Wanita Bunuh Diri Selepas Ditegur Ketagih Media Sosial oleh Suami
Seorang wanita yang ketagih media sosial dilapor membunuh diri selepas suaminya menegur obsesi wanita berkenaan terhadap media sosial. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR : Seorang wanita yang didakwa ketagih menggunakan media sosial dilaporkan bertindak membunuh dirinya selepas suaminya dikatakan menegur sikap obses wanita terbabit terhadap media arus baru itu.
Memetik laporan India Times, wanita yang baru berkahwin itu sering dimarahi oleh suaminya kerana sentiasa ketagih menggunakan laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.
Menurut pihak polis, Aparna, 22 dari Kerala dikatakan seorang pengamal media sosial yang akif sehingga menghabiskan banyak masa di media sosial.
Serik dengan perbuatan itu, suaminya, Kumar yang merupakan seorang pemandu lori bertindak merampas telefon bimbitnya sebagai satu pengajaran.
Kecewa dengan tindakan suaminya, wanita berkenaan kemudian menelefon abangnya dengan telefon bimbit yang lain untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Dia kemudian dilapor mengunci dirinya di dalam bilik tidur dan tidak mengendahkan rayuan daripada ahli keluarga untuk membuka pintu tersebut.
Kumar kemudian mendapati isterinya mati tergantung pada siling dalam bilik tidur di rumah mereka.
Walaupun Arpana dikejar ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, namun tidak sempat untuk menyelamatkannya.
Bagaimanapun, pihak polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu. -Awani/14/10/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.