seminggu Baik untuk Lelaki

Lakukan seks dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko lelaki diserang sakit jantung. Kajian terbaru yang melibatkan 1000 lelaki ini mendapati aktiviti seks yang kerap mempunyai kesan yang baik untuk jantung lelaki, walau bagaimanapun  kajian itu tidak pula mengkaji kesan aktiviti seks terhadap kesihatan jantung wanita.

Kajian itu mendapati lelaki yang kerap melakukan seks 45% kurang berisiko menghidap penyakit jantung yang mengancam nyawa berbanding dengan lelaki yang hanya melakukan seks sekali sebulan atau kurang daripada itu.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Institut Penyelidikan New England di Massachusetts itu merekodkan aktiviti seksual lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun. Kumpulan lelaki ini menyertai projek jangka panjang yang dipanggil Kajian Jangka Hayat Lelaki Massachusetts yang dimulakan sekitar tahun 1987. Dalam tempoh 16 tahun, setiap lelaki yang menyertai projek ini ditanya tentang kekerapan mereka melakukan seks dan mengesan tanda penyakit jantung pada mereka dalam tempoh tersebut.

Dalam kajian ini, pasukan penyelidik mengambil kira faktor risiko seperti umur, berat badan, tekanan darah, dan paras kolesterol responden. Hasilnya, jantung lelaki yang didapati kerap melakukan seks lebih sihat. Menurut penyelidik, aktiviti seks dapat memanfaatkan kesan fizikal dan emosi terhadap badan.

Lanjut di sini.

* Untuk orang sudah berkahwin sahaja.

, , ,

Polis Selamatkan Hamba Seks Jurulatih Yoga

Polis menahan seorang jurulatih Yoga berusia 54 tahun kerana menjadikan tiga orang wanita sebagai hamba seksnya sejak sebulan lalu. Penahanan lelaki itu dibuat semalam selepas sepasukan polis membuat serbuan di rumahnya di sekitar Kuala Kubu Baru.

Dua daripada hamba seks jurulatih yoga itu berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20 tahun. Ketika ditemui, kesemua mangsa dirantai pada katil di rumah berkenaan. Menurut polis, kesemua mangsa diperkosa dan didera secara seksual berulang kali. Mereka dilaporkan hilang sekitar bulan November lalu.

Pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejak mangsa selepas satu laporan polis dibuat oleh salah seorang bapa mangsa pada 30 November lalu. Modus operandi penjenayah terbabit ialah memujuk mangsa ke rumahnya sebelum bertindak menahan mereka.

Menurut Ketua Polis Selangor, dalam serbuan itu, pihak polis turut menemukan dua paket yang dipercayai dadah jenis syabu dan beberapa alat permainan seks. Tambah beliau, jurulatih yoga itu merupakan buruan polis dan memiliki rekod jenayah.

Berita asal di The Star.

* Gambar sekadar hiasan (Gambar berkenaan tentang kes pesta seks ketika sambutan Tahun Baru 2009.)

,

Saintis Buktikan Kelemahan Sistem Nombor Pin

Saya petik:
[Kosmo] CAMBRIDGE - Bank-bank di Britain didakwa cuba menyembunyikan kelemahan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang terdapat pada kad kredit dan debit, lapor sebuah akhbar semalam.

Dakwaan itu dibuat selepas seorang saintis Universiti Cambridge, Omar Chaodary membuat pendedahan mengenai kelemahan tersebut dalam tesis sarjana falsafah.

Sistem cip dan PIN yang diperkenalkan pada 2006, bertujuan untuk mengurangkan penipuan kad kerana pencuri tidak dapat menggunakan kad yang dicuri tanpa mengetahui nombor PIN.

Namun, Omar mula mengkaji kelemahan sistem itu selepas ramai pengguna mengadu kad mereka dicuri dan nombor PIN mereka telah digunakan.

Sehingga kini, bank-bank di Britain mendakwa sistem keselamatan cip dan nombor PIN adalah kebal dan sukar untuk ditipu.

Bagaimanapun, Omar dalam penyelidikannya, telah mencipta satu gajet berharga semurah £20 (RM95) yang dapat menipu cip dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) supaya menerima kad kredit dan debit tanpa nombor PIN yang betul.

Peranti bersaiz kotak rokok itu disembunyikan dalam lengan baju semasa ia dilekatkan pada kad.
Apabila kad tersebut dimasukkan ke dalam mesin, ia menggunakan sistem elektronik bagi memastikan kad itu diterima.

Choudary berjaya membeli beberapa buku dan cakera padat (CD) berharga £50 (RM237) di Cambridge dengan menggunakan kad yang dipinjam dan alat yang dicipta itu bagi membuktikan kelemahan tersebut. - Agensi

Rabu, 29 Disember 2010

[Kemas Kini] Piala Suzuki Akhir: 4-2 (Jumaat Cuti Umum)

 Malaysia 4 Indonesia 2


Datuk Shabery Chek antara wakil Malaysia yang tersenyum lebar di atas podium menyampaikan hadiah/pingat kepada pemain. Saya terbayang jika Menteri Belia dan Sukan itu ialah Datuk Seri yang didakwa merogol amahnya. Boleh bayang apa yang akan berlaku?

Walau bagaimanapun, tahniah!

Untuk kita semua, Jumaat cuti umum!!!!!!!!!!!!!!!



,

Selepas 40 Tahun, Baru MIC Baca "Interlok"?

Antara kulit novel Interlok.
Saya sudah ulas hal ini secara ringkas sebelum ini. Sila baca di sini.

Saya nyatakan jika ada perkataan atau fakta yang salah tentang hal kegamaan yang dibawakan oleh Murugiah kepada pihak kementerian, saya cadangkan, ubahlah bahagian-bahagian yang salah itu kerana fakta tentang hal-hal keagamaan ini perlu tepat konteksnya.

Hari ini seperti yang dilaporkan di BH, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata prinsip asas pengunaan buku itu tidak akan tercapai kerana terdapat satu bahagian yang menyentuh isu sensitif dalam kalangan masyarakat India berkaitan sistem kasta. Sistem kasta yang dimaksudkan sudah tentu berkaitan dengan istilah "paria"yang diguna pakai dalam novel ini. Saya tidak pasti sama ada penggunaannya merujuk kepada sistem itu atau dalam bentuk penghinaan.

Pendek kata, MIC terhina dengan istilah tersebut. Justeru mereka meminta agar kandungan novel itu diubah. Saya setuju jika perubahan dilakukan sedikit jika istilah itu berbentuk penghinaan, namun jika merujuk kepada kasta tidak perlulah ditukar kerana itu realiti kerana latar masyarakat yang digarap dalam novel ini berkisar masyarakat imigran dan masyarakat sebelum merdeka.

Lebih terperinci, latar masyarakat novel ini  terdiri daripada latar masyarakat India yang berhijrah dari Tricur Kerala, India; keluarga Cina yang berhijrah dari Tanah Besar China; dan keluarga Melayu yang mempunyai perkaitan dengan keluarga India dan Cina tadi. Latar masanya sudah tentulah sebelum negara mencapai kemerdekaan atau lebih tepat pada zaman penjajahan. Latar tempatnya ialah India, China, Singapura, dan Tanah Melayu. Tema novel ini ialah integrasi antara kaum yang membabitkan kisah yang berlatarbelakangkan sejarah. Apabila menulis kisah berlatarbelakangkan begitu, sudah tentulah novel ini memerihalkan sejarah kedatangan kaum India dan Cina dan sudah tentu juga menyentuh sistem kasta kaum India yang berhijrah ke negara ini. Salahkah apabila Abdullah Hussain pada tahun 1960-an menulis novel yang menyentuh fakta-fakta itu?

Antara kritikan masyarakat yang terkandung dalam novel ini termasuklah kebodohan dan kejahilan Pak Musa sehingga membenarkan Cina Panjang menggunakannya untuk memiliki tanah. Sebagai akibat kejahilannya, anaknya Seman dihalau dari rumah selepas dia meninggal dunia. Dalam novel ini, Cina Panjang/Cin Huat digambarkan sebagai peniaga runcit, seorang yang angkuh, menganggap orang Melayu biadap dan malas, dan suka mengambil kesempatan atas kejahilan orang lain. Namun akhirnya Cina Panjang menyesal kerana bersikap demikian. Cina Panjang sedar akan kepentingan perpaduan dan kerjasama antara satu dengan yang lain. Watak Maniam pula digambarkan sebagai buruh di pelabuhan sebelum bekerja sebagai mandor di sebuah ladang. Maniam membantu Seman, anak Pak Musa mendapatkan pekerjaan di ladang tersebut kerana teringat akan jasa baik Pak Musa yang telah menolongnya selepas dia ditembak dan cedera parah. Anak Maniam dalam novel ini berjawatan sebagai Inspektor polis (hebat).

Antara konflik yang digarap dalam novel ini termasuklah peristiwa Seman yang berdendam dengan Cina Panjang merancang untuk merompak kedai milik Cina Panjang, namun melupakan hasratnya, malah membantu anak Cina Panjang Poh Eng menyelamatkan diri. Pada peringkat peleraian novel, Seman digambarkan bersama-sama dengan penduduk di Simpang Empat mahu ke kota untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara. Novel ini juga menunjukkan kesatuan masyarakat menentang Malayan Union malah memupuk kerjasama antara kaum melalui paparan peristiwa orang kampung mengumpul derma untuk membeli kaki palsu untuk Yew Seng.

Inilah antara fakta sejarah dalam bentuk sketsa kehidupan yang digarap dalam novel Interlok. Adakah kisah ini jauh menyimpang daripada realiti/fakta masyarakat dahulu? Adakah sketsa kehidupan yang disampaikan dalam bentuk kritikan ini patut dianggap menyinggung mana-mana kaum?

Jika MIC bertegas mahu mengubah (major) isi kandungan novel ini, dan kerajaan akur dengan desakan itu, maka saya cadangkan agar kementerian memilih novel lain yang sesuai dengan jiwa masyarakat moden Malaysia, masyarakat yang mahu "melupakan" sejarah. Janganlah dirombak isi kandungan novel ini selepas 40 tahun lebih novel ini diterbitkan.

Kita patut bertanya: Mengapa selepas 40 tahun novel ini diterbitkan dan diangkat pula menjadi teks KOMSAS timbul cakap-cakap yang mempertikaikan kandungan buku ini? Adakah mereka faham maksud "interlok"? Adakah panel yang memilih novel ini memenangi Peraduan Mengarang Kemerdekaan 1967 gagal melihat fakta-fakta yang menyinggung masyarakat India dalam novel ini? Adakah panel yang terdiri daripada orang Melayu tidak berasa tersinggung dengan "perlekehan" masyarakat Melayu dalam novel ini?

Pasangan Suami Isteri Muda Dihukum Gantung. "Mati" Sia-sia!

Kita biasa membaca atau mendengar berita yang memerihalkan seseorang menerima hukuman gantung sampai mati terutamanya yang membabitkan kes dadah. Cuma berita yang saya pautkan ini melibatkan pasangan suami isteri yang masih muda. Si suami berusia 33 tahun, manakala si isteri berusia 30 tahun.

Kedua-duanya berkemungkinan ditakdirkan mati dalam usia yang muda belia.Sia-sia. Pada masa hakim menjatuhkan hukuman ini, mereka berdua sudah tentunya menyesal teramat sangat. Namun, menangis air mata berdarah pun tidak berguna.

Jauhi dadah, kerana dadah membunuh!

Saya petik:
[Bernama] GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dan memiliki sejumlah 165.62 gram dadah jenis heroin dan morfin dua tahun lalu.
   
Hakim Nurmala Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Shahrizal Said, 33, dan Zarimah Yusoff, 30, selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.  

Pasangan suami isteri yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didapati memiliki dadah berkenaan dalam sebuah rumah pangsapuri beralamat di Block 5-6-18 Desa Riang Batu Uban pada jam 3.45 petang 3 Februari 2008.
   
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika bersabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.
   
Dalam penghakimannya, Nurmala berkata, kedua-dua tertuduh didapati bersalah mengedar dadah dan disebabkan undang-undang negara hanya ada satu hukuman iaitu hukuman mandatori, maka kedua-dua tertuduh digantung sampai mati.

Saya Tabik Spring!

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Tuanku Faris Petra (kiri) berkenan melawat seorang peneroka, Sudin Che Ya, 59, (kanan) yang mengidap penyakit kronik asma di rumahnya, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar di sini pada Rabu. Terdahulu Tuanku Faris Petra telah berkenan menyempurnakan majlis Pengurniaan Zakat dan Bantuan Peringkat Jajahan Gua Musang, di mana seramai 137 penduduk miskin termasuk 29 daripada kalangan Orang Asli menerima bantuan zakat dan rumah. Daripada jumlah itu ,129 menerima bantuan zakat manakala bakinya menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam Kelantan. Foto BERNAMA 

SULTAN Kelantan Sultan Muhammad V, Tuanku Faris Petra (kiri), berkenan menyampaikan replika kunci rumah kepada penduduk miskin pada majlis Pengurniaan Zakat dan Bantuan t Jajahan Gua Musang, di Masjid Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar, Sungai Asap B, di Gua Musang, hari ini. - Foto Bernama

Kalau orang bertanya tentang definisi "Sultan berjiwa rakyat", anda jelaskanlah maksudnya, jika memerlukan gambar, ambillah gambar Sultan Kelantan di atas.



, ,

Polis Kita Cekap Tangkap Perogol, Buktinya...

Saya petik:
Polis tahan tiga suspek serta abang gadis untuk siasatan

[BH] KUALA TERENGGANU: Gara-gara abang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan rakannya, si adik dijadikan mangsa apabila dilarikan dan dirogol tiga lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang, di sini, awal pagi kelmarin. 
alam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa berusia 16 tahun berada di rumahnya bersama keluarga di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung didatangi dua suspek iaitu rakan abangnya yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah dan melarikan mangsa menaiki sebuah kereta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata selepas kejadian itu, kakak mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang suspek memberitahu akan menghantar adiknya pulang.

Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi, kakaknya menerima panggilan pula daripada seorang wanita memberitahu adiknya berada dalam keadaan baik, tetapi enggan memberitahu di mana mangsa berada.

“Bimbang dengan keselamatan mangsa, ibunya berusia 52 tahun membuat laporan polis dan selepas melakukan pemeriksaan nombor telefon digunakan suspek wanita, polis mengesan serta menahannya di Kampung Pulau Rusa, Manir.

“Dari soal siasat, polis menyerbu sebuah kedai runcit di kampung sama dan menahan tiga suspek lelaki kira-kira jam 12.20 tengah hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Manoharan berkata, tidak lama kemudian, polis juga menahan abang mangsa berusia 31 tahun bersama seorang lagi suspek yang dipercayai kawannya ketika membawa pulang adiknya ke rumah.

Katanya, semua suspek yang ditahan berusia 20, 26 dan 27 tahun masing-masing berasal dari Kuala Lipis, Pahang serta Bachok dan dan Pasir Mas, Kelantan bekerja sebagai buruh serta peniaga rokok, manakala wanita menelefon kakaknya berusia 14 tahun dilepaskan dengan jaminan polis.

“Abang mangsa dan semua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 376 kerana rogol.

“Polis menyiasat kes ini selepas mangsa mengadu dia dirogol ketika bersama suspek di sebuah rumah kosong dan kita percaya suspek membawa lari mangsa untuk menyelesaikan masalah antara suspek dengan abang mangsa,” katanya.
* Gambar sekadar hiasan (Ketiga-tiga suspek ini pun didakwa atas kesalahan merogol juga, tetapi kes lain.)

Tetapi hairan bin ajaib, kes rogol yang dikatakan melibatkan Menteri rakus yang berlaku kira-kira 3 tahun lepas gagal diselesaikan oleh pihak polis. Siapa yang menghalang polis membuat kerja mereka, sedangkan mereka begitu cekap menangkap perogol?

Kepada pihak yang berkenaan, bila mahu tangkap dan dakwa Pak Menteri yang didakwa merogol Robengah?


, ,

[PANAS-Wajib Baca] Dokumen Lengkap Perkosaan ROBENGAH (Amah Menteri)





Dokumen ini saya salin dari BigDogDotCom. Ulasan lanjut di blog tersebut.

Pelik bin ajaib. Aduan dan dakwaan sudah sampai ke pintu kedutaan, sudah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri, mengapa tiada tindakan diambil untuk menyiasat atau mendakwa menteri terbabit?

Bayangkan jika nama yang tertera pada dokumen itu milik pemimpin pembangkang? Sudah tentu anda tahu perkara yang telah dan akan berlaku.

,

[Kemas Kini] Anda Tahu Apa Alasan Lantik Khusrin, Tolak Calon MB?

Alasannya, MB Selangor lambat hantar nama calon! Benarkah begitu?

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan kepada mStar Online bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menghantar tiga calon nama bagi mengisi kekosongan itu, tetapi sudah terlewat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada masa MB menghantar surat telah pun memperkenankan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru pada 10 Disember lalu sekali gus menolak dakwaan Kerajaan Negeri bahawa pelantikan itu belum muktamad.

Mohamad Munir Bani berkata, baginda menerima syor supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang tamat perkhidmatan sebelum ini.

Sementara itu, MB Selangor mendakwa pelantikan Mohammed Khusrin tidak pernah dimaklumkan kepadanya. Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat kepada baginda bagi memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Namun ironinya, apabila merujuk kepada laporan BH, Mohamad Munir berkata MB Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember.

Lambatkah MB Selangor menghantar senarai nama calon untuk jawatan SUK?

Isu pelantikan berkenaan sekali lagi mencetuskan pertembungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri apabila Abdul Khalid juga mempunyai calon-calon tersendiri untuk menjawat jawatan tersebut.

Mungkinkah agenda "rampasan kuasa" di Perak akan berulang di Selangor? Apa agenda Najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMCO di Selangor?

Berkaitan:
* Kelayakan Khusrin jadi SUK S'gor dipertikai

, ,

Selasa, 28 Disember 2010

[PANAS] Sudah Ada Blog Yang Berani Siarkan Nama Menteri yang Didakwa Merogol Amahnya...

 Menurut RPK, menteri yang didakwa merogol amahnya ialah...baca di pautan ini.

Berani betul RPK!


, ,

[PANAS] Usaha Bongkar Kisah di balik Dakwaan Khalwat ADUN SELISING: Papa Gomo dan Saidi Kantoi

Sebenarnya semalam saya mahu mempersoalkan latar gambar Saidi semasa menunjukkan kerosakan "kereta" viva putih dengan gambar yang dikirimkan dalam blog yang didakwa memfitnah ADUN Selising, Papa Gomo.

Rupa-rupanya, blog yang mengupas kes ini sejak awal lagi, iaitu Kami Sokong PAS sudah menulis kiriman yang panjang lebar tentang hal tersebut. Saya petik sedikit, selebihnya sila baca di blog tersebut:
Siapa dia Saidi Hussin ini?
Saidi Hussin dikatakan sebagai Bekas Ketua Keselamatan Pas Pasir Puteh,Ketua Keselamatan Pondok-pondok Kelantan dan Bekas Ketua Keselamatan Nik Aziz.Persoalannya mana satu yang betul?Ketua Keselamatan Pas Kelantan atau Pasir Puteh atau Nik Aziz atau Pondok-pondok?Banyak benar jawatan yang ditulis oleh puak-puak pemfitnah sehingga kita sendiri tidak tahu mana satu yang benar dan mana yang satu yang tidak benar.

Dikhabarkan Si Saidi ini telah bertindak keluar Pas selepas dikatakan Nik Aziz telah cuba menyogok saksi utama kes ini sebanyak RM20 000.Oleh itu,apakah pekerjaan Si Saidi ini sekarang?Berikut apa yang penulis dapat daripada laporan Utusan Online sendiri.

Terjemahan:
Beliau yang kini PENGERUSI JAWATANKUASA
KEMAJUAN KAMPUNG PERSEKUTUAN (JKKP) tanpa mukim
bagaimanapun tidak menolak serangan.....ini.

Semalam,satu keping lagi gambar sedih bertaraf Bersamamu dan Jejak Kasih mula dikeluarkan oleh puak-puak fitnah menunjukkan "rumah" sebenar Saidi Hussin yang daif dan usang.

Dalam hal ini,kita sendiri tidak tahu adakah benar atau tidak rumah tersebut benar-benar rumah Saidi atau tidak,tapi penduduk Kampung Sungai Gali Pasir Puteh boleh menjawab sama ada benar atau tidak rumah tersebut rumah Saidi atau tidak kerana gambar-gambar Saidi sebelum ini berlatarbelakangkan rumah batu yang besar.

MARI KITA NILAI BERSAMA:

Gambar-gambar Sebelum Ini:

Pertama Kali Saidi Hussin
diperkenalkan pada publik:
berlatarbelakangkan rumah banglo

Seterusnya,kali kedua diperkenalkan:
berlatarkan halaman rumah banglo setingkat
(standard rumah banglo Kelantan)

TIBA-TIBA....
SEMALAM
INILAH RUMAH SAIDI

usang
BENARKAH INI ISTERI SAIDI?
Bertubuh Besar Seperti orang Arab?
Atau Parpu Kari yang menyamar?
PERNAHKAH WANITA MALAYSIA MEMAKAI
JUBAH SEBEGINI?INI JUBAH FOREIGNER ARAB...
APA BELI DI BUKIT BINTANG KE?

Sedih sungguh hidup Si Saidi. Mana pergi elaun JKKP?Itu baru elaun JKKP,takkanlah engkau tiada kerja lain?Bukankah elaun JKKP naik lepas ini?Pergilah cat sedikit "rumah" engkau itu.

Kerajaan akan menaikkan hampir 100 peratus elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP, Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi kampung baru.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kadar elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM800 berbanding RM450 sekarang....

Habiskan bacaan anda di blog empunya artikel ini: KAMI SOKONG PAS . Malah ada dipautkan juga siri artikel pendedahan yang ditulis oleh empunya blog tentang fitnah ini.

P/s: Bila nak saman kaki fitnah ini? Itu sahaja tindakan untuk menghentikan cerita-cerita yang mengaibkan ini!

,

Petanda PR Berpeluang Cerah Tawan Perlis

Saya petik:
Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan

[BH] KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.
Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

"Pada saya, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kini tidak menepati KPI berkenaan. Mungkin keputusan mengekalkannya itu dibuat atas dasar campur tangan baik oleh ahli parti atau mereka dari luar atau mungkin juga campur tangan veteran UMNO.

"Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini," katanya ketika diminta mengulas rombakan kepemimpinan UMNO negeri yang mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan ada wakil rakyat di Perlis tampil melobi Perdana Menteri untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.
Bagaimanapun, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Mat Rawi Kassim menafikannya, sekali gus menganggapnya sebagai khabar angin semata-mata yang diwujudkan pihak tertentu berasaskan kepentingan peribadi.

Sementara itu, Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis, mengalu-alukan keputusan berkenaan yang disifatkannya sebagai gandingan terbaik UMNO Perlis dalam usaha menjana kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Gandingan itu pada saya amat elok sekali. Mungkin akan ada perbezaan pendapat antara kami, tetapi keputusan itu dianggap tepat untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

"Justeru, saya harap semua pemimpin baik di peringkat cawangan, bahagian dan sayap dapat bekerjasama dengan mantap selepas ini demi mengukuhkan perpaduan sesama ahli, sekali gus memastikan kemenangan parti," katanya.

P/s: Sudah banyak blog siarkan berita ini. Tidak perlu ulas panjang-panjang kerana hal ini sudah jelas. Jika PR pandai mengambil peluang, maka kemungkinan besar Perlis di dalam genggaman dalam PRU13.

Yang peliknya, bagaimana berita ini boleh terlepas dalam media arus perdana? Nanti mesti kena "sound" dengan UMCO!


,

Ingat Kes Adik-Beradik Tidur Berpelukan dengan Kekasih? Ini Cerita Lanjutannya

Saya petik:
[Mstar] SHAH ALAM: Seorang penganggur yang ditangkap oleh ibu bapa teman wanitanya semasa sedang tidur berpelukan di bilik tidur remaja perempuan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Mohd Zainu Man, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan merogol remaja yang berusia 15 tahun tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Tertuduh yang berasal dari Dabong, Kelantan didakwa merogol mangsa pada pukul 2 pagi, akhir Ogos lalu dan didakwa mengulangi perbuatan tersebut pada pukul 2.30 pagi, awal September lalu.

Selain itu, dia juga didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 pagi, hujung September lalu, 2 pagi, awal Oktober lalu manakala pertuduhan terakhir menyatakan tertuduh melakukan kesalahan itu pada 2 pagi, November lalu.

Semua pertuduhan terhadap tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Che Rohana Ismail mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Che Rohana tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, bagaimanapun Wan Mohd Norisham membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin untuk setiap satu pertuduhan.

Beliau juga menetapkan syarat tambahan untuk tertuduh melaporkan diri ke balai polis yang berhampiran setiap Sabtu pertama setiap bulan.

Kes akan disebut semula pada 24 Januari depan untuk tertuduh melantik peguam.

Pada 25 Disember lalu, sebuah akhbar tabloid melaporkan seorang ibu yang tergerak hati untuk melihat keadaan dua anak gadisnya semasa terjaga dari tidur pada pukul 3.30 pagi, menemui dua remaja terbabit sedang tidur berpelukan dengan pasagan masing-masing...Salwa Shaari

* Bagaimana dengan nasib adik mangsa yang berusia 13 tahun yang turut "ditangkap" berpelukan dengan kekasihnya berusia 17 tahun?

Walau apapun hukuman atau tindakan lanjut diambil, kerosakan telah berlaku. Kata orang nasi sudah menjadi bubur.

, ,

[Wajib Baca] Rupa-rupanya Perbuatan Menteri itu Dilihat Isterinya! Aduhai!

Semacam saja cara tunduk salam menteri ini. Siapa menteri yang rogol Robengah itu Tun Lah?
Saya petik:
[HD] Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan  menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.
Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.
Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.
Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada  26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Surat adik Robengah

P/s: Sudah ada jurublog meletakkan gambar menteri tertentu pada kiriman berkaitan dengan cerita ini. Aduhai!

, ,

Isnin, 27 Disember 2010

[PANAS] Siapa Pula Ahli Parlimen yang Diperas Ugut Kerana Gambar Aksi Seksnya?


Saya gelintar beberapa blog petang tadi. Jumpa pula kiriman ini di sebuah blog mesra UMCO. Agak menarik untuk disiarkan. Cerita ini mungkin menjadi panas dalam masa beberapa hari. Saya petik:
[TFK] Dan terkini, cakap-cakap di lobi sebuah hotel empat bintang di tengah-tengah Kuala Lumpur pula menyajikan satu lagi cerita Ahli Yang Berhormat dan skandal seks. Daripada sembang-sembang beberapa orang pemimpin politik yang berkumpul di lobi hotel berkenaan, riuh-rendah tentang seorang Ahli Yang Berhormat sedang diugut dengan gambar-gambar aksi lucahnya yang dikatakan mengalahkan ahli porno helikopter Jepun!

Disebabkan gambar-gambar itu jugalah, menurut mereka Ahli Yang Berhormat tersebut kerap didatangi oleh beberapa orang 'ulat' yang sangat terkenal sebagai kaki pau untuk 'menyamun' wang ringgitnya. Ahli Yang Berhormat tersebut bernasib malang kerana 'ulat' berkenaan bijak untuk memeras ugutnya memandangkan gambar yang diserahkan kepadanya hanyalah salinan dan ulat itu juga tidak bertindak secara sendirian sebaliknya mempunyai rangkaian ulat yang dikatakan didalangi oleh seorang ahli politik terkenal.

Yang lebih malang, salah seorang 'ulat' berkenaan adalah BLOGGER!!!

Sekalipun rangking blognya tidak tersenarai dalam kalangan Top 150 blog di Malaysia, namun blogger berkenaan sememangnya terkenal di kalangan ahli-ahli politik dan muka serta batang tubuhnya boleh dilihat dengan mudah setiap kali ada persidangan parti politik utama.

Gambar-gambar yang dirakamkan di sebuah pusat peranginan di sebuah negara jiran, jatuh ke tangan pemeras ugut apabila Ahli Yang Berhormat itu menyerahkan kameranya kepada pembantunya sendiri!

Nampaknya BLOGGER sudah dapat satu lagi gelaran iaitu PEMERAS UGUT!!!

Tindakan Ahli Yang Berhormat berkenaan tidak membuat laporan polis, amat kita maklum. Namun sekiranya Ahli Yang Berhormat tersebut membuat laporan polis dan menghebohkannya sebagaimana yang dilakukan oleh ADUN Bukit Lanjan, pastinya bukan sahaja 'ulat' pemeras ugut itu sahaja yang terkena natijah sebaliknya BLOGGER-BLOGGER lain juga akan terkena ulah yang sama!!!
* Gambar sekadar hiasan (Cuba teka gambar video seks siapa?).

P/s: Macam-macam! Dunia politik Malaysia ini sememangnya berwarna-warni! Warna yang agak dominan buat ketika ini ialah hitam dan biru!

,

[Video] Minum Air Kencing Untuk Kesihatan Diri

Saya pernah baca kisah wanita yang menghidap barah payu dara sembuh daripada penyakit maut itu dengan mengamalkan terapi air kencing. Wanita itu mengamalkan terapi minum air kencing setiap hari, terutama air kencing pertamanya pada sebelah pagi. Saya juga pernah membaca testimoni wanita yang mendakwa sembuh daripada HIV hanya dengan minum air kencingnya sendiri.

Minum air kencing untuk kesihatan? Tidak percaya? Sila baca pautan ini.

Hari ini dilaporkan seorang warga emas mengamalkan terapi minum air kencing untuk kesihatan dirinya. Warga emas yang sudah berusia 96 tahun itu mengaku bahawa dirinya masih mampu melakukan kerja-kerja berat dan jarang-jarang mengalami masalah kesihatan.

Saya petik:
[HM] KUCHING: Biasanya orang sakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor atau bomoh, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang warga lanjut usia Singoi Jaya, 96, yang minum air kencingnya sendiri.
Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat.

“Pengalaman pertama saya minum air kencing sendiri ialah selepas terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya nekad meminum air kencing saya sendiri dengan harapan boleh sembuh.
“Mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing saya bercampur darah itu pulih selepas beberapa hari kemudian dan saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rekap, Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo di sini.

Menurut Singoi, kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.

“Cara ini mungkin sesuai dengan saya, tetapi bagi orang lain saya tidak sarankan mereka melakukannya,” katanya.
Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam.

Video Berkaitan:




P/s: Menurut orang yang mengamalkan terapi ini, air kencing yang "segar" tidaklah berbau atau jijik berbanding dengan air kencing yang sudah dicemari bakteria. Air kencing menjadi busuk selepas terdedah dengan bakteria.

,

Rogol 8 vs 1: Apa Nak Jadi? Tiru Kelaku Siapa?

Saya petik:
[SH] SEKINCHAN – Padah mengikut nafsu, lapan remaja, termasuk seorang pelajar menengah atas, bakal berdepan tindakan mahkamah kerana disyaki mencabul dan merogol seorang pelajar 14 tahun secara bergilir dalam kawasan sawah berhampiran Parit Pakat Tali Air 6, di sini, 18 Disember lalu.

Suspek berusia antara 16 dan 22 tahun itu berjaya dijejaki dan diberkas polis setelah menerima aduan daripada mangsa, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, semua suspek ditahan reman sebelum pertuduhan dibacakan hari ini di Mahkamah Seksyen Klang dan Mahkamah Majistret Kuala Selangor mengikut Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan mencabul.

Menurut beliau, dalam kejadian antara jam 4 dan 5 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal bersama seorang rakan sebaya sebelum dihampiri kumpulan lelaki berkenaan yang bertindak mengganggu dan menghalang perjalanan.

“Mangsa terperangkap dan dipercayai dirogol secara bergilir oleh lapan suspek berkenaan. Rakannya berjaya menyelamatkan diri.

“Kami tidak menolak kemungkinan semua suspek penduduk tempatan dan mereka adalah kumpulan lepak di kawasan itu,” katanya.

Laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Sabak Bernam.

Noor Mushar berkata, buat masa ini, mangsa berada dalam keadaan stabil dan menumpang buat sementara di kediaman rakannya di sini...

P/s: Tiru kelaku siapa? Lagak Pak Menteri?

Sesiapa yang ada anak perempuan, buat kesekian kalinya saya menyeru agar anda memantau pergerakan anak-anak anda kerana seolah-olah menjadi trend semasa yang menunjukkan banyak remaja perempuan menjadi mangsa rogol atau lebih parah "merelakan" diri mereka dirogol. Kalau diselak-selak berita dalam surat khabar, rasa-rasanya masalah sosial di Malaysia ini sudah mengalahkan negara Barat.

Kes yang dilaporkan ini berkaitan dengan nafsu syaitan remaja, bayangkan pula nafsu syaitan orang tua. Lagi teruk. Pak Menteri pun didakwa merogol, pemimpin politik didakwa meraba buntut perempuan, ada juga pemimpin politik yang video seksnya bertebaran di internet.

, ,

Tampaknya, Selamatlah Menteri Yang Merogol Robengah!

Mari main teka-teki. Siapa perogol amah?
Menteri ini mungkin terselamat daripada pendakwaan atas kesalahan seksual berikutan keengganan amah yang dikatakan menjadi mangsa keraskusan nafsu menteri itu mengambil tindakan undang-undang kerana takut dan malu. Malah, saksi yang menemui keluarga amah itu menyatakan bahawa amah itu takut untuk mendedahkan nama menteri itu kerana sudah bersumpah tidak akan membocorkan hal itu dan jika melanggarnya dia akan disumpah tiga keturunan.

Apabila menyentuh soal sumpah, kes ini sudah menjadi lebih hebat daripada sumpah dalam legenda Mahsuri. Malah lebih epik daripada sumpah Mahsuri kerana sumpah Mahsuri itu belum terbukti betul atau tidak, tetapi sumpah menteri ini sudah dinyatakan di bawah ini. Lagipun ada perbezaan besar antara legenda/mitos dengan kisah benar seperti yang diakui oleh wakil Migrant Care dalam laporan HD di bawah ini.

Hebat pak menteri ini, sudahlah dirogol amahnya pada 19 Februari kemudiannya dihantarnya amah malang itu pulang pada 20 Februari 2007. Dimintanya pula si amah itu bersumpah untuk tidak membocorkan rahsia itu. Keparat betul!

Seperti yang saya nyatakan sejak beberapa hari ini, bangkai busuk tidak dapat disembunyikan lama-lama kerana baunya akan menusuk hidung orang ramai. Walaupun menteri ini mungkin tidak akan didakwa (namun, kita mendoakan agar amah itu mendapat kekuatan dan mengubah fikiran untuk melaporkan perilaku buruk menteri itu kepada pihak polis), namun hal itu tidak menghalang orang ramai berteka-teki untuk mengetahui gerangan menteri itu.

Yang menariknya, dalam sibuk-sibuk orang bermain teka-teki, sudah banyak blog baik yang mesra BN mahupun mesra Pakatan Rakyat berkias-kias tentang gerangan menteri itu. Ada yang siarkan klu, ada yang sudah berani siarkan gambar walaupun tidak mengaitkannya secara langsung. Bagi orang yang berjaya  menangkap maksud di balik kiasan-kiasan di internet, ada yang tidak percaya, ada yang geleng kepala.

Siapa sangka? Namun harus ingat, jangan menuding jari selagi tidak disahkan betul-betul.

Saya petik:
[HD] Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada  1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiub juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjar Negara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily. - Zulkifli Sulong

P/s: Kenyataan media Migrant Care turut menyatakan tentang menteri yang berasal dari Kedah turut didakwa merogol amahnya sekitar tahun 2005. Siapa menteri itu?

, ,

Abang "Izin" Rakan Tiduri Adiknya

Saya petik:
JAIK tahan dua beradik dengan pasangan di bilik berasingan sebuah hotel

[BH] ALOR SETAR: Seorang abang 'bermurah hati' membiarkan rakannya meniduri adik perempuannya di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), petang kelmarin.

Dalam ‘Ops Krismas’ itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun turut dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun yang juga rakan adik perempuannya di sebuah bilik berasingan hotel berkenaan.
Siasatan mendapati pasangan yang ditangkap berkhalwat itu baru mengenali antara satu sama lain.

Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata dalam pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit hanya berseluar jeans tanpa baju manakala pasangannya memakai baju tidur nipis bertali halus tanpa coli dan seluar dalam.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mengaku baru berkenalan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Md Nasir berkata, pemeriksaan di bilik kedua pula, penguat kuasa JAIK menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa ikatan sehingga menimbulkan syak. 
Beliau berkata, ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel murah itu bersama rakannya yang juga pasangan khalwat abangnya.

“Lelaki berusia 24 tahun dan rakannya itu bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah, manakala adik perempuannya dan seorang lagi wanita masing-masing tidak bekerja.

“Apa yang mengejutkan mengapa abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya tidur semalaman dengan rakannya di bilik hotel itu,” katanya.- Zuliaty Zulkifli
* Laporan lebih terperinci di HM.

* Gambar sekadar hiasan.

,

Lelaki Ini Lebih Hebat daripada KM Sarawak

Saya petik:
[Kosmo] CHICAGO - Pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, 84, mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model, Crystal Harris, 24, setelah mereka bertunang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Selepas menonton filem malam ini (kelmarin), saya dan Crystal bertukar-tukar hadiah. Saya memberinya sebentuk cincin. Hari menjelang Krismas yang penuh bermakna," kata Hefner melalui Twitternya kelmarin.

Komen terbaru melalui Twiiternya mengenai lamarannya itu menyatakan: "Ketika saya memberi cincin itu kepada Crystal, dia menitiskan air mata. Hari Krismas yang paling indah".

Tunang Hefner, Crystal turut meninggalkan komen ringkas di Twitter dengan menyatakan: "Krismas yang paling bermakna".

Hefner turut memberi penjelasan lanjut mengenai komen-komen yang dibuatnya dan Crystal di Twitter berkaitan pertunangannya itu.

"Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal adalah cincin pertunangan kami. Saya tidak berniat untuk menimbulkan tanda tanya. Selamat Hari Krismas kepada semua," kata Hefner di laman sosial Twitter. - Agensi

P/s: 74 vs 28 sudah tentulah kalah dengan 84 vs 24!

, ,

Ahad, 26 Disember 2010

Usaha Bongkar Kisah di balik Dakwaan Khalwat ADUN SELISING: Sandiwara Saidi Husin

Kepala fitnah

Kereta remuk ini dikatakan disewa dari sebuah bengkel, bukannya kereta milik Saidi seperti yang heboh diperkatakan di blog mesra UMCO.



Gambar-gambar di atas saya ambil dari  Ruang Bicara Pria Malaya dan kupasan lanjut tentang sandiwara Saidi Husin tentang "kemalangan" yang menimpanya dan kisah lanjut tentang fitnah ini boleh dibaca di  Kami Sokong PAS yang mengupas isu ini dengan agak terperinci dalam beberapa kiriman.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, ADUN Selising dan PAS Kelantan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap puak-puak yang mereka-reka cerita ini. Bagi saya fitnah ini tidak akan reda tanpa tindakan undang-undang. Kerosakan telah pun berlaku. Persepsi buruk yang dicetuskan oleh puak-puak ini perlu dipulihkan dengan tindakan tersebut.


P/s: Pihak PAS atau PR perlu selalu melayari blog mesra UMCO yang kian galak mereka-reka cerita. Tindakan perlu diambil kerana bilangan pembaca blog mereka ini kian bertambah. Apabila berlaku sesuatu fitnah, jangan pandang hal ini dari sudut sebagai jurublog atau pemimpin, kerana anda tahu hal itu adalah fitnah semata-mata. Tetapi pandang isu ini dari sudut rakyat biasa yang kurang pengetahuan tentang sesuatu isu yang dibangkitkan dan mungkin mudah terpengaruh oleh cerita-cerita yang diprovokasi, tambah-tambah pula jika hal itu (fitnah) tidak mendapat respons pemimpin yang terlibat.

Salah satu, modus operandi mereka ialah mencabar pihak tertentu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Bayangkan jika pemimpin yang difitnah itu tidak mengambil apa-apa tindakan, sudah tentu dari sudut pandangan sesetengah pembaca mereka akan mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh puak-puak ini.


,

[Video] Shuffle Menggantikan Silat di Majlis Perkahwinan


"Biar mati adat, jangan mati anak" Aduh! Buat malu sajalah!



Kalau video di atas tidak dapat ditonton, sila klik pautan ini.

(Kredit: eddytech03.blogspot.com)

, ,

[Kemas Kini] Menteri yang Didakwa Merogol Robengah (Amah) ialah...


...siapa?... masih misteri lagi saudara-saudari selagi tidak ada dakwaan rasmi. Namun, bacalah dengan teliti kiriman yang saya ambil dan olah semula daripada pelbagai sumber.

Kita telusuri semula kes ini berdasarkan kenyataan media oleh Migrant Care yang disiarkan di laman Tenaganita bertarikh 1 Ogos 2007. Saya petik:


Press Release     
    Migrant Care: Maid Raped by Malaysian Senior Minister
We are extremely concern about the alarming increases in number of such rape and physical abuses incidents happened in Malaysia. Two years ago, we failed to advocate for an Indonesian maid who was raped by a Minister from Kedah.

We wish to express our gratitude towards the concern of the Civil Society and bloggers community in Malaysia with regards to the recent Maid Raped by Malaysian senior minister.
 
This case involved Malaysian Politician from the ruling party whose Indonesian Maid name Robengah is currently under Migrant Care investigation.

The nature of the case is  highly sensitive and involve the national interests of both countries, we hope all the concern parties will be very patient with us because Migrant Care is as concern as the other stakeholders of this loving nation of Malaysia.

As an NGO Migrant Care shall have no political interests to tarnish the image of the politician and political party involved, nor denying the rightful justice of the raped victim.

We cordially request the interested parties please do not create any untruthful speculations before the results of final investigation of which we will officially submit to the relevant authority for their further actions.

Failure of such, then we shall seek justice through international communities.

RELA, in their national missions, has already caused significant hatred feeling among the people in the Republic of Indonesia against Malaysia despite of very cordial diplomatic relationship at the top government to government level. The role of RELA as Indonesian undocumented migrant bounty hunter has become significant security threat to the regional security in the years to come.

It is timely that Malaysia – Indonesia think tank groups seriously study the migrant workers that impacted the social, political, economy and regional security. 

We believe justice will be done in accordance to the law of Malaysia through the proper channel and positive constructive engagement with the authorities involved.
 Jakarta, 01 Agustus 2007

Wahyu Susilo               Anis Hidayah                    Alex OngPolicy Analyst                Executive Director            Country Director

Kontak: Wahyu 08129307964, Anis 081578722874, Alex +60163121201

Migrant CARE
Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention)
Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia. Telp/Fax: +62 21 4752803
E-mail: alexmigrantcare@gmail.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it   migrantcare@nusa.or.idThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Website: www.buruhmigranberdaulat.blogspot.com

Berdasarkan kenyataan media itu, rupa-rupanya ada dua kes rogol yang membabitkan menteri Malaysia. Yang pertama membabitkan menteri dari Kedah dan kedua menteri kanan seperti yang tengah heboh diperkatakan sekarang. Kedua-dua kes ini seolah-olah ditutup begitu sahaja dan tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Mengapa terjadi begitu? Hal ini perlulah ditanyakan kepada Pak Lah dan Najib kerana kedua-duanya sudah tentu mengetahui hal ini.

Persoalan yang menarik, siapakah menteri-menteri yang dimaksudkan dalam kenyataan media itu? Menurut blog ABIW, sebuah blog mesra pembangkang ada mengulas perkara yang sama sekitar tahun 2007 dulu. Yang menimbulkan persoalan ialah gambar yang mengiringi artikel yang mengulas penarikan seorang menteri daripada bertanding Setiausaha Agung Komanwel. Gambar itu seolah-olah berkait rapat dengan gosip yang hangat diperkatakan sekarang.


Berita yang disiarkan dalam blog Jiwo Kelate itu boleh anda baca di sini. Di bawah ini pula ialah "screen shot" artikel tersebut:

Gosip terkini mengatakan bahawa menteri itu sekarang masih berkhidmat dalam Kabinet Najib. Itulah gosip di sesetengah blog pro-UMCO seperti yang saya pautkan semalam.Namun satu-satunya klu yang dinyatakan dalam HD ialah menteri tersebut digugurkan daripada Kabinet Pak Lah. Jika begitu klunya, maka mungkin nama-nama lain juga bermain di minda anda.

Benar atau tidak sewajarnya mahkamah diberi peluang untuk mengadilinya. Namun malang, sehingga kini tiada seorang pun menteri yang didakwa atas kesalahan yang tragis dan kejam itu.

Siapa pula menteri dari Kedah yang turut dikaitkan dengan kes merogol amahnya?/www.duniacacamarba.blogspot.com


P/s: Seperti yang saya tulis semalam, bangkai yang busuk tidak mampu disembunyikan lama-lama. Jika kes ini tidak didakwa secara rasmi, perkara ini sudah tentu akan terus digosipkan di ruang maya ini dan lambat laun orang ramai akan tahu siapa gerangan menteri keparat itu!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH