Tangkap, Gantung Pihak Bertanggungjawab Kehilangan Anak Orang Asli - DAP
Kerajaan perlu menggantung atau mendakwa individu yang bertanggungjawab atas kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini.
Setakat ini, 4 daripada murid Sekolah Kebangsaan Tohoi yang berumur antara 7 dan 11 tahun itu, dilaporkan hilang sejak 23 Ogos, ditemui meninggal dunia.
Manakala 2 lagi ditemui pasukan penyelamat masih hidup, tetapi dalam keadaan lemah akibat kurang zat makanan dan dehidrasi.
Mereka ditemui di tebing Sungai Perias pada Jumaat.
"Mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kes kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli itu, dengan 5 kematian, patut digantung atau didakwa atas jenayah kecuaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu berasa malu atas apa yang berlaku kerana kanak-kanak itu dilaporkan cuba melarikan diri kerana takut dihukum selepas ditangkap berenang di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
"Rakyat Malaysia mesti berasa bersedih hati kerana sifat tidak berperasaan, tidak berperikemanusiaan, kecuaian dan ketidakcekapan itu boleh berlaku dalam negara yang moden ini, menyebabkan bencana manusia dan tragedi pada magnitud yang luar biasa,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah juga mengecam cara kerajaan bertindak balas dalam tragedi itu, menyifatkannya tidak memadai dan boleh menjadi bahan ketawa.
Lim berkata, jika anak-anak itu daripada komuniti Melayu, Cina atau India, ia pasti akan menimbulkan keributan dan kekecohan.
"Perdana menteri perlu menuntut penjelasan penuh daripada menteri mengenai apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan kanak-kanak Orang Asli yang hilang itu, dan jika mereka gagal memberikan penjelasan memuaskan untuk dimaklumkan kepada umum, mereka perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. – The Malaysian Insider/11 Oktober, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.