Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Khamis, 15 Oktober 2015

PAS Lebih Baik Bersama Umno Berbanding Perkasa - Penganalisis





Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) pada pertemuan baru-baru ini bagi menjalinkan satu kerjasama ‘tidak rasmi’. Namun, pengkritik berpendapat ia tidak mampu memberi kelebihan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015.

Lebih baik PAS bekerjasama dengan Umno, berbanding Perkasa, jika ia berhasrat memperbaiki peluang untuk memenangi kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata badan bebas peninjau pendapat awam, Merdeka Center.

Ketuanya Ibrahim Suffian juga memberi amaran perikatan tidak formal antara PAS dan kumpulan sayap kanan Melayu itu, yang diumumkan pada Selasa boleh merumitkan keadaan antara PAS dan rakan-rakan bekas dalam pembangkang.

"Dalam usaha meningkatkan kedudukannya, PAS sepatutnya bergerak lebih rapat dan mewujudkan kerjasama rasmi dengan Umno supaya ia boleh meningkatkan peluang pilihan raya pada PRU ke-14," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

"Tidak mungkin PAS akan berjaya di luar Kelantan dan Terengganu dalam pertandingan 3 penjuru dengan Umno dan parti pembangkang lain."

PAS, yang masih dalam blok pembangkang tetapi bukan sebahagian daripada pakatan baharu Pakatan Harapan, pada Selasa mengumumkan kerjasama dengan Perkasa mengenai isu-isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu.

Ia termasuk titah Raja-raja Melayu supaya siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan cepat, desakan supaya Putrajaya membebaskan pengkritik 1MDB Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, serta gesaan supaya kerajaan lebih telus Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Bagaimanapun, PAS dengan segera menjelaskan pada petang Selasa, kerjasama dalam ketiga-tiga perkara itu dengan Perkasa, yang selama ini sering membuat kenyataan yang mencetuskan sentimen kaum dan agama, bukan sesuatu yang "formal".

Tetapi Ibrahim berkata, PAS sebenarnya mungkin hanya "mengambil kesempatan daripada pendirian Perkasa yang menolak Najib dan beberapa dasar-dasar beliau".

Perkasa, yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik tegar pentadbiran semasa, juga menyertai desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal kewangan yang dikaitkan dengannya.

Ibrahim menolak tanggapan PAS hanya bekerjasama dengan Perkasa bagi menyakitkan hati bekas rakan kongsinya, DAP dan PKR, yang kini sebahagian daripada Pakatan Harapan, termasuk Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan yang dibentuk pemimpin progresif PAS.

PAS berikrar untuk tidak bekerjasama dengan DAP sekali lagi selepas kegagalan mereka, dan melabelkan pemimpin Amanah sebagai "pengkhianat".

Beberapa penganalisis sebelum ini berkata, PAS mungkin akan menghadapi kesukaran mendapat sokongan dalam pilihan raya akan datang terutamanya di kalangan pengundi bandar, tanpa bantuan DAP dan PKR.

Yang lain berkata, pakatan politik tanpa PAS akan menyukarkan DAP dan PKR untuk mendapatkan undi Melayu-Islam.

Kerjasama PAS-Perkasa bagaimanapun, tidak mungkin memberi manfaat kepada PAS dari segi memenangi kerusi, kata Ibrahim.

Ia hanya menambah kepada kerumitan di antara parti Islam itu dan parti pembangkang lain seperti PKR, Amanah dan DAP.

"Saya tidak fikir langkah ini akan banyak membantu dari segi menghasilkan kerusi bagi PAS. Umno sudah memang agak lemah sekarang dan ia yang memegang kuasa, jadi saya tidak pasti apa yang PAS boleh tawarkan kepada pengikut Perkasa selain daripada apa yang Umno tawarkan.

"Ia juga menyukarkan PAS untuk bekerja dengan seluruh pembangkang. Langkah ini juga akan menyulitkan PAS di negeri-negeri seperti Selangor di mana mereka memenangi kerusi dengan sokongan yang agak besar daripada orang bukan Melayu," kata beliau lagi.

Pemerhati juga melihat kerjasama antara PAS dan Perkasa sebagai langkah PAS untuk mengukuhkan tapaknya, memandangkan keengganannya menyertai Pakatan Harapan akan menjejaskan undi di bandar.

"PAS hanya mahu meluaskan sokongannya sekarang kerana mereka kehilangan sedikit sokongan bandar apabila Amanah mengambil alih undi PAS di bandar," kata Profesor James Chin, yang mengetuai Institut Asia di Universiti Tasmania.

Chin berpandangan, Perkasa berhasrat menarik PAS ke arah Umno, menyatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini kelihatan bersikap terbuka kepada parti pemerintah itu.

"Perkasa mahu menarik PAS lebih dekat dengan Umno supaya ia jadi sebahagian daripada 'permainan' yang lebih besar. Pakatan tidak perlu bimbang kerana semua orang tahu Hadi cenderung kepada Umno," katanya.

Bagaimanapun, penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata, kerjasama PAS-Perkasa yang baharu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pakatan Harapan atau Umno.

"Saya tidak fikir Pakatan perlu bimbang sama sekali. Saya tidak fikir ia akan memberi sebarang kesan langsung.

"Malah, saya tidak fikir Perkasa, yang dinaungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, merasakan Umno berdaya maju pada masa ini atau mensasarkan Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Mahathir berulang kali menggesa peletakan jawatan Najib perhubung pelbagai isu terutamanya skandal yang didakwa melibatkan 1MDB.

Ibrahim berkata, walaupun ramai pihak, termasuk pembangkang, membidas PAS kerana bekerjasama dengan Perkasa, beliau tidak menolak kemungkinan PAS menyertai Pakatan Harapan pada masa hadapan.

"Sukar untuk mengatakannya kerana kebanyakan ahli-ahli politik agak pragmatik.

"PAS Selangor hari ini cuba menjauhkan diri mereka daripada kerjasama Perkasa-PAS itu. Jelas sekali mereka masih mahu mengekalkan kuasa di Selangor yang bergantung kepada sokongan berterusan pengundi bukan Melayu," katanya. 

Khoo bersetuju, menyatakan tidak ada musuh yang kekal atau rakan dalam politik.

“Saya biarkan ia terbuka. Tidak ada kawan atau musuh selama-lamanya di sini. Selain itu, kami juga melihat Amanah semakin berlembut dengan pendirian kritikal mereka terhadap PAS beberapa minggu lalu. Jadi, segalanya berkemungkinan," katanya. -The Malaysian Insider/15/10/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH