Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 16 Oktober 2015

Saifuddin: Niat Sebenar Saya Sertai PKR



Saya menceburi politik dengan niat dan idealisme perjuangan yang jelas, iaitu untuk mencapai objektif politik yang lebih tinggi, iaitu membina Malaysia yang lebih baik buat semua rakyat – negara ulung yang makmur dan bahagia.

Maksud negara ulung ialah:

(1) Berlandaskan teras utama: wawasan para pengasasnya, keluhuran Perlembagaan, pemikiran politik dan pembangunan yang demokratik dan progresif, berpijak atas Realiti Baru hari ini, dan mendepani zaman.

(2) Berasaskan nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Rukunegara, kebenaran dan keadilan, budaya ilmu, lunas undang-undang, integriti dan inklusiviti

(3) Dekat dengan denyut nadi rakyat, mendengar rintihan dan suara rakyat, menghakupaya potensi dan bakat rakyat, menyelesaikan masalah-masalah rakyat, dan yang rakyat-pemimpin bekerjasama sebagai rakan-kongsi bina-ibu pertiwi

(4) Bebas daripada skandal besar (1MDB, derma 2.6 bilion).

Ini memerlukan perubahan sebenar yang melibatkan pandangan alam, pemikiran dan kerangka baru. Untuk merealisasikannya, ia memerlukan dua perubahan utama: perubahan politik dan reformasi institusi.

Perubahan politik: Antaranya,

(1) Meningkatkan proses pendemokrasian yang komprehensif;

(2) Berubah daripada politik lama kepada Politik Baru;

(3) Berubah daripada konfigurasi “consociationalism” (politik tawar-menawar dan pembahagian kerja antara kaum model BN) kepada konfigurasi baru – “centripetalism” (pemikiran politik kesederhanaan dan centrist pelbagai-kaum yang sebenar dan berpijak di bumi nyata, yang dibangunkan PKR/PH).

Reformasi institusi: Antaranya,

(1) Mengembalikan kedudukan ketiga-tiga institusi utama negara (legislatif, eksekutif dan judiciary) ke tempat dan peranannya yang sebenar;

(2) Memperbaiki dasar-dasar awam (contohnya migrasi daripada “dasar-dasar berasaskan-ras” kepada “dasar-dasar berasaskan-keperluan”, penghayatan integriti dan meritokrasi);

(3) Mengembalikan dan melonjakkan kecemerlangan institusi-institusi awam (contohnya perkhidmatan awam, pendidikan, agama dan budaya, hubungan antarabangsa).

Perkara-perkara ini dibincangkan dengan bernas dan cerdas di kalangan rakyat. Ia diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang, seperti Keadilan, dan masyarakat sivil (CSO). Saya mempunyai idealisme dan memperjuangkan perkara fundamental yang sama sejak muda.

Tetapi, saya tidak melihatnya dibincangkan secara substantif atau komprehensif oleh Umno/BN (walaupun ramai ahli Umno/BN, sebenarnya, jauh di lubuk hatinya, punya aspirasi yang hampir sama).

Untuk mencapai perubahan sebenar, kita perlu kepada “gabungan minda” antara parti pembangkang, masyarakat sivil, semua pihak berkepentingan dan seluruh rakyat (termasuk ahli-ahli Umno/BN).

Justeru, dengan niat dan idealisme perjuangan yang jelas untuk mencapai objektif politik yang lebih tinggi, maka, saya membuat keputusan meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH bekas timbalan menteri dan bekas MP Temerloh.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH