Siasat Cadangan Sambung Konsensi Syarikat DAWAMA
Antara kakitangan Dawama Sdn. Bhd. yang dipaksa menerima notis 'cuti' tanpa gaji bermula 1 Ogos 2011 membantah tindakan syarikat itu dan menyifatkannya suatu penganiayaan. Laporan lanjut di sini. |
[KD] KUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Siasatan perlu dilakukan sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa terhadap cadangan menyambung konsesi syarikat percetakan Dawama Sdn Bhd oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bagi tempoh 10 tahun lagi.
Ini berikutan dakwaan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bahawa syarikat tersebut gagal melaksanakan beberapa projek yang dianugerahkan kepadanya.
“Ini sesuatu yang aneh, sepatutnya jika syarikat ini pernah gagal, maka konsesinya tidak harus diteruskan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.
“Siasatan perlu dijalankan, apakah terdapat unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dalam keputusan menyambung konsensi syarikat ini,” jelasnya yang beranggapan tindakan menyambung konsesi tersebut hanya memberi keuntungan kepada pemilik Dawama.
Pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar berkata, Dawama diberikan konsesi selama 12 tahun
bermula September 2002 untuk mencetak, memasarkan dan mengedar buku terbitan DBP.
Namun Dawama menurutnya gagal menjalankan kerja percetakan buku teks Kementerian Pendidikan pada tahun 2010 sekaligus memberi gambaran syarikat Bumiputera itu gagal melaksanakan projek bernilai RM120 juta setahun.
MTEM membantah penyambungan konsesi syarikat berkenaan bagi tempoh 10 tahun lagi ekoran kegagalannya membangunkan percetakan Bumiputera.
“Apa yang membimbangkan kami ketika ini ialah sudah ada perbincangan untuk menyambung konsesi Dawama yang dilihat bersifat monopoli dan tidak membantu syarikat pencetak Bumiputera lain.
“Syarikat pencetak lain boleh menggantikan Dawama kerana ini terbukti apabila Dawama mengalami masalah pada 2010, syarikat inilah yang mengambil kontrak yang tidak mampu dilaksanakan Dawama dan melepasi sasaran DBP.
Menurutnya DBP perlu mengambil alih urusan percetakan dan urusan pekerja dalam satu Konsortium Percetakan, Pengedaran dan Pengangkutan (K3P).
Dawama ditubuhkan pada Oktober 1999 bagi mengambilalih aktiviti DBP yang diswastakan iaitu pra-cetak, rekabentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP. Akibat masalah kewangan, syarikat tersebut terpaksa memberhentikan operasinya, menyebabkan hampir 400 pekerja diberhentikan tanpa gaji pada 2011.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.