[Video] Ahli Perniagaan Mengaku Tampar Pekerja Cuci Kereta, Kena Kompaun RM5000
Shah Alam: Ahli perniagaan mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan pekerja premis mencuci kereta di Kampung Baru Subang, minggu lalu.
Mohd Risamuddin Ab Wahab, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ellyana Razali.
Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah iaitu patah di bahagian hidung kepada Shaheb Ali dengan menggunakan tangan pada 17 Oktober lalu jam 12.45 tengah hari.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Master Clean Car di No 30 H tingkat bawah Jalan Dinar FU3/F Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk Mohd Risamuddin membayar kompaun RM5,000 mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.
Ellyana kemudian mengarahkan tertuduh membayar kompaun RM5,000 kepada majikan dan mangsa pada hari ini.
Selain itu Ellyana turut memerintahkan kedua-dua pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan kepada media serta tidak boleh mengambil tindakan sivil sesama mereka.
Mohd Risamuddin turut diperintahkan memohon maaf kepada mangsa dan majikannya di dalam mahkamah.
Video tindakan Mohd Risamuddin menampar Shaheb di premis cuci kereta berkenaan menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.
Mohd Risamuddin kemudian ditahan Ahad lalu di Damansara sebelum didakwa, hari ini. -Harian Metro/21/10/15
P/s: Adilkah penghakiman ini kepada pekerja Bangla yang diaib dan dipukul sehingga patah tulang hidung???
Sedangkan mencuri RM2, seorang lelaki dikenakan hukuman penjara dua tahun.
Pekerja Bangla ini juga tidak boleh mengambil tindakan sivil yang lain berdasarkan laporan di atas. -Harian Metro/21/10/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.