Pelancong Berbogel di Pulau Sibuan?
Semporna: Polis siasat penyebaran foto bogel dipercayai pelancong asing yang dikatakan dirakam di Pulau Sibuan, dekat sini, baru-baru ini, sehingga menjadi viral di laman sosial.
Menerusi beberapa foto yang tersebar, ia membabitkan lelaki dan wanita.
Rakaman foto menunjukkan sekumpulan lelaki berbogel manakala wanita beraksi dalam keadaan separuh bogel.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto berkenaan dirakam di Semporna atau sebaliknya.
"Polis akan meminta kerjasama Taman-Taman Sabah (TTS) dan pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan foto ini kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pada 30 Mei lalu, 10 pelancong Eropah termasuk empat wanita dilihat berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu dan aksi mereka dirakam sebelum disebarkan dalam laman sosial.
Empat daripadanya dihadapkan ke mahkamah dan diusir keluar dari Sabah selepas membayar denda RM5,000 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. -Harian Metro/21/10/15
Kemas kini di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.