Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 9 Oktober 2015

Dua Lelaki Maki Pegawai Penguat Kuasa Ditahan, Kerajaan Beri Penghargaan Pegawai yang Terlibat


Panas Punggung Selepas Video Jadi Viral


Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguat kuasa MBPP ditahan polis sebentar tadi.

GEORGETOWN - Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguat kuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial.

Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguat kuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa selepas mereka diarahkan membayar denda sebelum kunci dibuka. - Sinar Harian/9/10/15

Berkaitan:


GEORGETOWN: Tiga penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dimaki oleh pesalah trafik di Lebuh Campbell menerima insentif RM200 seorang.

Ia bagi menghargai tindakan mereka yang menjalankan tugas dengan profesional walaupun berdepan dengan situasi tegang.

Mengulas mengenainya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, apa yang ditunjukkan penguatkuasa berkenaan menjadi contoh.

“Saya harap sikap mereka ini dicontohi oleh semua orang dan kita tidak patut memarahi penguatkuasa kerana mereka hanyalah menjalankan tugas.

“Kepada semua penduduk negeri ini yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan MBPP mengunci kereta mereka, bolehlah ke pejabat MBPP untuk membuat aduan mahupun laporan.

“Insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan diharap orang awam tidak mengeluarkan kata-kata kesat memarahi penguatkuasa,” katanya pada sidang media di Komtar, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian Rabu lalu, selain dipanggil anjing, lelaki berkenaan turut mencampakkan wang kepada salah seorang penguatkuasa wanita berkenaan.--FreeMalaysiaToday/9/10/15





Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH