AMANAH Dedah Sumber Kewangan, Nafi Ditaja DAP
30 Pemimpin Sumbang RM40,000, Amanah Nafi Ditaja DAP
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan dakwaan ia dibiayai dan menerima dana daripada DAP.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir menyifatkan tuduhan itu propaganda murahan untuk memburukkan nama parti baharu itu.
"Sangat tidak benar kami dibiayai DAP. Kalau dia (DAP) hendak bagi pun kita tak akan terima," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di Kuala Lumpur, hari ini.
Anuar berkata, 30 ahli yang berada di dalam jawatankuasa Amanah memberikan sumbangan berjumlah RM40,000 bagi menubuhkan parti itu.
"Ahli kita dulu keluar RM40,000 (jumlah keseluruhan) seramai 30 orang. Semua sekali seperti Salahudin Ayub dan Khalid Samad," katanya.
Selain sumbangan tersebut, wang dana untuk membentuk Amanah juga datang daripada hasil yuran ahli sebanyak RM10 seorang.
"Keahlian baru yuran RM10. Dari situ, RM5 untuk (dana) pusat, RM5 lagi negeri," katanya.
Sementara itu, Anuar berkata, Amanah akan terus mengamalkan konsep derma seperti yang dilaksanakan PAS sebelum ini.
“Kita akan amalkan (konsep derma). Lebih baik dapat derma ikhlas daripada ahli berbanding orang luar. Kita tidak mahu sesetengah pihak menguasai kita,” katanya kepada wartawan.
Amanah hari ini mengadakan sidang media sempena 40 hari penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang setakat ini berjaya mengumpul 50,000 ahli seluruh negara. – The Malaysian Insider/13 Oktober, 2015.
P/s: SALUT!!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.