[Video] Pengasuh Dipercayai Pemilik Taska Dera Kanak-kanak
Yakin anak didera
[HM] Kuala Lumpur: “Saya tahu itu anak saya apabila lihat rambutnya,” kata seorang ibu yang mahu dikenali Munirah, 35, selepas melihat rakaman kamera tersembunyi yang disiarkan Buletin Utama TV3, malam kelmarin.
Difahamkan, kamera terbabit sengaja diletakkan dalam beg sekolah kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di sebuah taska di Taman Melati di sini, bagi merakam perbuatan kejam pengasuh taska berkenaan yang mendera beberapa kanak-kanak jagaan mereka.
Rakaman lebih setengah jam itu memaparkan seorang pengasuh bukan saja menghentak kepala kanak-kanak terbabit, malah turut menampar dan ada yang tersembam ke lantai akibat dipukul dengan kuat.
Munirah berkata, sebaik melihat rakaman itu, dia segera menghubungi unit berita TV3 untuk mendapat kepastian sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, semalam.
“Saya kenal itu anak saya. Malah, rakaman itu juga ada merakam seorang pengasuh taska berkenaan.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah melihat rakaman itu malam tadi (kelmarin). Disebabkan tidak sedap hati, saya hubungi stesen televisyen itu untuk melihat semula rakaman berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
Difahamkan, taska berkenaan tidak berdaftar dengan JKM dan tindakan lanjut akan diambil pihak terbabit. -3/11/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.