Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Ahad, 31 Mei 2015

Didakwa Amal Diskriminasi Agama, Kempen Boikot United Airlines Jadi Viral




KUALA LUMPUR: Seorang penumpang wanita mendakwa syarikat penerbangan Amerika Syarikat United Airlines mengamalkan sentimen anti Islam atau 'Islamophobia' selepas dikatakan didiskriminasi pramugari penerbangan tersebut.

Tahera Ahmad, 31, seorang pengarah sebuah pertubuhan hubungan antara agama di Universiti Northwestern dilapor dalam perjalanan ke Washington dari Chicago untuk satu persidangan dialog dalam kalangan belia Israel dan Palestin.

Pengalaman buruk Tahera yang memakai hijab ketika kejadian itu telah dikongsi melalui akaun Facebooknya.

Semuanya bermula apabila Tahera meminta satu tin minuman Diet Coke yang masih belum dibuka daripada pramugari bertugas pada hari itu, tetapi petugas terbabit enggan memberikannya atas alasan bertentangan dengan peraturan keselamatan penerbangan United Airlines.

Menurut Tahera, pramugari itu mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan memberi tin yang belum dibuka kepada pelanggan demi keselamatan kerana bimbang digunakan sebagai senjata ketika penerbangan.

Tahera yang pada mulanya dapat menerima alasan itu kemudiannya melahirkan rasa terkejut apabila pramugari yang sama memberi satu tin arak yang belum dibuka kepada penumpang lain di hadapan wanita tersebut.

Malah, apabila ditanya tentang layanan berbeza yang diterimanya itu, pramugari berkenaan dengan pantas mengambil balik minuman tersebut dan membukanya sebelum memberikannya semula kepada penumpang terbabit.

Kecewa dengan layanan yang dianggap tidak adil itu, Tahera mula bertanya kepada penumpang lain sekiranya mereka melihat apa yang berlaku sebagai satu tindakan diskriminasi agama.

Bagaimanapun, salah seorang penumpang lelaki di dalam kabin pesawat menjawab “awak seorang Islam perlu menutup mulut. Kami tahu awak akan gunakannya sebagai senjata."

Tahera yang menyangka penumpang lain akan mempertahankannya mula menangis selepas berasa dihina.

Wanita tersebut kemudian berkongsi kejadian itu di akaunFacebooknyadan kini status itu menjadi viral sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada pengamal media sosial.

Dalam perkembangan sama, pengguna media sosial melahirkan sokongan mereka dengan hashtag #unitedfortahera di Twitter dan juga menyeru syarikat penerbangan tersebut untuk meminta maaf bagi mengelak penerbangan itu diboikot oleh pelanggannya. - Kohilah Sekaran/Astro Awani/31/5/15





,

Sarjana Bayang Kerajaan PAS Akan TUMBANG – Mohd Sayuti Omar



Tiga hari lalu saya turut minum tea bersama beberapa anak Kelantan yang terdiri daripada sarjana dalam pelbagai bidang. Ada sarjana dalam bidang sejarah, ekonomi, politik dan budaya. Walaupun saya bukan seorang sarjana Ph.D tetapi diajak sama untuk minum tea bersama mereka. Terima kasih.

Antara sarjana yang hadir ialah Dr Muhammad Agus Yusof, pensyarah di UKM, Dr Shamsul Adabi Mamat juga dari UKM, Dr Mustapa Ahmad, pengawa yang satu-satunya memegang title (tangkai nama) Doktorat, Dr Wan Suhaimi Wan Daud, Ketua PKR Pasir Mas, dan lain-lain yang saya tidak begitu mengenali mereka, yang juga merupakan sarjana Ph.D. Seorang peguam juga turut hadir.

Yusuf Comel dan Mohd Sobree Shafii juga turut sama hadir. Walaupun beliau, (Yusof) tidak menggunakan "tangkai nama" Dr di pangkal namanya tetapi butir bicara, buah fikiran dan hujah yang dikeluarkan menunjukkan dia sebenarnya layak untuk menjadi pensyarah dalam bidang Ilmu kemanusiaan dan Sains Politik. Assumption dibuatnya melewati wataknya dimilikinya.

Menarik hujah yang dikemukakan Yusof, apa lagi gaya cakapnya berterus terang dan jujur menyebabkan orang suka mendengarnya walaupun terasa sikir lubang telinga. Bagi saya Yusof seorang yang out spoking dan bercakap ada hujah-hujah tersendiri yang sukar untuk ditepis.

Sembang politik sambil kacau kopi itu berlangsung di Bangi, Selangor. Adapun mauduk dan tujuannya ialah untuk bercakap fasal politik Kelantan khasnya dan politik bangsa Melayu amnya saling memesrakan antara yang ada.

Apa yang hendak saya ceritakan di sini, rumusan yang dicapai dimeja kedai kopi malam itu ialah, kedudukan PAS dan Umno Kelantan hari ini tidak menentu. PAS tidak boleh menjamin ianya kuat manakala Umno pula tidak jamin dan yakin yang ianya boleh mengambil alih kerajaan Kelantan. Dalam keadaan PAS (Kelantan) kini bermasalah, (ada masalah dalaman yang timbul pasca pemergian Nik Aziz), namun Umno seakan belum sedia dan tidak percaya peluang yang ada dapat dimanfaakan. 

Bagaimana pun, menurut Dr Mustapa dan Dr Agus, sekiranya pilihan raya diadakan hari ini, kerajaan PAS Kelantan akan tumbang. Alasan yang dikemukakan ialah berpandu kepada pelbagai masalah yang dihadapi di Kelantan waktu ini yang tidak dapat dituntasi dengan jitu. Mereka tidak menjelaskan secara mendalam segala masalah itu, tetapi apa yang boleh difahami ianya bersangkutan dengan kelemahan kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah (AYMA) dan kehilangan "ummpp" selepas ketiadaan Nik Aziz.

Dr Agus sebelum ini pernah membentangkan lebih 20 masalah atau perkara yang perlu dihadapi kerajaan Kelantan dengan serius. Masalah itu termasuklah mengenai air bersih, sampah, jalan raya, pembangunan di majlis daerah, masalah sosial dan lainnya.

Sewaktu Dr Agus membentangkan masalah itu, Banjir Emas, yang besar berlaku Disember 2014, masih belum menimpa Kelantan. Saya percaya kalau banjir sudah berlaku, masalah banjir diletakkan pada urutan teratas. Ini kerana walaupun sudah lima bulan tragedi itu berlalu, namun penyelesaian ke atas mangsanya masih belum selesai. Walhal Ahmad menjanjikan masalah banjir akan beres dalam masa tiga hingga enam bulan sahaja.

Sekiranya tidak ada individu yang bertindak menjadi MB swasta, masih banyak mangsa banjir yang tidur dan berlepak dalam khemah. Alhamdulilah kerana adanya MB swasta yang membantu MB segonti, sedikit sebanyak masalah mangsa banjir dapat diatasi, ini juga dengan bantuan khidmat dan bakti NGO. Menerusi projek dibangunkan MB swasta, kira-kira 40 buah rumah berjaya dibina dan dalam proses. Sedihnya usaha MB swasta itu seakan tidak direstui Ahmad Yaakub.

Saya bersetuju dengan pandangan Dr Agus dan Dr Mustapa itu yang membayangkan kerajaan PAS akan tumbang jika diadakan pilihan raya dalam masa terdekat berdasarkan kepada hujah dikemukakan itu. Dan saya lebih yakin kedudukan kerajaan Kelantan akan tergugat apabila dicampur dengan masalah mutakhir yang berlaku kini dan tidak dibendung dengan baik. Saya sendiri meletakkan Umno akan menambah 12 kerusi lagi pada pilihan raya akan datang menjadikan jumlah kerusi Umno 24 kerusi.

Sebenarnya kelemahan kerajaan Kelantan kini bukan sahaja, tertakuk kepada pelbagai masalah yang tidak selesai dan berdaya diatasinya itu, tetapi ada hambatan-hambatan lain lagi yang masih belum terungkap ke tengah masyarakat.

Misalnya hari ini, tabung kewangan negeri Kelantan berada dalam keadaan tenat sekali. Disebabkan masalah kewangan ini masalah sensitif, maka kesulitan ini tidak didedahkan kepada umum dan jika ada pihak yang mengungkitkan ia cepat-cepat disangkal dengan mengatakan ia fitnah dan jahat bukan mahu menerimanya sebagai teguran konstruktif. Pentadbiran AYMA hari ini suka menyembunyikan sampah di bawah tikar.

Gambaran menunjukkan tabung kewangan Kelantan kekeringan, boleh diperhatikan apabila banyak rombongan pelaburan dan perdagangan Kelantan dihantar ke luar negari untuk mencari pelaburan. Boleh dikatakan selang dua bulan, akan ada rombongan pencari pelabur kerajaan Kelantan ke luar negeri. Misalnya pada bulan lepas sahaja, dua rombongan mencari pelabur ke Timur Tengah yang diketuai TMB dan diserta beberapa exco.

Hampir semua exco terlibat dalam rombongan mencari pelabur termasuklah exco penerangan yang tidak pun perlu ke luar negeri. Apakah natijah daripada kerancakan rombongan itu, ianya menandakan kewangan negeri tenat? Mudah sahaja untuk memahami masalah ini, orang miskin akan ke luar meninggalkan rumah dan kampung halaman untuk bekerja apabila dapurnya sudah mulai tidak berasap dan kepala lutut anak-anak jadi lebih besar daripada kepala. Begitulah juga dengan kerajaan negeri Kelantan dan juga kerajaan Malaysia.

Rombongan dan lawatan ke luar negara untuk menarik pelaburan ini bukan baru, ia bermula sebaik sahaja Ahmad Yaakub menjadi MB. Malahan MB sendiri ke Milan, Italy untuk mencari pelabur tidak sampai sebulan selepas beliau angkat sumpah sebagai MB. Pemergian itu dalam satu rombongan yang berskla besar juga. Apakah segala pencarian itu berjaya atau tidak. Ada orang bersenda, belanja untuk hantar rombongan mencecah puluhan ribu, hasil yang diperolehi beberapa kupang sahaja. Yang untungnya bukan kerajaan negeri agen pelancungan yang jual tikit dan pakej pelancungan.

Satu lagi bukti menunjukkan pentadbiran AYMA ketenatan dengan wang apabila sudah dua kali MB mengunjungi Putrajaya menemui Najib Razak. Pemergian itu bukan untuk "memadah" kerana dia akan mengadakan kenduri kahwin anaknya, tetapi mencari mekanisme macam mana kerajaan Persekutuan dapat membantu kerajaan negeri yang kian terjempit. Apakah kunjungan Ahmad Yaakub yang dianggap sebagai melanggar pantang dan prinsip itu berjaya batau tidak? Atau ia sudah dijadikan modal Najib dan Umno untuk "bergelar" kepada Ahmad? Walahu'alam.

Kelemahan atau masalah yang dihadapi PAS Kelantan yang membolehkan dua sarjana itu bersetuju kerajaan PAS Kelantan akan tumbang, juga disebabkan masalah yang berlaku dalam PAS Kelantan. Kedudukan hubungan sesama ahli dalam PAS hari ini tidak semantap dahulu. Ia makin terasa selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia. Suka atau tidak, nafi atau tidak realiti yang ada dalam PAS kini ia terbahagi kepada tiga puak. Apa yang saya analogikan sebagai "tanah rancangan" dahulu masih berlaku dalam PAS.

PAS Kelantan kini diibaratkan sudah kehilangan roh atau tunjang. Kalau diibaratkan kepada pokok, PAS jadi seperti pokok Tar (lodoicea maldivica) yang berbadan besar, berdaun lebat tetapi tidak berakar tunjang. Ia berkedudukan dalam keadaan rapuh dan tidak stabil. Keadaan ini berlaku kerana tindakan diskiriminasi atau pun menyisihkan sesama sendiri disebabkan kerana dengki ataupun dendam. Kejadian cantas menantas dan pemandulan pemimpin sedang berlaku di Kelantan.

Saya rasa tidak perlu huraikan disini, tetapi pemuka-pemuka PAS di Kelantan memahami apa yang saya sebutkan ini. Jadi bertolak dari situasi PAS yang tidak berpadu inilah juga yang tambah membenarkan andaian dibuat dua orang sarjana tadi yang dipersetujui dalam sembang itu, bahaya kerajaan PAS bakal kecundang.

Apapun PAS masih ada jalan keluar bagi mengelakkan kecelakaan ini. Bagi saya faktor atau penawar paling utuh ialah PAS Kelantan kena bersatu. Ahmad Yaakub tidak perlu membiarkan kiambang di dalam kolam bernama PAS terus berpecah pecil. Beliau harus menjadi pemimpin laksana biduk yang menangkupkan semua kiambang-kiambang itu. Kalau beliau tetap "dedir" dan degil juga, nantilah untuk beliau dan PAS menerima natijah seperti mana dirumuskan dalam sembang sambil kacau kopi yang saya cerita ini.

Peluang terbaik untuk PAS mengukuh dan mengadakan tunjang kepada pokoknya yang dikatakan rapuh itu ialah pada muktamar yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Perwakilan daripada Kelantan harus sepakat dan ikhlas menyokong semua calon dari Kelantan. Jangan pecah dan asingkan mereka dengan undi anda yang berdasarkan emosi atau pun mazhab yang sengaja dibentuk bertujuan memecahkan parti itu. Dan Ahmad sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh memainkan peranan ini jika beliau sedar dan ikhlas. – msomelayu.blogspot.com, 31 Mei, 2015.

[PANAS] Semua Jenis Minyak Naik Mulai 1 Jun



Berkuat kuasa 12.01 tengah malam 1 Jun 2015, harga runcit bagi RON95 ialah RM 2.05 seliter, RON97 RM 2.35 sen seliter termasuk GST manakala Diesel RM 2.05 seliter. Harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh KPDNKK pada pukul 8.00 malam tadi.


Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mac, April & Mei 2015

Terdahulu, harga bagi RON95, RON97 dan Diesel kekal pada harga yang sama dan tidak berubah selama tiga bulan berturut, iaitu pada bulan Mac, April dan Mei 2015.
RON95: RM 1.95 Sen Seliter
RON97: RM 2.25 Sen Seliter
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter

Sumber: melvister.com

P/s: Takziah 52%. Tahniah geng GST.


, , ,

Bekas MB Selangor Ramal PAS Dipinggir Profesional Selepas Muktamar



Bekas menteri besar Selangor yang rancak bersama PAS sejak tahun 2013, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberi amaran parti Islam itu bakal dipinggirkan golongan profesional selepas muktamar ke-61 Jun ini.

Kenyataan itu dibuatnya selepas seminggu lalu mengkritik sesetengah pemimpin PAS yang pakar dalam agama, tetapi jahil ilmu ekonomi dan perkembangan semasa negara.

"Kalau selepas ini PAS buang golongan profesional, selepas ini golongan profesional tidak mahu masuk PAS lagi," kata bekas naib presiden Umno itu pada forum "Mampukah PAS Dilonjakkan Pasca Jun 2015?", malam tadi.

Pada 23 Mei lalu, Muhammad berkata mereka yang menghafal Al-Quran dan hadis, tetapi tidak dapat memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak layak memimpin negara.

Disebabkan perkara itu, beliau dilaporkan mengaku mula hilang minat dengan PAS.

Menurut Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib, beliau akan menunggu selesai muktamar untuk menilai barisan kepimpinan baru PAS.

Namun, pada forum semalam, Muhammad menjelaskan beliau bukannya "merajuk" dengan seperti disangka sesetengah pihak.

"Bukan saya tidak minat dengan PAS, tetapi tidak minat perangai sesetengah pimpinan PAS," katanya pada forum anjuran Free Public Forum Malaysia itu.

Sementara itu, Muhammad turut menyatakan sokongan terbukanya kepada calon presiden PAS, Ahmad Awang yang mencabar penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yakin bekas naib presiden PAS itu mampu meletakkan parti pada landasan betul dalam kerangka kerjasama Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR.

Pesannya, PAS perlu mengelak dari memilih calon yang mahu menyokong Umno ketika parti itu hampir tumbang ditolak rakyat.

"Kita hendak orang yang memperkukuhkan PAS, dan memperkukuhkan PR. Oleh itu saya tengok Ustaz Ahmad Awang dia boleh memperkukuhkan PR," katanya.

Turut hadir pada forum itu adalah Ahmad Awang sendiri serta bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. – KC NAzari/The Malaysian Insider/31 Mei, 2015.


Zuhdi Buat Hal Lagi, Kali Ini Perlekeh Anak TG Nik Aziz



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.

Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai “Sayuti Shah Alam” yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk “PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia” yang dianjurkan di Shah Alam semalam.

"Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

"Zuhdi sudah marah, dia kata ada pengkhianat yang sebar isi kandungan kumpulan WhatsApp," katanya, dan menambah, kumpulan khidmat pesanan mesej itu adalah kumpulan terbuka.

Zuhdi sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui khidmat pesanan sama, apabila mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno bagi mengekalkan kepimpinan susulan krisis menteri besar Selangor ketika itu.

Melalui paparan skrin mesej WhatsApp dalam kumpulan AJK PAS Pusat yang bocor itu adalah:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So, mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," katanya dalam mesej tersebut. – Mohd Farhan Darwis/The Malaysian Insider/30 Mei, 2015.





,

Nizar: Pilih Ustaz Ahmad Awang Untuk Kukuh PAS, Pakatan Rakyat


Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi. 

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Nafi tolak ulama

Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

"Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

"Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

"Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

"Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

"Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

Susulan kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang dilapor memberi kata dua kepada perwakilan dan bebas memilih pemimpin sama ada yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya, Nizar mempersoalkan sama ada perwakilan mahukan presiden yang didakwanya menjadi boneka DAP atau Umno.

Menurut Nizar, dalam situasi banyak pihak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat pihak dalam PAS yang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan ahli parlimen Pekan itu sebagai ketua negara.

"Umno sekarang dalam keadaaan paling lemah apabila Tun Mahathir Mohamad, (timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik najib turut menghentam (Najib), tetapi ada pihak pula yang kata kekalkan Najib.

"Kalau macam itu saya boleh kata, nak jadi presiden yang jadi boneka DAP atau boneka Umno?" soal Nizar yang mendapat tepukan daripada hadirin. -Malaysia Kini/31/5/15


, , ,

Ustaz Ahmad Awang: Serang Peribadi Bukti Habis Modal


Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.


"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi. 

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserangoleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberikebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut hadir sebagai ahli panel pada forum itu ialah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Sementara itu bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata perpecahan yang berlaku dalam PAS kini turut melibatkan pihak luar daripada parti.

Profesional lari

Beliau juga mendakwa Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.


"Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.

"Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) Umnolah," katanya.

Justeru itu, bekas naib presiden Umno itu berkata lagi, menjelang muktamar PAS ke-61, beliau berharap agar parti itu tidak akan menyingkirkan golongan profesional.

Ini kerana, sekiranya PAS mengambil pendirian untuk menolak golongan profesional, dikhuatiri ia akan menjadikan parti itu lemah dan golongan tersebut tawar hati untuk menyertai PAS selepas ini.

"Kalau ulama buang profesisonal, lepas ini golongan ini tak nak masuk lagi ke dalam PAS. Yang tinggal hanya ulama.

"Lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja. Kita nak PAS dengan kekuatan yang boleh jadi alternatif kepada pimpinan negara," katanya lagi. - Malaysia Kini/31/5/15


, ,

Sabtu, 30 Mei 2015

Tolong Sedar Wang 1MDB Itu Milik Rakyat - Syed Ali Alhabshee


SHAH ALAM – Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang gagal hadir pada prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Selasa lalu.

Syed Ali mendakwa, Arul boleh pula segera kembali ke tanah air daripada urusan di luar negara untuk menghadiri majlis makan malam sulit dengan orang-orang ternama.

“Arul Kanda tidak dapat hadir ke prosiding PAC pada Selasa. Tapi boleh balik ke tanah air dari urusan di luar negara itu untuk menghadiri sesi makan malam sulit dengan orang-orang ternama termasuk Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Aloft, KL Sentral pada Rabu malam.

“Mengikut urutan cerita, Arul sepatutnya berada di luar negara, dia minta maaf tak dapat hadir ke prosiding sebab urusan di sana.

“Shahrir beritahu media, menuntut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat kenyataan terbuka mengenai kemelut 1MDB dan kemudian ajaibnya, Arul muncul untuk makan malam yang selesa dengan Shahrir dan lain-lain. Ini sandiwara yang meninggalkan tanggapan yang buruk,” katanya yang dipetik melalui blognya, hari ini.

Isnin lalu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed‎ mengumumkan prosiding 1MDB yang dijadualkan berlangsung keesokannya terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara iaitu Arul dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi.

Mengulas lanjut, Syed Ali mengingatkan bahawa kes 1MDB itu melibatkan kehilangan dana negara dalam jumlah yang besar namun sehingga kini masih tiada penjelasan apa yang berlaku.

“Sejumlah wang yang besar telah hilang dari dana negara yang sepatutnya disalurkan untuk pembangunan negara.

“Kita mempunyai bukti daripada laporan akhbar berkaitan ahli perniagaan, Jho Low. Rakyat marah tapi kita belum mendengar sebarang penjelasan yang konkrit tentang apa yang berlaku pada berbilion dolar (USD) itu.

“Jadi, daripada mengadakan pertemuan sulit, urusan dari ‘pintu belakang’ dan cuba menggunakan ketidakstabilan kewangan 1MDB untuk keuntungan politik, mari kita betulkan,” katanya. -RAZIATUL HANUM A.RAJAK/29/5/15/Sinar Harian






, ,

[Video] Sudah 15 Tahun Rohingya Lalu Depan Rumah Kami‎ - Penduduk

Paklang menunjukkan Bukit Alor Berangan yang menjadi sempadan antara dua negara dan pernah dilalui nenek moyangnya terdahulu.

KANGAR - Kisah pelarian etnik Rohingya yang masuk ke negeri ini melalui kawasan sempadan bukan satu fenomena asing bagi penduduk di Perlis.

Selain Wang Kelian dan kawasan Padang Besar, penduduk di sekitar Sungai Batu Pahat dan Kuala Perlis juga turut menerima kedatangan tetamu tidak di undang ini sekitar 15 tahun lalu.

Pembongkaran kubur besar dan kem Wang Kelian yang menggemparkan negara baru-baru ini, mengimbau pengalaman berhadapan dengan etnik berkenaan sejak dahulu lagi.

Takut buka pintu waktu siang

Bentuk muka bumi di sekitar Sungai Batu Pahat yang kelilingi bukit antara faktor pelarian Rohingya mudah membolosi sempadan melalui laluan berkenaan.

Seorang penduduk dikenali sebagai Paklang, 70, berkata, rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari Bukit Alor Berangan menjadi tumpuan pelarian berkenaan pada tahun 2000.

Menurutnya, sebaik sahaja pelarian Rohingya turun dari bukit, kawasan rumahnya akan menjadi laluan mereka sehingga menyebabkan dia dan isteri takut untuk membuka pintu pada waktu siang.

“Bukan kerana kami takut diserang mereka cuma kami tidak mahu rumah ini menjadi lokasi untuk pelarian ini berehat, sebab itulah saya akan membiarkan mereka melepasi rumah saya terlebih dahulu sebelum menyusuli mereka kemudian.

“Sebaik sahaja mengesan kehadiran pelarian Rohingya, saya akan terus menghubungi polis. Apabila mereka berehat di kawasan lapang, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain akan memberikan minuman serta makanan atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Paklang berkata, ada antara pelarian Rohingya ini mampu berturut dalam Bahasa Malaysia.

Jelasnya, dia pernah diberitahu oleh pelarian itu, bahawa mereka mahu pergi ke Pulau Pinang untuk bekerja.

"Kalau tengok air muka pelarian terbabit, mereka seolah-olah gembira kerana menyangka sudah sampai di Pulau Pinang.

“Malah apabila trak polis sampai mereka kelihatan tersenyum dan seperti menganggap polis itu sebagai orang tengah akan membawa mereka ke tempat kerja,” katanya.

Ubah suai pondok penduduk

Kehadiran pelarian Rohingya sukar dikesan kerana bijak mengaburi mata penduduk kampung.

Paklang berkata, ada pelarian bertindak mengubah suai pondok milik penduduk bagi elak dikesan.

Menurutnya, pondok yang sebelum ini dibina tinggi diubah suai menjadi lebih rendah menyebabkan penduduk kampung tidak menyedari kehadiran mereka.

“Tetapi apabila saya melalui kawasan itu, saya rasa hairan dengan keadaan dangau (pondok) yang semakin rendah, selepas diamati barulah saya perasan ada pergerakan manusia agak ramai di situ.

“Selepas menghubungi polis, saya bersama penduduk dan anggota polis menyerbu dangau itu menyebabkan kumpulan berkenaan lari bertempiaran, tetapi kerana keletihan dan kelaparan semua pelarian tersebut dapat ditangkap dengan mudah,” katanya.

Biarpun pelarian Rohingya menukar modus operandi melalui kawasan sempadan di Wang Kelian, Padang Besar dan jalan laut sejak akhir-akhir ini, Paklang tidak menafikan bukit itu sangat mudah didaki.

Paklang berkata, laluan bukit itu sudah dilalui nenek moyang terdahulu yang berhijrah ke Perlis.

"Ibu saya berasal dari Kampung Tanjung Gabus di wilayah Satun yang terletak di belakang bukit ini, jadi orang terdahulu sudah mendaki bukit berkenaan sejak dahulu lagi.

“Saya sendiri pernah berulang alik dari kampung tersebut melalui bukit itu sewaktu muda dulu walaupun terpaksa memanjat bukit selama satu jam, selepas sampai di sebelah sana saya akan menaiki sampan sebelum sampai ke Kampung Tanjung Gabus,” katanya.

Paklang berkata, apabila sampai di sana, dia hanya perlu menemui naiban iaitu ketua kampung untuk memberitahu kehadirannya dan akan pulang semula ke Sungai Batu Pahat pada waktu petang.

“Oleh itu, apabila pelarian Rohingya melalui kawasan ini, berkemungkinan ada tekong yang tahu mengenai laluan bukit tersebut sebelum melepaskan mereka ke sini.

“Sekarang pelarian berkenaan sudah tidak berani melalui bukit itu kerana dikawal ketat oleh anggota keselamatan, jadi kami berasa lebih selamat,” katanya.

Tidak lari apabila ditahan

Sementara itu, penduduk di Kampung Wai, Kuala Perlis, Che Loh Abdullah, 73, berkata, kali terakhir dia melihat pelarian Rohingya turun dari bukit berdekatan kampung itu adalah pada tahun lalu.

Menurutnya, sebagai anggota Rela, dia aktif mengawasi kawasan kampung itu bersama beberapa anggota lain.

“Yang saya pelik, beberapa kali saya perasan segelintir pelarian ditahan seperti orang yang sama pernah ditahan sebelum itu, tapi saya diamkan sahaja kerana takut tersilap orang.

“Mereka turun dari bukit tanpa mengira masa, kadangkala waktu malam dan ada kalanya waktu siang, mereka tidak pernah cuba melarikan diri apabila ditahan kerana letih dan lapar," katanya.

Che Loh berkata, sebelum polis tiba penduduk kampung akan memberi mereka kopi dan roti.

Katanya, dia kini tidak lagi melihat kelibat pelarian Rohingya turun dari bukit tersebut setelah mereka sering terkandas apabila sampai di kampung itu. - Sinar Harian/30/5/15

P/s: Hal ini bukan baru, sudah lama. Namun, pihak yang terlibat mengeluarkan kenyataan untuk menutup kelemahan masing-masing. Hakikatnya, wilayah kita ditembusi dari pelbagai arah.






,

1MDB Terima Bayaran IPIC untuk Bayar Hutang


1MDB Dapat Bayaran RM3.6b daripada IPIC

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah memeterai perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), membabitkan bayaran sebanyak US$1 bilion (RM3.6b) yang akan digunakan bagi melunaskan pinjaman syarikat berkenaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, antara ketetapan perjanjian itu adalah IPIC akan membayar US$1 bilion pada atau sebelum 4 Jun 2015.

Bayaran berkenaan bertujuan melunaskan pinjaman berjumlah US$975 juta (RM3.5 bilion) yang dibuat lebih awal daripada tarikh ditetapkan kepada sekumpulan peminjam bank antarabangsa.

Menurutnya, pinjaman itu turut melibatkan kaedah lain bagi pengendalian keseluruhan pelbagai aset kewangan serta transaksi liabiliti antara pihak terbabit dan butiran lanjutnya akan diumumkan kelak.

Langkah itu adalah sebahagian pelan rasionalisasi dikemukakan Ahmad Husni kepada Kabinet pagi ini yang dijangka dapat dilaksanakan menjelang awal tahun depan.

"Perjanjian ini adalah satu langkah signifikan bagi mengurangkan keseluruhan paras hutang 1MDB serta menjadi bahagian penting pelan rasionalisasi yang saya kemukakan kepada Kabinet hari ini yang kita jangka dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang awal tahun depan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia menyusuli pengumuman oleh 1MDB pada Februari lepas mengenai satu rumusan kajian strategik.

"Sebagaimana yang dicapai dengan Edra Energy, ini akan menyaksikan TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia diwujudkan sebagai syarikat yang berdiri sendiri, memiliki autonomi sepenuhnya serta mempunyai kebertanggungjawaban bagi prestasi operasi dan kewangannya.

"Sementara usaha berhubung Edra Energy diteruskan, Kementerian Kewangan akan terus kekal sebagai pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia dan melibatkan peningkatan ekuiti menerusi pelabur-pelabur pihak ketiga.

"Perolehan itu akan digunakan bagi tujuan perbelanjaan modal serta mengurangkan hutang 1MDB," katanya. - Bernama/29/5/15

Antara persoalan yang dibangkitkan pengguna media sosial:




, ,

Ayah Ambil Berat Pakatan Lebih daripada Anak Sendiri - Anak TG Nik Aziz



Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

“Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,” katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

“Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

“Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,” katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.


Sementara Faiz (gambar, kiri) berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.

“Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

“Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia. Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

“Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?

“Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

“Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam,” katanya.


Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama Faiz Fadzil (kiri) dan Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) di forum 'PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 30 Mei, 2015.Menurut Mujahid, PAS kini sudah terbawa-bawa budaya Umno yang bimbangkan masalah perpaduan Melayu.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

“Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

“Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,” katanya. – Hasbullah Awang Chik/The Malaysian Insider/30 Mei, 2015.

,

[Video] Jatuh dari Menara Masjid Kampung Baru, Nyaris Hanya Patah Kaki



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun daripada Masjid Kampung Baru, di sini, bernasib baik apabila dia hanya patah kaki kanan.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa berusia 23 tahun dilihat memanjat menara masjid Kampung Baru.


Lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental itu kemudian bertindak terjun dari menara terbabit sebelum jatuh ke atas bumbung di kawasan berdekatan.

Difahamkan orang ramai yang berada di kawasan terbabit cuba memujuk tetapi tidak diendahkan.

Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.- Harian Metro/29/5/15

,

Wanita Tanggal Baju di Jalan Petaling Diarah Masuk Hospital Bahagia



KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan bekas model sambilan yang dituduh menanggalkan bajunya di khalayak ramai baru-baru ini, menjalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor mengeluarkan perintah itu terhadap Persana Avril Sollunda, 33, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah dan sekiranya tertuduh gagal berbuat demikian hari ini, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap dan membatalkan jaminannya.

"Saya akan menelefon pihak hospital, jika tidak ada sebarang pendaftaran masuk hari ini, saya akan mengeluarkan waran tangkap dan batalkan jaminan," kata Majistret itu.

Persana Avril memohon mahkamah memberinya masa dua hari untuk mengemas pakaian sebelum pergi ke Hospital Bahagia, bagaimanapun mahkamah mengarahkannya pergi ke hospital itu hari ini juga.

Nur'Aminahtul Mardiah mengeluarkan perintah itu selepas menolak permohonan peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Nor Izzat Nordin untuk tidak membicarakan kes anak guamnya di mahkamah terbuka.

Muhammad Nor Izzat berhujah anak guamnya berada dalam keadaan tidak sihat selepas pulang daripada mendapatkan rawatan di Pusat Psikiatri Hospital Sungai Buloh, setelah diikat jamin pada 5 Mei lalu.

Nur'Aminahtul Mardiah menolak permohonan peguam dengan alasan tidak ada sebarang laporan dikeluarkan pihak Hospital Sungai Buloh mengatakan tertuduh dalam keadaan tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan dan dibicarakan di mahkamah terbuka.

Beliau juga menolak permohonan peguam itu supaya anak guamnya mendapat rawatan di hospital di Sabah kerana anggota keluarganya tinggal di sana.

Persana Avril yang memakai baju cardigan labuh berwarna coklat keemasan sedondon dengan seluar ketat dan bersanggul mengangguk faham terhadap perintah yang dikeluarkan mahkamah.

Dia yang turut bersolek rapi dan mengikat selendang di sanggulnya menarik perhatian orang ramai di dalam mahkamah menyebabkan majistret membuat teguran kepada peguam.

"Tolong nasihatkan OKT (Orang Kena Tuduh) supaya jangan berpakaian macam 'rock star', tolong pakai elok-elok sikit," katanya.

Persana Avril dituduh menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas. Gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial.

Terdahulu ketika kesnya disebut pada 9.30 pagi, wanita itu tidak hadir sebaliknya hanya menghantar peguam dan penjamin yang merupakan adik lelakinya.

Peguamnya memberi alasan tertuduh tidak boleh hadir ke mahkamah kerana berada dalam keadaan tidak sihat bagaimanapun mahkamah menangguhkan kes itu sehingga pukul 12 tengah hari dan memerintahkannya hadir kerana tiada sebarang sijil cuti sakit dikemuka.

Mahkamah menetapkan 2 Julai untuk mengetahui laporan perubatan kesihatan tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.- Bernama/29/5/15


, , ,

Khamis, 28 Mei 2015

Budak Dirogol, Didera Selepas Dijual untuk Kahwin Kontrak

POLIS Sepanyol selamat budak perempuan 11 tahun yang didera, dirogol selepas dijual ibu bapanya. - Foto AFP 

Jual Anak untuk Kahwin Kontrak

Madrid: Polis Sepanyol menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan dirogol berulang kali serta dipukul selepas dia dijual ibu bapanya untuk berkahwin dengan harga AS$18,500 (RM66,000).

Menurut kenyataan polis hari ini, lima orang daripada dua keluarga, iaitu ibu bapa budak itu serta keluarga bakal suaminya ditahan. Mereka menghadapi tuduhan memperdagang manusia, penderaan seksual, rogol dan mendera.

Polis memulakan siasatan selepas mendapat maklumat seorang budak perempuan bawah umur dijual ibu bapanya pada Mei 2014 untuk perkahwinan kontrak di Romania.

Budak itu yang tinggal bersama keluarganya di Sville, selatan Sepanyol, dilayan dengan buruk sejak sampai di Valladolid di utara negara itu untuk tinggal bersama bakal suaminya.

“Mereka menghina, mengancam dan memukulnya serta memaksanya melakukan sex dengan bakal suami. Dia juga dipaksa memetik anggur tanpa bayaran,” kata kenyataan itu.

Menurut polis, budak itu menghubungi ibunya meminta bantuan tetapi keluarga yang membelinya menuntut RM40,000 bagi membebaskannya.

Apabila menyedari polis mengawasi mereka, barulah keluarga bakal suami budak itu menghantarnya pulang dengan bas.

Bulan lalu, polis menahan seorang lelaki Romania kerana cuba menjual bayi perempuannya yang berusia seminggu dengan harga kira-kira RM20,000. - AFP/Harian Metro/28/5/15




, ,

Pemilik Blog Lucah Disaman RM18 000

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

, ,

Rahsia Demi Rahsia Terdedah Menjelang Muktamar PAS



Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli parti Islam itu pada realitinya berbeza daripada imej yang ditonjolkan mereka selama ini.

Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini.

Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu.

Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini.

Ia mendedahkan, Nurul sangat mengenali Tuc Tok Usin Ceroi itu dan perbualan mereka membabitkan nama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik yang banyak menyerang pimpinan PAS.

Mokhtar dikatakan antara "orang di belakang" mereka selama ini, begitu juga seorang yang disebut sebagai "Ustaz Din", dipercayai merujuk kepada salah seorang ahli Parlimen PAS.

"Cuba amati minit akhir rakaman audio ini, jelas Nurul bocorkan identiti Tok pada orang luar... Nurul dah bocorkan identiti Tok pada polis.

"Dia fitnah Tok pada pimpinan dan jamaah, serta mengkhianati Tok dan 'team' Tok," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam Facebook miliknya hari ini.

Tuc Tok Usin Ceroi juga mengaku, Nurul sebahagian dari pasukannya dalam melawan pihak yang digelar "jebon", iaitu nama yang diberikan Tuc Tok Usin Ceroi kepada pemimpin PAS yang dilihat tidak bersama ulama menjelang muktamar kali ini.

Sebelum dilantik sebagai pegawai media pejabat presiden, Nurul merupakan ketua unit media baru Dewan Pemuda PAS yang dipimpin Nasrudin Hassan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda sebelum ini.

Semalam, peguam Zulhazmi Sharif pula mendedahkan dalam Facebook miliknya, pihak yang bertanggungjawab di belakang kesilapan mencetak kertas undi Muktamar PAS 2013 lalu yang menyebabkan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi, mengambil tanggungjawab dan menawarkan peletakan jawatan.

Asmuni diserang dengan hebat, termasuk oleh menantu presiden PAS, yang juga ahli Majlis Syura Ulama (MSU), Zaharudin Mohamad, kerana kesilapan yang bukan dilakukannya tetapi oleh seorang pemimpin PAS lain.

Zulhazmi tidak menamakan pemimpin PAS berkenaan tetapi menulis, "Hamba Allah itu lepas dari pertanggungjawaban sehingga hari ini, malah hamba Allah itulah yang 'pulun' buat rang undang-undang persendirian untuk (ahli Parlimen Marang) sekarang."

"Siapa hamba Allah itu, hangpa cari sendiri lah... silap-silap selepas pemilihan kali ini dia akan ketepikan Datuk Mustafa Ali untuk jadi setiausaha agung," tulisnya lagi.

Baru-baru ini, Zaharudin juga membuat pendedahan besar ketika berdialog dengan naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

Beliau berkata, MSU membuat keputusan penting tentang hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR), namun ia belum diumumkan lagi.

Ekoran itu anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil membuat kenyataan meminta MSU mendedahkan keputusan yang dibuat, yang sepatutnya menjadi rahsia di kalangan ahli MSU sahaja.

Faiz dalam postingnya itu bertanya, benarkah MSU dalam satu forum pada 24 Mei lalu membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam PR.

"Jika benar, apakah keputusan yang dikatakan dibuat MSU itu? Sama ada MSU mahu kedudukan PAS dalam PR dikaji semula, atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada PR?" soal Faiz, juga seorang peguam, dalam tulisannya itu.

Muktamar parti itu dari 4 hingga 6 Jun ini akan diadakan di Kuala Selangor. 

Ia bakal menyaksikan hampir semua jawatan utama dipertandingkan termasuk jawatan presiden di mana Hadi akan ditentang bekas pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang.

Turut dicabar ialah timbalan presiden Mohamad Sabu yang akan berdepan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mempertahankan jawatannya. – Zulkifli Sulong/The Malaysian Insider/28 Mei, 2015.


, ,

Kem Pemerdagangan Manusia Wang Kelian Milik Ejen Besar ‘Yassin’



Kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang "dibeli" oleh ejen besar sindiket itu dikenali dengan nama "Yassin".

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah Yusof Ali hari ini yang turut berkata, Yassin berbangsa Rohingya dan dikenali sebagai seorang daripada ejen utama sindiket itu.

Katanya, walaupun berasal dari Myanmar tetapi Yassin, yang berumur dalam lingkungan 30-an tinggal di selatan Thailand, manakala operasi sindiket pemerdagangan manusia diketuainya pula menjangkau sehingga ke negara ini.

"Hasil maklumat kami, beliau merupakan ejen yang bertanggungjawab ‘membeli’ warga Rohingya dan Bangladesh terbabit daripada sindiket di selatan Thailand dengan harga tertentu dan ditempatkan secara sementara di kem-kem transit di Wang Kelian sebelum dijual kepada pihak lain.

"Yassin merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia yang besar dan nama beliau amat dikenali ramai di kalangan Rohingya memasuki Malaysia yang menjadi mangsanya," katanya yang tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu.

Yusuf berasal dari sebuah bandar sempadan Myanmar-Bangladesh, Maungdaw, turut mendedahkan, kem transit mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu beroperasi sejak 2 hingga 3 tahun lalu.

Pendedahan beliau itu turut diperakui rakannya, Mohammad Hussain Abu Hassan yang turut bergiat aktif di dalam RSM Kedah membantu kebajikan pendatang Rohingya dari Myanmar.

Tiga hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Sehingga hari ini, pasukan forensik polis menemui 3 mayat yang sudah reput daripada kubur yang terletak di dalam kem transit terbabit.

Yusuf berkata, apa yang berlaku dalam kegiatan pemerdagangan manusia adalah ejen besar sindiket seperti Yassin akan membeli pendatang Rohingya atau Bangladesh yang baru tiba di selatan Thailand.

Disebabkan beliau tinggal dan beroperasi di selatan Thailand, Yassin mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua sindiket lain yang terdiri daripada rakyat Thailand atau rakyat Myanmar berbangsa Rakhine.

Yassin kemudiannya akan menempatkan pendatang yang baru dibelinya itu di suatu lokasi seperti di kem transit di kawasan hutan di Wang Kelian sebelum diagihkan kepada ejen kecil dengan bayaran tertentu untuk memperoleh keuntungan berlipat-ganda, katanya.

"Ejen kecil inilah atau orang suruhan mereka yang akan mengambil pendatang seperti di Wang Kelian untuk dihantar ke serata Malaysia," katanya.

Kedudukan Wang Kelian yang dikelilingi hutan tebal, bukit curam batu kapur serta berhampiran dengan sempadan Thailand, katanya, menjadikan ia laluan kegemaran bagi sindiket pemerdagangan manusia.

Pintu sempadan Wang Kelian terletak berhadapan pintu sempadan Wan Prakob, Satun dan sejak beberapa tahun lepas, pengunjung bebas keluar masuk di kawasan sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu dan Ahad menerusi pintu masuk ini tanpa menggunakan pasport, namun kelonggaran itu dibatalkan baru-baru ini atas sebab keselamatan.

Ditanya tentang kedudukan terkini Yassin, Yusof berkata, beliau dipercayai melarikan diri dengan menyelusup masuk ke Myanmar selepas kegiatannya di selatan Thailand itu dibongkar pihak berkuasa negara jiran itu.

"Saya diberitahu sumber saya yang mengatakan Yassin melarikan diri ke Myanmar, tidak lama selepas pihak berkuasa Thailand membongkar pembabitannya dalam sindiket itu," katanya.

Katanya, Yassin berkemungkinan berasa lebih selamat berada di negara asalnya di Myanmar pada ketika ini, daripada di Thailand apabila beliau sedang diburu. – Bernama, 28 Mei, 2015.


, , , ,

Kem Pemerdagangan Manusia Wang Kelian: Mangsa Dirogol, Dipukul Sampai Mati


Mereka Kena Rogol, Pukul Sampai Mati di dalam Kem

ALOR SETAR - "Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.

Bercakap secara eksklusif kepada Bernama hari ini, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian.

"Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak," katanya.

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai 'reban' kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka.

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang. 

"Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan "sleep, sleep, sleep," mengarahkan kami semua supaya tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain," katanya.

Nurul Amin berkata, 'reban' itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

“Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut.

"Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal," katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.

Nurul Amin berkata, mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan kelaparan, menyebabkan ramai juga dalam kalangan mereka yang mati akibat kelaparan.

Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai 'neraka dunia', dia berkata, terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi beliau hidup.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.

"Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya.

Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal," katanya sedih. 

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.

"Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu," katanya. 

Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih teruk daripada 'haiwan'. Dia mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.

Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.

"Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka," katanya.

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada jam 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan. 

"Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.

"Mati adalah lebih baik daripada hidup," kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.

Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam. 

Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.

"Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan," katanya.

Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.

Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.

"Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain," kata Mohamad Osman. - Bernama/28/5/15


Nurul Amin Nobi Hussein, 25, (kanan) menceritakan detik-detik dia melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian, Perlis ketika ditemui Bernama di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH