Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Khamis, 30 September 2010

Isteri Bakar "ANU" Suaminya!


Rajini Narayan, 46, memberitahu Mahkamah Agung di Aderlain Australia bahawa dia telah mencurahkan petrol ke atas kemaluan suaminya sebelum membakarnya. Dia bertindak demikian kerana mempercayai suaminya telah berlaku curang.

Suaminya, Satish Narayan, 47, walau bagaimanapun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius. Menurut laporan akhbar, kira-kira 75 peratus bahagian badan Satish melecur. Kejadian itu turut merosakkan kediaman mereka.

Rajini mendakwa dia telah didera oleh suaminya selama 20 tahun secara fizikal dan emosi, namun dia menegaskan tetap menyayangi dan menganggap suaminya sebagai “tuhan/idola”.

Macam-macam!

Cerita lanjut di sini.

,

[Kemas Kini] Amuk Gila Talak: Askar Dibelasah Atendan Hospital

Macam-macam. Bukan sahaja duda yang gila talak, orang politik pun ada gila talak! Saya petik:
[HM] KUANTAN: Mungkin akibat gila talak, seorang pembantu perubatan sebuah hospital di sini, bertindak ganas apabila membuat kecoh pada majlis akad nikah bekas isterinya dengan membelasah seorang anggota tentera yang bakal menikahi wanita berkenaan di Medan Warisan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 30-an dan bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini, dikatakan sudah berjabat tangan dengan kadi untuk dinikahkan di rumah pengantin perempuan sebelum bekas suami bakal isterinya tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menyerangnya menggunakan topi keledar.

Kejadian itu menyebabkan mangsa patah kaki kanan selain cedera di kepala, muka dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh suspek yang berusia 37 tahun. Suspek dipercayai tidak puas hati dengan tindakan bekas isterinya berkahwin lain sedangkan mereka baru setahun bercerai.

Suspek turut memijak kaki mangsa yang dikatakan belum sembuh sepenuhnya akibat kecederaan lama menyebabkan kaki lelaki berkenaan cedera semula.

Selain itu, suspek turut bertikam lidah dengan bekas isteri dan keluarga wanita berkenaan sebelum dileraikan beberapa tetamu. Dia kemudian ditahan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima laporan.

Difahamkan, majlis akad nikah itu tetap dilangsungkan selepas suspek ditahan. Biarpun kakinya patah dan mengalami kecederaan lain, mangsa masih mampu menggagahkan diri menyempurnakan pernikahannya....Shahrul Nizam Mohamad

* Gambar sekadar hiasan.

Kemas Kini (1/10):
* Suspek bukan pembantu perubatan

, , ,

[Kemas Kini] Wayang UMCO di Kepala Batas


Kata akhbar ini sebanyak 40 orang warga emas memulangkan wang bantuan RM100 itu. Letih saya mengira tidak cukup juga jumlah seperti yang dimaksudkan. Yang jelas kelihatan di gambar hanya sekitar 7 orang tua. Yang lain orang muda belia.Apabila selidik gambar lain di akhbar pencacai ini, tidak juga kelihatan jumlah yang dimaksudkan. Tidak mengapalah, namapun wayang!

Kerana politik UMCO, pak cik mak cik ini dijadikan pelakon tambahan dalam wayang ini. Mungkin upahnya lumayan! Yang kasihannya, walaupun usia sudah lanjut, mereka masih tidak sedar parti yang didukung oleh mereka itu bapak segala judi di negara ini! Saya petik:

[UM] KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.
Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.

‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.

‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.

Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.....Abdul Muin Sapidin

Berkaitan:
* "Kami rasa cukup terhina"

KEPALA BATAS 29 Sept. - ''Kami rasa cukup terhina. Kalau tahu, satu sen pun kami tak nak."
Itu antara luahan sekumpulan warga emas dan fakir miskin yang bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian.

Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan rasa marah dan kesal berikutan pengakuan kerajaan negeri menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan di negeri ini.

Menurut mereka, walaupun kerajaan negeri menegaskan wang perjudian yang diterima sudah diasing-asingkan termasuk bagi bantuan wang ihsan RM100 kepada warga emas, ia tidak mampu menghilangkan rasa keraguan berhubung sumber sebenar wang bantuan itu.

Imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, berkata, dia sangat terkejut berikutan pengakuan kerajaan negeri itu kerana sebelum ini menyangka bantuan tersebut diagihkan atas dasar keikhlasan membantu warga emas sepertinya.

''Selepas mengetahui perkara ini, saya tertanya-tanya sama ada orang tua seperti saya ini terlalu hina untuk diberikan wang bersumberkan judi.

''Kalau pun diasing-asingkan dana perjudian itu, tidak mengapalah kerana saya mahu pulangkan juga kerana hanya dengan cara itu saja saya berasa lega. Tidak mengapalah, saya boleh mendapat duit dengan cara halal," katanya.

Saidin merupakan antara 40 warga emas dan fakir miskin yang memulangkan semula wang bantuan kerajaan negeri pada satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini...

 UMCO, Judi, & Kebajikan:
Zaman Tun M
Zaman Tun Lah
Zaman PM 1Malaysia
SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim
                                                                                               the STAR


Kemas Kini (11 malam):
* Warga emas pulang wang 'haram' hanya sandiwara - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

, ,

Ku Li Pengarah Pilihan Raya BN di Galas

Ku Li Pengarah Pilihan Raya BN di Galas. Pelantikan itu mungkin menyukarkan PAS tetapi tidak menjejaskan peluang untuk parti itu mengekalkan kerusi DUN yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia kerana penyakit barah baru-baru ini.

Ironinya, Ku Li yang sebelum ini dikatakan akan menyeberang jambatan ke PR, ditolak ketika pemilihan UMCO yang lalu, dan disindir dan dihina apabila menyuarakan sesuatu isu yang bertentangan dengan partinya diberi kepercayaan untuk menjadi pengarah pilihan raya. Kata Ku Li pelantikan itu suatu penghormatan. Namun sebenarnya, pelantikan itu hanya untuk menggunakan atau memanipulasi pengaruh Ku Li sebagai MP kawasan Gua Musang dan Galas termasuk dalam kawasan itu untuk merampas kembali kerusi DUN itu.

Alahai, ada beza antara penghormatan dengan....!

Saya petik:

Ku Li dilantik Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional di Galas

[UM] KUALA LUMPUR 29 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang bersidang hari ini bagi membincangkan persiapan parti menghadapi pilihan raya tersebut.

‘‘Dengan persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti tersebut.

‘‘Beliau bersetuju dengan keputusan berkenaan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO turut memutuskan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dilantik sebagai Timbalan Pengarah pilihan raya berkenaan dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

‘‘Saya yakin dengan kepimpinan Ku Li yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi dihormati oleh pengundi-pengundi di Galas.

‘‘BN yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah,’’ jelas beliau.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berjanji akan membalas kepercayaan pucuk pimpinan parti dengan membantu calon BN merampas semula kerusi DUN Galas.

Menurut beliau, UMNO bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya di kerusi yang pernah menjadi kubu BN.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, pihaknya yakin untuk merampas semula kerusi tersebut kerana ia sememangnya milik BN yang hanya tewas sekali kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12.


“Pelantikan ini merupakan satu penghormatan kepada saya dan kita akan menyusun strategi terbaik untuk mengambil semula kerusi ini.

‘‘Pas hanya sekali menang di DUN Galas iaitu pada pilihan raya umum lepas disebabkan gelombang yang melanda seluruh negara,” katanya yang kini berada di London ketika dihubungi Utusan Malaysia .


Ini merupakan kali pertama Ketua UMNO Bahagian diberikan tugas sebagai pengarah jentera bagi sepanjang siri pilihan raya kecil yang berlangsung selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang mempunyai tiga kawasan DUN. Dua lagi kawasan ialah Paloh dan Nenggiri yang dikuasai oleh BN.

, , ,

Rabu, 29 September 2010

Wow, Kertas Siasatan BPR Sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta! MP Kulim?

MP Kulim berapa juta? Saya petik:


[HD] KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar. Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee , Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Lihat dokumen ini dalam Malaysia Today.

, ,

Israel dan Operation Sky Breeze: Malaysia Tetap Bersama APCO

Saya petik:
[MR] Serangan pasukan Komando Laut Israel ke atas kapal-kapal Freedom Fortilla yang membawa bantuan kemanusiaan pada 31 Mei 2010 telah mengundang kritik antarabangsa yang hebat.  Operasi yang dinamakan sebagai Operation Sea Breeze atau Operation Sky Winds oleh Angkatan Pertahanan Israel telah mengorbankan sembilan aktivis dari seluruh dunia, dan puluhan lagi tercedera termasuk tujuh anggota tentera Israel.
Namun, kita lihat seluruh dunia hanya mampu mengkritik dan menyelar.  Jaguh "war on terrorism" Amerika Syarikat menutup sebelah mata apabila keganasan dilakukan oleh Israel, tetapi tidak senang duduk apabila Iran mengumumkan pembangunan senjata Nuklear.

Entah mengapa Israel tidak disenaraikan sebagai pengganas antarabangsa.  Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel sudah cukup syarat untuk dikategorikan sebagai pengganas antarabangsa.  Malah mengikut undang-undang Amerika Syarikat pun, Israel menepati definisi pengganas seperti tertera dalam US Federal Criminal Code.  Sungguhpun demikian, tidak ada apa-apa tindakan ketenteraan dibuat ke atas Israel.  Barangkali kerana Israel tidak mempunyai simpanan minyak yang banyak?  Atau kerana Congress dikawal oleh The Jewish Lobby?

Suara paling lantang bukan dari Malaysia
Amerika Syarikat tanpa segan silu melalui Congress 20 Mei 2010 telah meluluskan hampir USD205 Juta untuk membantu Israel dalam membina "sistem pertahanan" Iron Dome.  Perbelanjaan tersebut diluluskan dengan undi 410 menyokong, 4 bantahan dan 8 tidak hadir / berkecuali.  Pelik tapi benar, Amerika Syarikat memberi dana kepada Israel untuk membina sistem pertahanan yang canggih untuk melawan militia-militia Palestin yang bersenjatakan batu dan bahan ledak dan sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Apa yang lebih menghairankan adalah fakta bahawa suara paling lantang melawan Israel bukannya dari Malaysia yang tidak habis mengutuk, mengkritik dan menghina kezaliman Israel, akan tetapi dari presiden Venezuela, Hugos Chavez.  Pemimpin Amerika Latin ini melalui kerajaannya telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.  Venezuela turut menerajui usaha-usaha kemanusiaan ke Palestin, di mana Venezuela bersama komuniti Arab, Islam dan Amerika Latin telah membekalkan ubatan, makanan, air bersih, susu dan sebagainya kepada mangsa-mangsa kezaliman Israel di Gaza.

Pada Ogos yang lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon telah mengumumkan bahawa U.N akan menjalankan satu siasatan terhadap serangan tersebut.  Satu laporan oleh United Nations Human Rights Council yang diterbitkan pada 22 September 2010, melaporkan bahawa Israel telah bertindak melampau, dan telah menunjukkan tahap kekejaman yang tidak boleh diterima.  Tentera Israel barangkali boleh dibandingkan dengan Timbalan Pendakwaraya dalam Inkues kematian Teo Beng Hock apabila menyatakan bahawa mereka telah menemui pisau dapur, klab bola lisut, lastik atau ketapel bersama guli, baju kalis peluru, topeng gas serta alat penglihatan gelap di atas kapal Mavi Marmara.

Persamaan dengan Malaysia
Tentera Israel menjustifikasi serangan mereka dengan mendakwa bahawa "serangan" ke atas tentera Israel itu telah dirancang dari awal.  Ini bukan perkara yang menghairankan, kerana Israel memang terkenal dengan reaksi yang melampau terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin yang tidak bersenjata.  Mungkin kedayusan Israel sebegitu rupa sehingga pisau dapur boleh menggugat keselamatan Israel.  Tidak menjadi suatu perkara yang pelik bagi rakyat Malaysia kerana kerajaan kita lebih hebat lagi sehinggakan komik pun boleh dianggap membahayakan keselamatan negara.  Mungkin tidak lama lagi tulisan kami juga dikelaskan sebagai menggugat keselamatan dalam negeri.
Kami juga tidak boleh nafikan bahawa tekanan dan kritikan antarabangsa telah berjaya memaksa Israel dan Mesir untuk membuka sekatan laluan ke Gaza di mana semua barangan bukan senjata boleh dibawa masuk ke Gaza.  Menteri luar Israel Avigdor Lieberman mencadangkan agar tanggungjawab menjaga sempadan Gaza diberikan kepada komuniti antarabangsa, dan cadangan ini membangkitkan persoalan mengapa tidak diserahkan sahaja kepada Hamas?  Gaza masih memerlukan bantuan untuk pulih daripada kesengsaraan yang sedang dialaminya.  Kami berpendapat wang RM35 juta yang digunakan untuk projek Malaysian Pavillion lebih bermanfaat jika digunakan untuk membantu rakyat Palestin.

Israel yang selama ini biadap, dan kejam terhadap jirannya sudah mula menunjukkan kebiadapan terhadap komuniti antarabangsa.  Kami khuatir, regim Zionis ini akan menindas negara-negara lain juga apabila sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sokongan Amerika Syarikat.  Sampai bila lagi akan rakyat Palestin dibuli?  Sampai bila lagi seluruh Liga Arab berdiam diri tatkala rakyat Palestin merayu akan perlindungan?  Sampai bila lagi Malaysia akan melanjutkan kontrak APCO World Wide?

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

, ,

"Yang 'Si Firaun Besar' ini sibuk, apahal?"

Saya tengah khusyuk membaca berita fasal Si YB Katak ini memperkatakan hubungan antara Azmin dengan Datuk Seri Wan Azizah yang turut berkait rapat dengan pemilihan PKR yang bakal dilangsungkan pada November nanti. Kata YB Katak ini, Presiden PKR perlu berdamai dengan calon Timbalan Presiden, iaitu Azmin Ali demi kelangsungan hidup parti itu. 

Eh! YB Katak ini sudah dipecat daripada parti itu dengan penuh kontroversi. Mengapa dia masih mahu sibuk-sibuk dengan urusan parti itu?

Tiba-tiba seorang rakan memukul bahu saya. Secepat kilat saya menoleh ke belakang. Rupa-rupanya si mamat. Katanya, "Engkau baca berita ini. Aku pelik betullah dengan 'Si Firaun Besar' ni. Yang 'Si Firaun Besar' ini sibuk, apahal?" 

Saya jawab, "Katak ini memang suka menyibuk. Biarlah PKR tu nak terbalik, lingkup, bungkus, apahal dia nak sibuk-sibuk."

"Haah!" jawabnya ringkas.


Berita berkaitan:
Zulkifli nasihat Azmin, Wan Azizah berdamai


[SH] ALOR SETAR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan ‘berdamai’ dengan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sekiranya mahu parti itu terus bertahan.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR itu sememangnya tidak mesra sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

“Saya yakin Wan Azizah tidak akan menerima Azmin sebagai Timbalannya. Sekiranya kemenangan berpihak kepada Azmin, beliau terpaksa menerimanya atas arahan Anwar. Inilah sandiwara keluarga ini, Nurul Izzah (anak Anwar) yang juga tidak bersetuju dengan Azmin,” katanya.

Menurutnya, daripada pemerhatian sejak beliau masih bersama parti itu, hubungan Azmin dengan keluarga itu seperti bermasalah. Bagaimana pun, beliau yakin masalah terbabit adalah pergeseran peribadi, bukannya berkaitan politik.

“Sebagai orang politik, Wan Azizah tidak boleh ambil kira hal pergeseran peribadi dengan Azmin. Dia sepatutnya ketepikan pergeseran lama itu dan beri tumpuan khusus pada politiknya,” katanya.

Zulkifli mengulas kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim kelmarin, yang mendakwa Dr Wan Azizah terpaksa menerima pencalonan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, kerana Azmin adalah calon pilihan Anwar.

Zamil dipetik sebagai berkata, hubungan antara Wan Azizah dan Azmin tidak baik dan rahsia pergeseran mereka hanya diketahui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar, Azmin, Dr Wan Azizah, isteri Azmin, iaitu Shamsidar Taharin, Senator Ezam Mohd Nor dan sahabat lama Anwar, S Nalakarupan.

Zulkifli berkata, Dr Wan Azizah tiada pilihan selain terpaksa menerima kehadiran Azmin dengan mengetepikan masalah antara mereka, atau berundur sebagai protes.

“Wan Azizah perlu berkorban jika mahu lihat PKR terus bertahan dan kukuh dalam arena politik tanah air,” katanya.

Menurutnya, Azmin dilihat sebagai calon paling layak menduduki jawatan nombor dua tertinggi PKR kerana Azmin memiliki 3K.

“Azmin seorang yang ada kesetiaan, kepimpinan dan kerahsiaan. Dia memang layak jadi Timbalan Presiden PKR. Dia juga seorang yang berjiwa Melayu dan saya percaya dia sanggup mempertahankan bangsa Melayu daripada dicerobohi pihak luar,” katanya.

,

Sahabat Durjana: Serah Rakan untuk DIRATAH 4 Lelaki

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol abang tiri rakan baiknya sebaik dibawa ke rumah lelaki itu kononnya untuk makan malam.

Di rumah itu, mangsa turut dirogol tiga lelaki lain yang juga rakan suspek secara bergilir-gilir. Tidak cukup dengan itu, perbuatan kejam berkenaan turut dirakam seorang daripada suspek menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk koleksi peribadi.
Kejadian bermula kira-kira jam 4 petang kelmarin, apabila mangsa pergi ke rumah rakan sekelasnya di Segambut, di sini, untuk keluar makan bersama.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah rakannya itu, mangsa dibawa ke sebuah rumah di Kepong, di sini, yang kononnya didiami abang tiri kepada teman baiknya itu berusia awal 20-an.

“Rakan sekelas mangsa kemudian meninggalkan rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada abang tirinya.

“Mangsa yang terpinga-pinga kemudian ditenangkan suspek sebelum lelaki terbabit memperkenalkan remaja malang itu kepada tiga lagi rakannya berusia lingkungan 20-an,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatannya merayu berulang kali supaya dihantar pulang namun tindakannya itu menyebabkan mangsa dimarahi.

“Mangsa kemudian diheret ke dalam sebuah bilik sebelum pakaiannya dilucutkan suspek,” katanya.

Tersentak dengan itu, mangsa menjerit dan meronta minta dilepaskan sebelum dia dipukul dan diugut seorang daripada suspek.

Sumber berkata, mangsa dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai merogol mangsa, seorang daripada suspek kemudian menghantar semula mangsa ke rumah rakan baiknya di Segambut.

“Mangsa pulang ke rumahnya di Batu Caves, sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Difahamkan, polis menahan dua daripada suspek selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan manakala dua lagi rakannya sedang dikesan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Mohd Firdaus Ibrahim
* Gambar sekadar hiasan.


Berkaitan:
* Lelaki cuba noda teman baik

,

Selasa, 28 September 2010

[Video] Paderi Benjamin Stephen Yang Didakwa Menghina Islam Itu Adalah Anak Melayu - 10 Ribu Melayu Johor Dimurtadkan

Sah memang paderi ini orang Melayu dan dia mengaku bahawa 10 000 orang Melayu di Johor telah murtad. Sila lihat video di bawah ini. Saya petik:

[PD] Ini satu lagi maklumat yang sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Sebelum ini Mufti Perak pernah mendedahkan bahawa beliau tahu berkenaan beribu-ribu remaja Melayu yang ingin meninggalkan agama Islam. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad dan kemudian menjadi "mubaligh" dibayar ganjaran lumayan sekiranya dapat menarik lebih ramai orang Melayu sertai agama tersebut. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan remaja masuk gereja yang terdiri dari kalangan pelajar IPT dan juga pekerja kilang terutamanya di bandar-bandar besar di seluruh negara. Tambah memilukan, kita juga mendengar ada gadis Melayu yang tertudung litup dan berjubah rupanya sudah masuk murtad sedangkan tidak diketahui oleh ibubapa mereka. Kita juga ada mendengar, pendedahan beberapa orang paderi Kristian yang telah kembali kepada Islam bahawa mereka telah disiksa begitu teruk sekali akibat pengkhianatan tersebut. Semua cerita-cerita ini kita dengar menerusi cakap-cakap mulut dan email semata-mata. Maka kita tidak sangka rupanya memang benar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad kemudian menjadi "mubaligh" itu. Buktinya ialah Paderi Benjamin Stephen (foto) yang mencetuskan kontroversi apabila menghina Islam dalam gereja di Sarawak itu.

Video Pendedahan tentang Dirinya dan Pengakuan Bahawa 10 000 Melayu Johor Dimurtadkan:

, , ,

[Video] Aktres Britain & Hos MTV Peluk Islam

Aktres terkenal Britain Myriam Francois-Cerrah dikenali umum selepas menjadi pelakon kanak-kanak dalam filem hit “Sense and Sensibility”. Kini, dia menjadi lebih popular berikutan tindakannya memeluk agama Islam. Langkahnya itu menambahkan lagi golongan pertengahan yang berpelajaran memeluk Islam di Britain.

Menurut Myriam, Peristiwa 11 September telah menjadi motif sebenar keinginannya untuk mengetahui tentang agama Islam. Hasilnya, dia memeluk Islam selepas meyakini kebenaran yang dibawa oleh agama ini.

Myriam menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai lelaki yang membawa keamanan. Berpandukan kehidupan Rasullulah, Myriam bertekad untuk mengubah jalan hidup dan kariernya.

Sementara itu, bekas hos MTV Jerman, Kristianne Backer pula menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memeluk agama Islam, walaupun berita pemelukannya itu menerima kecaman dan maklum balas negatif daripada pihak media.

Katanya, “Saya telah berjumpa dengan orang terkenal dan penting, namun kehidupan saya tetap kosong. Kini, saya dari “Empty-V”, dari hiburan kepada “inner-tainment”. Saya mengalami krisis selama bertahun-tahun dengan berulang-alik ke sana sini, berada di atas pentas, tinggal di rumah sendirian, dan kekosongan. Saya tidak tahu sebab saya berbuat demikian dan kemudian Islam muncul dalam hidup saya.”

Sebelum memeluk Isla, Kristianne telah menemui Sarah Joseph, seorang mualaf, yang juga merupakan editor untuk majalah Emel untuk meminta nasihat dan pandangan. Menurut Sarah, propaganda yang dibuat untuk memburuk-burukkan Islam  bukan menyebabkan mereka menjauhi Islam, tetapi mengajak orang kepadanya.

Artikel ini ditulis semula berdasarkan pautan ini.


Video tentang Kristianne Backer:

[Kemas Kini] Lelaki Tunjuk "BURUNG" di dalam LRT?


Seorang pelajar mendakwa lelaki di atas menunjukkan KEMALUANNYA ketika dia menaiki sebuah gerabak LRT dari Stesen Sri Petaling ke Stesen Chan Sow Lin. Mangsa sempat mengambil gambar aksi lelaki tersebut sebelum mengirimkan gambar itu di Facebooknya.

Saya kemas kini kiriman ini kerana ada pendapat di sebuah laman forum yang menyatakan bahawa ada kemungkinan seluar lelaki itu terkoyak atau si lelaki itu terlupa membetulkan zip seluarnya. Ada logiknya walaupun pelajar itu mendakwa lelaki itu menyembunyikan "burungnya" apabila ada orang lain duduk di sebelahnya. Maka saya ubah sedikit kandungan kiriman ini supaya kemungkinan-kemungkinan itu dapat disertakan.

Namun, jika benar lelaki itu sengaja menunjukkan "burungnya", maka kaum hawa sewajarnya berhati-hati kerana perbuatan itu mungkin boleh berlanjutan kepada bentuk jenayah seksual yang lain. Jika berhadapan dengan situasi di atas, sila maklumkan kepada pihak bertugas di dalam LRT atau di stesen LRT tersebut atau maklumkan hal itu kepada orang yang berada berdekatan dengan anda. Saya petik:

[DC] Girls, beware. There is a flasher on the prowl on the Star LRT, a student told The Daily Chilli.

The brazen pharmacy student, who took a snapshot of the alleged flasher, said the man flashed his genitals at her when he sat opposite her in an LRT coach.

The incident occurred last Monday when she boarded the LRT at the Sri Petaling station to go home from college at around 8pm.

She sat at the side of the coach while the man took the seat opposite her.

She did not take much notice of the man until she noticed something jutting out of his crotch. That was when she spotted his sex organ which was exposed through a hole in his pants.

“I was really shocked when I realised what it was but I was unable to react,” she said, adding she was really tired that day.

“I acted like nothing happened but I went on to SMS a friend, but he did not reply,” said the student.

Strangely enough, the alleged flasher “closed his legs” and blocked his genitals with his umbrella when another female passenger sat next to her, the student claimed.

“Maybe he was afraid she would shout,” she reasoned.

“But that pervert was still facing me, so I decided to take a picture with my handphone. I think he knew I saw his private parts. Luckily, I managed to get a picture before getting out of the LRT at the Chan Sow Lin station,” the student said.

“The incident occurred in just about 5 – 6 minutes and there were quite a number of people on board the LRT. But I’m not sure if anyone else noticed,” she added... Fiona Ho

, , ,

Isnin, 27 September 2010

Selama 4 Tahun, Hampir Setiap Hari, Si Bapa Lahanat Didakwa Merogol Anaknya!

Seorang bapa berusia 39 tahun dituduh merogol anaknya yang kini berusia 16 tahun selama 4 tahun. Menurut mangsa, bapanya telah merogolnya hampir setiap hari sejak dirinya berusia 11 tahun. Kejadian yang berlaku di Bu Gia Map di daerah Binh Phuoc sedang disiasat oleh pihak berkuasa. Saya petik:

[SC] Vietnamese police are investigating a man for allegedly raping his daughter nearly every day for the past four years, authorities said Monday.

The man, 39, was questioned by police Saturday in Bu Gia Map district in southern Binh Phuoc province and is still being investigated by authorities, a local police officer said on condition of anonymity because he was not authorized to speak to the media.

The man's wife and daughter reported the case to police in Hung Long village on Friday, the officer said.
Child rape is a serious offense in Vietnam and can result in the death penalty. However, cases involving incest rarely become public.

The girl told police the assaults began in June 2006, when she was 11. She said her father forced himself on her in her bedroom or in the kitchen nearly every day, according to the officer.

The mother told police she caught her husband raping their daughter about a month ago, but the man begged her not to report it and promised not to do it again, the officer said.

As time passed, he became angry with her for shielding their daughter from him and he beat the mother up, prompting her to report the case, she told police.

The girl, who is now 16 and in the 10th grade, was taken to a hospital Saturday for a checkup, and doctors determined that she had been raped, the officer said.

The girl, the eldest of three daughters, is now staying with her grandparents, he said, adding that villagers have become outraged by news of the incident and are demanding that the man be jailed. - AP

,

[Kemas Kini] Pandangan Sir Richard Branson terhadap Drama Liwat II dan Kaitannya dengan Reputasi Negara. Malu Beb!

Malu beb! Selepas ini, bilionair ini akan menjadi musuh penyokong PM 1Malaysia dan konspirasi liwat. Tokoh perniagaan hebat ini berkemungkinan akan dikutuk oleh Perkasa, blogger UMCO, dan pihak-pihak yang sewaktu dengannya. Pelbagai cerita buruk akan ditulis tentang tokoh perniagaan ini. Tidak mustahil timbul cerita gay yang akan dikaitkan dengannya seperti cerita gay yang dikaitkan dengan tokoh politik antarabangsa yang menyokong DSAI. Saya petik:
[MK] Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.

"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada,” katanya.

Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.

* Berita ini 100% tidak akan disiarkan dalam TV3, Utusan, dan media massa yang sewaktu dengannya.


Kemas Kini (28/9):
Saya sudah nyatakan semalam bahawa akan ada blogger UMCO "menyerang" Sir Richard Branson kerana pandangannya yang kurang mesra PM 1Malaysia dan mengaitkan Drama Liwat II dengan reputasi negara. Hari ini sebuah laman blog "membogelkan" tokoh usahawan Britain itu.

Saya petik sedikit:

Statement Bodoh Richard Branson….!! Ni Semua Penyokong Anwar!

Siape si Richard nie..? Richard Branson, pengasas Virgin Group. Kat America, yang paling polular dia punyer air travel, VIRGIN America. Kalau kat Malaysia macam Air Asia punya budget air travel la….

Tengoklah sendiri peribadi yang ade pada owner VIRGIN Group,

Richard suka pada hobi yang pelik pelik macam orang tak siuman, dia suka pakai under garment wanita depan khalayak ramai..! Gila!

Mat Salleh sewel nie mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak 'campurtangan' dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'duri' kepada reputasi baik Malaysia...

Ada banyak lagi gambar aksi kurang sopan tokoh perniagaan ini disertakan oleh tuan punya blog.

, ,

Saya SOKONG 300% Gesaan Karpal Singh!

Sebagai salah seorang individu yang terlibat dalam penerbitan jurnal undang-undang dalam bahasa kebangsaan beberapa tahun lalu, saya menyokong penuh gesaan Karpal Singh agar hakim menulis penghakiman dalam bahasa kebangsaan. Hal ini penting bagi memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan dalam sistem kehakiman negara dan memastikan penghakiman dalam bahasa kebangsaan menjadi sumber rujukan oleh pengamal undang-undang di Malaysia.

Biarpun ada hakim yang menulis penghakiman dalam bahasa kebangsaan, namun bilangannya masih kurang berbanding dengan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Walaupun ada usaha pihak tertentu menerbitkan penghakiman yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, namun usaha itu dilihat sia-sia kerana penghakiman tersebut tiada autoriti berbanding dengan penghakiman yang ditulis dalam bahasa asal.

Ringkasnya, gesaan Karpal Singh agar semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia perlulah disokong oleh semua pihak. Hal ini bertepatan dengan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan yang menyatakan bahawa semua prosiding (selain pemberian keterangan) di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau sebarang mahkamah bawahan, harus dalam bahasa kebangsaan.

Saya petik:

[MK] Peguam kanan Karpal Singh membangkitkan isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan hari ini dengan menegaskan bahawa semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata, para hakim harus memenuhi syarat-syarat Akta Bahasa Kebangsaan, dan bahawa "semua penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris hendaklah diisytiharkan batal dan tidak sah".

NONEKarpal menegaskan demikian dalam bantahan awalnya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah yang difailkannya pada 2006 terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Karpal meminta mahkamah tertinggi itu mengarahkan Mahkamah Rayuan menulis penghakimannya dalam Bahasa Malaysia, dan selepas itu, permohonan rayuan boleh diteruskan.

Sambil berhujah bahawa penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris mungkin tidak mengikut perlembagaan, Karpal kemudian memberitahu wartawan bahawa permohonan berhubung bantahan awalnya itu mungkin mempunyai kesan yang serius.

"Sebahagian besar penghakiman bertulis dalam kes jenayah dan sivil adalah dalam Bahasa Inggeris di semua peringkat mahkamah."Oleh kerana itu, ini menimbulkan persoalan terhadap kesahihannya dalam bidangkuasa semua penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris," katanya.

Menurut Karpal, Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa semua prosiding (selain pemberian keterangan) di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau sebarang mahkamah bawahan, harus dalam bahasa kebangsaan.

Peruntukan itu juga, katanya, tertakluk ke atas para hakim, kerana ia tidak menyediakan mereka pengecualian untuk menulis penghakiman dalam bahasa Inggeris.

Seksyen 8 juga menyebut bahawa pihak mahkamah, boleh sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding - dan setelah menimbang kepentingan keadilan dalam prosiding berkenaan - memerintahkan prosiding (selain saksi memberi keterangan), boleh sebahagiannya dibuat dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam Bahasa Inggeris.

Dalam menolak rayuan Anwar sebelum ini, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak berkata semua dokumen mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan kerana supremasi Bahasa Malaysia terkandung dalam perlembagaan persekutuan.

Ironinya, Malik yang menulis penghakimannya dalam Bahasa Inggeris, berkata Perkara 152 perlembagaan, dibaca bersama dengan Akta Bahasa Kebangsaan, menyebut bahawa semua prosiding mahkamah selain memberi keterangan, hendaklah dalam harus dalam bahasa kebangsaan. - Hafiz Yatim

* ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah telah meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dirahmati oleh Allah SWT.

, , ,

Inilah Surat Kontroversi Itu

Perhatikan kesalahan-kesalahan yang berjaya dikenal pasti. Logikkah surat ini dikatakan surat rasmi kerajaan negeri? Surat ini pula dijadikan bukti tuduhan tersebut. Alahai! Saya petik berita berkaitan dengan isu ini:

[MK] Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan.

Katanya, apabila ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican memberikan bukti bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk program membasmi kemiskinan, Lim secara tergesa-gesa mengakuinya tetapi mendakwa wang berkenaan hanya disalurkan kepada penduduk bukan Melayu.

ADUN Penaga itu merujuk kepada pendedahan oleh Reezal Merican di Kepala Batas di mana beliau mengemukakan surat yang dialamatkan kepada pengarah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.

Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai itu ditandatangani oleh setiausaha sulit Lim, - Farida Hani M Yacob yang mengesahkan sumbangan itu telah diterima oleh kerajaan negeri.

Menurut Azhar, beliau menerima surat berkenaan daripada sumber yang tidak diketahui di Kuala Lumpur dan memilih mendedahkannya kerana isu berkenaan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam.

"Ini gaya dia (Lim); pada mulanya dia akan menafikannya, tetapi apabila kita tunjukkan bukti, dia kemudian akan mengakuinya,” kata Azhar kepada Malaysiakini.

"Ingat lagi, Lim juga membuat kecoh dia tidak diberikan kerusi VIP pada majlis di Penang Hill tahun lalu?" soalnya.

"Tetapi apabila gambar menunjukkan dia duduk di kerusi VIP, dia persalahkan media pula,” kata Azhar dengan sinis.

Lim dibidas oleh Umno kerana baru-baru ini mengakui bahawa dana kerajaan yang diperolehi dari sumber perjudian ada digunakan bagi membantu golongan miskin di Pulau Pinang.

Tetapi beliau memberi jaminan wang itu hanya disalurkan kepada golongan bukan Islam yang miskin.

"Kita tidak tahupun wang berkenaan datang dari perjudian lumba kuda. Saya tidak tahu kerana kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi.

"Hanya kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen berkenaan, jadi mengapa tidak tanya mereka,” kata Lim pada ucapannya di karnival sukan di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, seorang penulis blog memuat-naikkan sebuah artikel di Pisau.net mendakwa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sebagai penghargaan kepada golongan itu datangnya dari sumber judi.

Lim berkali-kali menafikan dakwaan itu, manakala setiausaha politiknya yang juga ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"RM100 untuk warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri yang ini yang tidak mengamalkan rasuah
mampu memberi wang kepada rakyatnya,” Lim dilaporkan berkata.

, ,

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi..."- Dr Asri

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi.

,

Jahanam Agama Jika Ibu Bapa Berpendirian Terlalu Terbuka!

Saya sudah komen situasi seperti ini dahulu. Sila rujuk di Katalog. Saya petik:

[HM] JAKARTA: Penyanyi Pinkan Mambo sebelum ini dikatakan bertukar agama kerana terpengaruh dengan kekasihnya. Bapa Pinkan, Youke Mambo pula menafikan khabar itu.

“Berita mengenai Pinkan keluar Islam kerana terpengaruh dengan kekasihnya itu tidak benar,” ujar Youke ketika dihubungi melalui telefon, semalam.
Youke memberitahu dia sempat berbual dengan anaknya dan Pinkan memang ada memaklumkan yang dia sudah bertukar ke agama lain. Bagaimanapun, Pinkan juga meminta bapanya tidak mempercayai berita yang dipaparkan di media.

“Papa, Pinkan sudah berpegang kepada keyakinan baru dan berita mengenai Pinkan memeluk agama lain kerana terpengaruh dengan kekasih Pinkan itu tidak benar.

“Pinkan memang rela hati mahu memeluk agama baru ini,” jelas Pinkan kepada bapanya sebagaimana dituturkan Youke.

Youke berkata, dia tidak kesah dengan keputusan Pinkan itu. Menurutnya, penyanyi lagu ‘Kekasih yang tak dianggap’ itu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dalam hidupnya.

“Saya hormati keputusan anak saya,” kata Youke. - Agensi

,

Pelajar Dirompak dan Dirogol di Dalam Keretanya!

Kaum hawa.Sila ambil perhatian. Berhati-hati jika berhenti di persimpangan lampu isyarat. Pasti pintu kereta anda DIKUNCI.Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan bukan saja dirompak malah, turut dirogol seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam keretanya yang berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Putra, di sini, malam Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa yang berusia 20-an memandu kereta bersendirian sebelum berhenti berhampiran di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Namun, tanpa diduga seorang lelaki tidak dikenali meluru masuk melalui pintu belakang keretanya sebelum memukul dan mengugut mangsa supaya mendiamkan diri.
Menurut sumber, lelaki terbabit menunjukkan sebilah pisau untuk menakutkan mangsa sebelum memaksanya duduk di bahagian penumpang.

“Lelaki terbabit meminta mangsa mendiamkan diri sebelum dia membawanya berpusing sekitar Ampang.

“Mangsa diperlakukan kejam sebelum lelaki terbabit merogolnya dalam kenderaan itu,” katanya.

Difahamkan, selepas merogol, penjenayah terbabit menghantar kembali mangsa ke lokasi dia ditemui sebelum melarikan diri.

“Mangsa yang lemah itu datang ke balai polis membuat laporan kejadian terbabit,” katanya.

,

Ahli Politik Sejati?

Saya suka sikap ahli politik ini. Dengan andaian, beliau memberikan pengakuan/ulasan yang ikhlas tentang kekalahannya. Jika bukan atas sebab merajuk dan sebagainya, layaklah beliau digelar ahli politik sejati. Saya petik:

[MK] Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.

Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.
Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Berikut adalah kenyataan Kamarul Baharin dalam facebooknya:

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."

Terdahulu:
* Datuk Kamarul tewas di Teluk Kemang

Sabtu, 25 September 2010

The Grey Lady of Bagram Dipenjara 86 Tahun. KEJAM!

Saya pernah menyiarkan kisah sedih saintis ini dahulu. Dr. Aafia Siddiqui telah "diculik" oleh ejen AS dengan bantua kerajaan Pakistan kerana disyaki terlibat dengan al-Qaeda. Semasa dalam tahanan, beliau dipercayai didera secara fizikal, mental, dan seksual, malah dirogol dan dihina oleh pihak yang menahannya. Anda boleh baca di sini.

Terkini, beliau dijatuhi hukuman penjara 86 tahun atas kesalahan yang mungkin sengaja direka-reka. Malah, peguam yang mewakilinya berpendapat terlalu banyak kesilapan yang berlaku dalam kes tersebut.

Begitulah jika undang-undang sesebuah negara diresapi pengaruh politik dan kepentingan pihak tertentu! Saya petik:

[UM] NEW YORK 24 Sept. - Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun ke atas seorang saintis wanita Pakistan atas kesalahan cuba membunuh pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, dalam satu kes berprofil tinggi yang mencetuskan bantahan keras di Pakistan.
Aafia Siddiqui, 38, yang digelar 'Lady Qaeda' oleh tabloid AS, didapati bersalah pada Februari lalu kerana cuba membunuh anggota tentera AS di Afghanistan.

"Dengan ini saya memutuskan Dr. Siddiqui dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun," kata Hakim Richard Berman ketika mengumumkan hukuman berat itu, walaupun Aafia yang sebelum ini dikatakan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, tidak pernah didakwa atas sebab-sebab keganasan.

Hukuman penjara yang panjang itu mencetuskan protes di bandar kelahiran Aafia di Karachi, sementara di Lahore, beratus-ratus aktivis melancarkan tunjuk perasaan anti-AS.

Kakaknya, Fowzia Siddiqui memberitahu pemberita di Karachi bahawa seluruh rakyat Pakistan akan menyertai pergerakannya untuk memperjuangkan kebebasan Aafia.

Namun, di kamar mahkamah di New York, Aafia meminta orang Islam agar bertenang.

"Maafkan semua orang dalam kes saya, tolong... dan juga maafkan Hakim Berman," katanya.
Aafia, saintis neurologi yang mendapat latihan di Massachusetts Institute of Technology and Brandeis University berkata, tidak ada sebab untuk memfailkan rayuan. Namun pasukan peguamnya akan tetap meneruskan usaha itu.

"Perkara penting adalah permohonan rayuan difailkan dan kesilapan dikenal pasti kerana berlaku banyak kesilapan dalam kes ini," kata peguam belanya, Charles Swift.

Ibu kepada tiga orang anak itu didapati bersalah kerana merampas senapang di sebuah balai polis di bandar Ghazni, Afghanistan semasa disoal siasat pada Julai 2008 dan cuba menembak sekumpulan anggota tentera AS serta ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Pendakwa raya berkata dia turut melaungkan 'Pergi mati Amerika!' ketika itu, namun tembakan tidak mengenai sesiapa malah dia tertembak diri sendiri sebelum dijatuhkan.

Peguam bela mempertikaikan bukti fizikal kerana tiada cap jari Aafia ditemui dan tiada kesan serbuk letupan yang menunjukkan dia memegang senapang.

Mereka juga turut mempersoalkan gambaran Aafia sebagai pengganas al-Qaeda oleh kerajaan. - AFP

, ,

[Video] Keganasan MAT TETEK Berakhir

Seorang remaja yang digelar "MAT TETEK" berjaya diberkas polis selepas salah seorang mangsanya dapat mengecam nombor pendaftaran motosikalnya. Remaja berusia 17 tahun itu telah dilaporkan mencabul beberapa orang wanita. Kesemua mangsa diraba di bahagian dada sebelum suspek memecut motosikalnya. Selain meraba, suspek juga dilaporkan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Macam-macam! Saya petik:

[TS] MUAR: A teenager nicknamed Mat Tetek who went around harassing women by squeezing their breasts and even flashing his private parts has been arrested.

The 17-year-old youth, who came from Kluang to live with his elder sister in Kampung Parit Yusof here, was detained after police tracked the motorcycle he used to terrorise his victims.

Muar police chief Asst Comm Mohammed Nasir Ramli said the youth first molested a 22-year-old woman motorcyclist near a petrol kiosk in Parit Jawa on Wednesday.

He said the youth approached the woman and when she slowed down, he touched her breasts and sped off when she shouted.

The woman managed to note down the motorcycle registration number and passed the information to the police.

“On Thursday, the youth terrorised four more women, including one near a bus stop by squeezing their breasts,” ACP Mohammed Nasir told reporters here yesterday.

He said the youth even flashed his private parts at a 49-year-old woman at about 7.15am.

He said the youth also snatched a handbag from one of the victims, adding that police detained him at his sister’s house at about 8.50pm on Thursday. - Hamdan Raja Abdullah

Maaf, video di bawah ini bukanlah Mat Tetek yang dimaksudkan di atas. Namun perangai orang tua di bawah ini seolah-olah sama dengan Mat Tetek.

, ,

Jumaat, 24 September 2010

Google Beri AMARAN INTIPAN kepada Pengguna Gmail


Selepas huru-hara dengan paparan amaran "Reported Attack Page" daripada Google, kini timbul pula paparan amaran "Warning; We believe your account was recently accessed from China....". Tanda amaran ini dipaparkan dalam sesetengah peti masuk pengguna Gmail yang dipercayai diceroboh oleh penggodam dari China. Amaran ini turut memaparkan alamat IP yang digunakan untuk menceroboh akaun pengguna e-mel tersebut. Pengguna yang terlibat diminta menukarkan kata laluan untuk memasuki e-mel mereka.

Perkembangan terbaru ini sudah tentu memburukkan lagi hubungan antara Google dengan China. Google sebelum ini menuduh China mengatur serangan godam terhadap pelayarnya dan mengancam untuk meninggalkan negara itu.

Sumber berita ini di sini.

, ,

Tupai Tua & Tupai Junior Lahanat TEBUK Darah Daging Sendiri

Saya petik:

[HM] ROMPIN: Dua beranak ini layak digelar iblis bertopeng manusia apabila tergamak menjadikan lima ahli keluarga mereka sebagai pemuas nafsu sejak setahun lalu dalam kejadian di sebuah kampung di Pulau Tioman, dekat sini.

Kejadian pertama membabitkan anak perempuan sulung berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, yang dicabul kehormatan oleh bapanya berusia lingkungan 30-an pada 2008.
Tidak cukup dengan perbuatan terkutuk itu, bapa durjana terbabit menjadikan anak keempatnya yang masih bersekolah di tingkatan satu berusia 13 tahun sebagai tempat memuaskan nafsu pada tahun lalu.

Perbuatan keji itu berlarutan apabila bapa bernafsukan haiwan terbabit merogol anak ketiganya, seorang pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun sebelum mangsa seterusnya adalah anak kelima berusia 10 tahun.

Lebih mengejutkan lagi, abang mangsa berusia 17 tahun turut bersengkongkol dengan bapanya apabila merogol dan mencabul adiknya berusia sembilan tahun.

Difahamkan, semua kejadian terbabit berlaku di rumah mereka ketika isteri lelaki durjana itu tiada di rumah. Kejadian rogol itu juga dikatakan turut dilakukan di sebuah chalet di pulau berkenaan.

Kejadian terbabit terbongkar selepas anak perempuan mangsa berusia 15 tahun membuat laporan di Balai Polis Tioman pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu, selepas tidak tahan dengan sikap bapa yang sering bergaduh dengan ibunya.

Selepas mangsa mendedahkan semua kejadian terbabit, polis mendapati lelaki itu bersama anaknya menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Johari Jahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua kejadian terbabit dikatakan berlaku sejak 2008 hingga 2009, malah seorang daripada lima beradik berkenaan turut mendakwa dirogol sebanyak dua kali oleh bapanya.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan serta akan mengambil keterangan lanjut daripada mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan 376 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan dan rogol,” katanya.

Difahamkan, polis juga sedang mengesan kedua-dua anak beranak itu bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Shahrul Nizam Mohamad

Khamis, 23 September 2010

Hadiah Misteri Menanti Anda!!! Klik Jangan Tidak Klik!!!

Gambar ini saya sambil dari TT. Kredit kepada tuan empunya sebenar.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

, ,

Dua Ekor "Tupai" Lahanat yang Menebuk 3 Biji "Putik Kelapa"

Dua lelaki yang ditemui bersama-sama dengan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dengan kes rogol gadis bawah umur.

Cerita sebelumnya di sini.

,

Rahsia Gerangan Abdul Rahim (I'DA WorldGroup) Terbongkar?

Saya memang tidak tahu-menahu gerangan tuan empunya replika cek dengan tulisan RM4 bilion untuk PAS Kelantan ini. Daripada memandai-mandai menulis, lebih baik saya merujuk kepada tulisan orang lain. Pagi tadi saya baca tulisan MSO yang memerihalkan Abdul Rahim Abdul Wahab. Tajuk kirimannya "Rahsia Siapa Abdul Rahim Terbongkar?"

Saya petik untuk dikongsikan bersama:
[MSO] PAGI ini saya menerima satu e mail dari seorang penjenguk yang menamakan dirinya Hero yang memberi alamat sebuah blog yang dibangunkan oleh syarikat I'DA WorldGroup Sdn Berhad syarikat dimana orang bernama Abdul Rahim Abdul Wahab menjadi pengerusi eksukutifnya.

Apa yang tertera dalam blog ini ialah beberapa keping gambar Abdul Wahab dalam majlis perlancaran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Gambar beliau dalam majlis berkenaan mungkin boleh menyingkap misteri pemberian replika cek bernilai RM4 billion atas nama Pas Malaysia yang kini menjadi buah mulut di Kelantan. Jika diperhatikan juga gambar lelaki bertongkat dan juga sebelah kakinya tertutup dengan kaki seluar yang meleret ke lantai. Semacam rahsia besar di sebalik kaki seluar labuh sebelah itu.

Tafsirkanlah dengan mata kepala kita sendiri apakah yang berlaku itu (penyerahan replica chek RM4 B) sebuah realiti atau pun satu ilusi semata-mata dan jangan mudah mempercayai laporan media penghasut. Kata orang gambar mempunyai seribu makna dan tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya jauhari yang mengenali maknikam seperti mana juga hanya Mat Maslan mengenali Felda! [wm.kl.7:00 am 23/09/10]



Orang berkenaan sedang bersalam dengan Shabery Chik, Menteri Beliau dan Sukan, perhatikan kaki kanan lelaki berkenaan.
Orang berkenaan bersalam pula dengan Khalid Yunus, Presiden Pendaki Malaysia, perhatikan kaki seluar sebelah kanan orang berkenaan.Orang berkenaan bergambar ramai, den gan diapit oleh seorang perempuan bertudung dan seorang yang lowos.

Berkaitan:
* Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng penglipurlara
[HD] KUALA LUMPUR, 23 Sept: Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.

"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus," kata beliau sambil merujuk gesaan supaya 'derma' RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggesa SPRM menyiasat sumbangan RM4 bilion yang didakwanya diterima oleh PAS daripada sebuah syarikat.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menjadi bahan tertawaan ramai apabila membuat laporan di balai polis Kota Bharu berhubung 'sumbangan' itu.

"Tidak menghairankan jika Umno begitu teruja dan percaya habis-habisan cerita-cerita penglipurlara seperti itu kerana memang itulah pemikiran mereka.

"Sama seperti mereka mempercayai dongeng sumbangan derma itu, seperti itulah juga mereka mahu rakyat mempercayai penglipurlara ETP.

"Bila rakyat mempercayai penglipurlara ETP sama seperti yang mereka percayai, Umno berharap senanglah mereka hendak memperdayakan rakyat supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Bagi Mahfuz, kisah derma RM4 bilion adalah kisah ahli perniagaan yang berangan-angan banyak duit kononnya sehingga US$2.7 trilion yang tidak banyak bezanya kisah Umno yang berangan-angan panjang hendak mencipta pendapatan negara sehingga RM1.258 trilion dengan projek-projek ETP menjelang 2020 ketika Merrill Lynch melaporkan bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang paling tidak digemari pelabur di kawasan Asia Pasifik.

"Tidak pula ditunjukkan dengan jelas dari mana datangnya duit untuk melaksanakan projek-projek penglipurlara ETP itu.

"Persoalannya, adakah cerita penglipurlara ETP itu sengaja dibuat untuk mewajarkan lebih banyak lagi pembantaian duit Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya?" beliau mempersoalkan. 

* Cek RM4 bilion: PAS anggap propaganda jahat
* Umno ecer jenaka gimik cek RM4 bilion
* Cek RM4 bilion: Kelantan senarai hitam l’DA World


Terdahulu:
Saya petik:
* 3 Projek I'DA World RM1 Trilion

[UM] KELANA JAYA 31 Mei - I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) akan membangunkan tiga projek mega bernilai AS$300 bilion (RM1.06 trilion) di utara Semenanjung.

Tiga projek mega itu membabitkan pembinaan lebuh raya (Hubungan Timur-Barat) dan saluran paip gas dan minyak sepanjang 300 kilometer yang bermula dari Tumpat, Kelantan sehingga Kuala Perlis dan Kuala Kedah, pembangunan di Pantai Sri Tujuh (PS7), pembangunan integrasi di Tumpat serta bandar peranginan di Pasir Mas, Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, pembangunan projek tersebut akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan tidak menggunakan sumber kerajaan.

''Kita telah mendapat persetujuan daripada kerajaan untuk membangunkan projek tersebut dan ia dijangka bermula pada Ogos ini dan bakal siap sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun akan datang.

''Bagi pembiayaan projek-projek tersebut, ia akan dijana daripada syarikat-syarikat berkaitan bersekutu kami, selain aset lain di luar negara untuk meneruskan projek ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Tambah Abdul Rahim, jumlah pembiayaan awal adalah sebanyak AS$50 bilion (RM174.5 bilion) yang akan dibahagikan kepada tiga pakej, iaitu AS$35 bilion (RM122.15 bilion) untuk PS7, AS$10 bilion (RM34.9 bilion) untuk lebuh raya East-West Link dan AS$5 bilion (RM17.45 bilion) untuk projek Pasir Mas.

Katanya, projek PS7 akan mempunyai pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa, pusat pendidikan dan sains serta bandar pelabuhan.

Manakala, bandar peranginan pula akan mempunyai pusat pentadbiran seperti Putrajaya, hotel dan resort serta taman tema air.

Selain itu, Abdul Rahim menjangkakan projek tersebut akan menjana lebih sejuta peluang pekerjaan dan membantu memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

''Tujuan utama I'DA World adalah membuka peluang kepada orang ramai selain membantu menjana ekonomi negara,'' katanya.

I'DA world merupakan syarikat pembinaan yang ditubuhkan pada April tahun lalu.
Berita di atas disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 1 Jun 2009. Cerita gah Abdul Rahim ini sepatutnya sudah heboh diperkatakan pada waktu itu. Mengapa baru sekarang mahu dihebohkan? Sudah tentulah untuk kepentingan politik.

Berdasarkan tulisan/e-mel yang diterima oleh MSO, Abdul Rahim ini turut menjadi "orang penting" untuk program yang dilancarkan oleh Najib. Jika tidak, masakan dia boleh berada di atas pentas dan berpeluang bersalam dengan Shabery Chik dan Khalid Yunus? Berapa bilion yang disumbangkan oleh "orang kaya" ini untuk program itu? Mengapa tidak kecoh? Takut orang ramai tahu tentang kaitan Najib dan geng dengan gerangan empunya replika cek RM4 bilion itu?

Derma RM4 bilion, tetapi menghairankan apabila namanya tiada dalam Senarai Manusia Terkaya di Dunia, begitu juga di Malaysia! Syarikat pula ditubuhkan pada April 2009. Fuh, betul-betul cerita dongeng alaf baharu! Dalam hal ini, pemimpin PAS perlu cepat-cepat melaporkan kisah replika cek itu kepada polis, bukan sekadar menafikan sahaja kaitan mereka dengan "orang kaya" ini.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH