Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 3 Julai 2015

WSJ: Dakwaan Kaitan Antara 1MDB dengan Akaun Bank PM Ditemukan



Dalam satu lagi pendedahan sensasi, Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan bahawa para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar kewangan antarabangsa itu dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Menurut WSJ, dokumen-dokumen siasatan itu didakwa menunjukkan buat kali pertamanya Najib telah dikaitkan secara langsung dengan siasatan terhadap dana pelaburan negara yang bermasalah itu.

WSJ mendakwa kerajaan menyiasat dokumen-dokumen yang apa pihak penyiasat percaya adalah pergerakan wang tunai di kalangan agensi-agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Dakwanya, dokumen-dokumen yang disemak oleh The Wall Street Journal termasuk borang-borang pemindahan bank dan carta aliran yang diperolehi oleh penyiasat kerajaan yang mencerminkan pemahaman mereka tentang laluan wang tunai itu. 

Sementara itu, Sarawak Report melaporkan secara berasingan bahawa sebanyak AS681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

Ia mendakwa, pemindahan dari Falcon Bank milik penuh dana itu ke dalam akaun bank peribadi Najib berlaku hanya beberapa hari selepas satu perkongsian strategik ditandatangani antara Malaysia dan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Dakwanya lagi, ini membawa kepada penerbitan bon AS$3 bilion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada 'usaha sama 50-50 antara 1MDB dan Aabar' untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange."

Ia mendakwa "maklumat perbankan itu telah diterima baru-baru ini oleh beberapa penguat kuasa undang-undang utama Malaysia, termasuk peguam negara".

Sarawak Report juga mendakwa RM42 juta lagi telah dipindahkan dari SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, yang kini di bawah kementerian kewangan, ke dalam tiga akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lalu.



Menurutnya, dakwaan mengenai wang yang diambil dari SRC International itu adalah satu pendedahan yang mengejutkan, kerana ia didakwa adalah wang yang dipinjamkan oleh dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Ia mendakwa pada 10 Februari 2015, SRC International telah memindahkan RM10 juta ke dalam nombor akaun 2112022011880 milik 'Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak' di AmPrivate Bank.

Begitu juga, dakwanya lagi, pada 26 Disember 2014, dua transaksi awal menyaksikan pemindahan RM27 juta dan RM5 juta lagi dari SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun nombor 2112022011906, di AmPrivate Banking yang juga milik 'Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak'. "- Malaysia Kini/3/7/15


Respons 1MDB:



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH