Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 6 Oktober 2010

Kesalahan Kertas PMR BM: Respons Ringkas terhadap Komen Ibni Khalid Jurait


Saya baca aduan ataupun komen Saudara Ibn Khalid Jurait di Malaysia Kini tentang kesalahan dalam Kertas PMR subjek BM. Saya petik kiriman yang berkaitan:

Saya ingin membuat pemakluman dan komen bahawa terdapat kepincangan dalam Kertas 1 ,Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah hari ini ( 5 Okt 2010).

1) Pertama, soalan nombor 20 yang berikut:

Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. (TIADA JAWAPAN yang tepat). Sepatutnya ada jawapan "Indah sungguh atau Sungguh indah".

A. Amat terindah
B. Sungguh amat indah
C. Amat sungguh terindah
D. Sungguh amat terindah

Jawapan A salah kerana imbuhan 'ter' adalah bersalahan. Jawapan B, C dan D itu tidak boleh diterima kerana 'kata sifat super' berulang-ulang. Perkataan 'amat' menunjukkan 'sifat bersangatan' (superlative) dan perkataan 'amat' juga menunjukkan 'sifat bersangatan' yang sama. (Namun , kalau ingin diterima ; boleh dirujuk jawapan “B“).

2) Kedua, soalan nombor 23:

Semua jawapan adalah bersalahan dari segi etika penggunaan tata bahasa, khasnya dalam peperiksaan penting ini. Perkataan 'banyak orang' yang digunakan dalam semua jawapan adalah salah, yang mana sepatutnya di ganti dengan 'ramai orang'. ( Namun dari segi maksud ; sememangnya jawapan "'A"' paling hampir untuk memenuhi kehendak soalan).


3) Ketiga, soalan nombor 27:

Tidak ada jawapan.

i-Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair
(ayat ini salah kerana penggunaan perkataan 'yang' di awal ayat).

ii-Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
(ayat ini membawa maksud buku teks itu yang penuh, bukan beg itu yang penuh).

iii- Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
(ayat ini sepatutnya: Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan oleh adik tengah hari tadi).

iv-Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mnengelakkan kesesakan lalu lintas.
(ayat ini betul ).

Jawapan yang disediakan kepada calon peperiksaan :

A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

Komen:


Kalau pun ada jawapan, sepatutnya disediakan jawapan

- iii dan iv , ( seandainya jawapam {iii} ini ingin diterima oleh panel pemeriksa)
- iv sahaja ,

sedangkan pilihan jawapan ini tidak diberikan/disediakan.

Sekian, ini komen saya demi kebaikan semua. Secara peribadi saya amat menghargai jika pihak kementerian sudi menilai semula soalan-soalan tersebut demi keadilan kepada semua pelajar PMR yang mana mencengkam emosi mereka serta berlaku pembaziran masa ketika menjawabnya.

Sekian, terima kasih.

Komen pertama yang dikemukakan oleh pengadu ialah berkaitan dengan soalan nombor 20. Saya berpendapat jawapan yang tepat ialah B Sungguh amat indah, bukannya tiada jawapan seperti pendapat pengadu. Penggunaan kata penguat sebelum kata adjektif dalam pilihan jawapan B tiada kesalahan dari segi tatabahasa. Bagi sesiapa yang mempunyai buku Tatabahasa Dewan, sila buka halaman 230-232. Pada halaman itu, ada diperincikan Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan. Sila rujuk 8.4.3 Darjah Penghabisan.

Bagi soalan 23, saya berpendapat penggubal soalan tidak melakukan kesilapan kerana kata "banyak" yang menjadi pelemik di sini betul penggunaannya. Kata "ramai" seperti dicadangkan oleh pengadu lebih sesuai untuk menggambarkan suasana. Berdasarkan Kamus Dewan, kata "banyak" bermaksud 1 bukan sedikit 2 bilangan, jumlah 3 sangat, sungguh. Manakala kata "ramai" bermaksud 1 riuh-rendah, hiruk-pikuk 2 sangat hebat, dashyat 3 sangat gembira, sangat meriah, riang gembira 4 aktif, giat, sibuk 5 banyak penghuninya 6 banyak. Saya hanya perturunkan maksud tanpa huraian lanjut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Berdasarkan maksud, kata "banyak" lebih sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan atau jumlah orang dalam ayat yang dimaksudkan. Namun tidaklah salah menggunakan kata "ramai" untuk menunjukkan bilangan atau jumlah.

Untuk soalan 27, saya berpendapat jawapan yang betul ialah C I, III, dan IV, bukannya tiada jawapan seperti yang ditegaskan oleh pengadu. Hal ini demikian kerana kata "yang" boleh digunakan di awal ayat. Kata "yang" di sini berdiri sebagai  subjek ayat (kata ganti). Tanpa kata "yang" ayat itu akan menjadi salah dari segi hukum tatabahasanya. Manakala ayat "Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi." tiada kesalahan tatabahasa walaupun tanpa kata "oleh".

Ringkasnya, tiada kesalahan yang wujud pada kertas soalan PMR BM 2010. Pandangan saya mungkin silap, namun saya yakin penggubalan soalan peperiksaan awam telah dikaji dan disemak dengan teliti oleh pakar bahasa. Biarpun begitu, lebih afdal, jika pihak kementerian atau pakar bahasa yang arif mengulas lanjut tentang hal ini.

  1. Semua soalan itu ada jawapan. Yang saya tahu, penggunaan perkataan 'ramai' telah ditukar dengan 'banyak' kerana mana boleh 'ramai haiwan'. Yang boleh hanya 'banyak haiwan' dan perkataan ramai mungkin boleh digunakan untuk 'orang ramai' dan 'majlis keramaian'.

    Saya rasa banyak orang tak tahu perkara ini sebab baru beberapa tahun sahaja ditukar dan banyak orang yang dah habis sekolah tak tahu pasal benda ini.

    dan untuk soalan 27, saya rasa ayat I salah kerana perkataan 'bijak' sepatutnya diganti dengan 'mahir'.

    gravatar Comment by Pelajar @ Khamis, Oktober 07, 2010 10:25:00 PTG      
  2. Salam,

    Sebenarnya, bukan sebab pertukaran "ramai" kepada "banyak", tetapi kesesuaian penggunaan berdasarkan maksud dan konteks kata. Penggunaan "banyak" telah lama digunakan oleh orang yang tahu akan penggunaannya.

    Saya berpendapat, "bijak" sesuai untuk menunjukkan kepandaian seseorang berpantun.

    gravatar Comment by Unknown @ Khamis, Oktober 07, 2010 10:46:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH