Lepas 44 Hari, Lebih 50,000 Mohon Jadi Ahli AMANAH
Selepas penubuhannya diumumkan akhir Ogos lalu, Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima lebih 50,000 permohonan keahlian untuk menyertai parti itu.
Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir berkata setakat ini permohonan keahlian AMANAH paling ramai dicatatkan dari Kelantan sebanyak 12,000 permohonan, selepas 44 hari penubuhannya.
"Paling ramai, kita dapat permohonan di Kelantan sebanyak 12,000 orang. Memang tak sangka," katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media di Wisma AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS pusat memaklumkan bahawa pihaknya turut menerima lebih seribu permohonan daripada masyarakat bukan Islam untuk menjadi ahli
Selain itu, Anuar berkata, pihaknya juga positif untuk mensasarkan 100,000 ahli menjelang 2016.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan empat anggota jawatankuasa yang diberi portfolio dalam kepimpinan AMANAH pusat.
Mereka melantik Khalid Samad sebagai pengarah komunikasi, pengarah strategi pula disandang Dr Dzulkefly Ahmad, pengarah pilihan raya ditugaskan kepada Dr Hatta Ramli sementara bekas penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin sebagai jawatankuasa mewakili golongan seniman.
Anuar berkata parti itu juga akan mewujudkan jawatankuasa penaja (protem) di peringkat cawangan dengan mensasarkan 500 cawangan di seluruh negara.
Bagi memastikan hasrat untuk mewujudkan cawangan itu berjaya, pimpinan tertinggi parti itu akan mengadakan siri jelajah ke setiap negeri bermula 29 Oktober ini.
Sementara itu, dalam kenyataannya, Anuar berkata parti itu sedang melakukan pindaan dan penambahbaikkan terhadap perlembagaan demi memperkemaskan lagi parti yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 1 Oktober lalu.
Beliau turut memaklumkan beberapa pimpinan utama termasuk Presiden Mohamad Sabu, Timbalannya Salahuddin Ayub serta Naib Presiden Datuk Mujahid Yusof Rawa menghadiri beberapa persidangan ahli parlimen antarabangsa di luar negara minggu ini.
Mereka juga mengadakan kunjungan hormat kepada beberapa tokoh dunia dan pemimpin pergerakan Islam antarabangsa untuk memperkenalkan parti baru ini. -Malaysia Kini/13/10/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.