Video Makian: ‘Fitnah mahu jatuhkan saya’ - Anthony Loke
SEREMBAN - Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berbaur rasis ketika ditahan polis di Kampung Ulu Temiang, di sini, kelmarin.
Loke berkata, dalam video yang tersebar di laman sosial itu, dia tidak mengeluarkan perkataan seperti didakwa, sebaliknya merujuk kepada seseorang dalam syarikat One Visa, pemilik tanah kampung berkenaan.
“Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan seperti mana dalam video yang tersebar. Saya hanya menyebut nama seseorang. Saya berkata begitu kerana wakil syarikat berada di sana ketika saya ditahan polis,” katanya.
Menurutnya, penyebaran video yang kini menjadi viral itu bertujuan memfitnahnya yang kononnya beliau bersifat perkauman.
“Saya menafikan fitnah itu. Pembuat video tersebut bertujuan politik untuk menjatuhkan imej saya.
“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya tetapi dia cuba mengambil kesempatan untuk memfitnah saya kononnya saya anti-Melayu. (Dalam) isu di Kampung Ulu Temiang ini, saya turut memperjuangkan (kepentingan) keluarga Melayu yang turut ditindas, bukan keluarga Cina sahaja,” katanya pada sidang media di Kampung Ulu Temiang, di sini, semalam.
Sejurus video itu tersebar, Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, satu laporan dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, malam kelmarin.
“Saya sudah beri keterangan kepada polis tentang perkara ini dan polis berpuas hati dengan keterangan saya.
“Saya turut meminta polis untuk siasat dan mengambil tindakan terhadap pembuat dan penyebar video tersebut,” katanya.
Video berdurasi 26 saat itu tersebar di media dan menjadi viral di laman sosial apabila kelihatan Loke memekik dengan perkataan berbaur rasis ketika dibawa masuk ke dalam trak polis di Kampung Ulu Temiang kerana didakwa menghalang tugas pihak berkuasa meroboh rumah di kawasan berkenaan.- Sinar Harian/8/10/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.