Pemuda Menangis Kereta Majikan Masuk Parit
[SH] BAGAN SERAI - Seorang pemandu lelaki menangis setelah menjadi punca kereta kepunyaan majikan yang dipandunya terbabas dan memasuki sebuah parit berhadapan Kolej Vokasional Bagan Serai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengahari, mangsa berusia lingkungan 20-an yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Kurau menghala Bagan Serai dipercayai terbabas dengan sendiri setelah kenderaan dipandu hilang kawalan.
Saksi kejadian, Johari Zainal Abiddin, 56, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menunggu anak pulang dari sekolah sebelum melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda meluncur laju menghala ke arah sebuah parit sebelum terjunam ke dalamnya.
“Saya bersama beberapa lagi rakan segera membantu mengeluarkan mangsa namun hairan melihat gelagat pemandu tersebut yang tidak henti-henti menangis.
“Ketika ditanya, pemandu terbabit ketakutan kerana kereta dipandunya itu milik majikan,” katanya.
Sementara itu, mangsa yang dikenali sebagai Zarul berkata, dia bimbang dipecat majikan akibat insiden itu.
“Saya sedang memandu kenderaan itu seperti biasa sebelum ia hilang kawalan dipercayai akibat masalah tayar.
“Saya sudah membuat laporan polis dan berharap majikan boleh membuat tuntutan insurans untuk membaik pulih kenderaan itu,” katanya. -5/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.