Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 15 Oktober 2015

[Video] Laporan Akhir Sahkan MH17 Ditembak BUK Buatan Rusia




KUALA LUMPUR – Lembaga Keselamatan Belanda mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Pengerusinya Tjibbe Joustra berkata peluru berpandu itu meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.

“MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK,” katanya ketika membentangkan laporan akhir tragedi MH17 di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda pada Selasa, yang disiarkan secara langsung melalui media antarabangsa.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.

Joustra berkata, siasatan mendapati bahawa MH17 terbang secara normal sehingga pada masa kejadian, apabila pesawat itu melintasi ruang udara timur Ukraine.

Beliau berkata pada 13.20 UTC (Waktu Universal Selaras) peledak 9N314M yang dilancarkan menerusi sistem peluru berpandu darat ke udara BUK dari kawasan 320 kilometer persegi di bahagian timur Ukraine, meledak di sebelah kiri dan atas kokpit.

“Bahagian hadapan pesawat itu ditembusi oleh beratus-ratus objek berkuasa tinggi daripada bahan peledak tersebut.

“Berikutan daripada impak dan letupan berikutnya, tiga anak kapal dalam kokpit terbunuh serta-merta dan pesawat itu berkecai di udara,” katanya.

Beliau berkata, bangkai pesawat terbabit bertebaran di pelbagai tempat dalam jarak kawasan 50 kilometer persegi dan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Laporan itu dikeluarkan selepas 15 bulan siasatan dijalankan oleh pasukan siasatan bersama terdiri dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.

Joustra berkata, Lembaga Keselamatan Belanda telah mengenal punca nahas itu berdasarkan beberapa sumber termasuk sistem senjata digunakan, antaranya bentuk kerosakan pada bangkai pesawat, serpihan dijumpai di dalam bangkai pesawat dan mayat anak kapal, serta bagaimana pesawat itu berkecai.

Beliau berkata penemuan itu juga disokong oleh data dalam perakam penerbangan yang mana Perakam Suara Kokpit merakam bunyi semasa saat-saat akhir sebelum insiden itu.

Joustra berkata Lembaga Keselamatan Belanda juga menolak punca-punca lain yang berpotensi seperti letupan di dalam pesawat atau peluru berpandu udara ke udara.

“Tiada senario selain daripada peluru berpandu darat ke udara BUK yang boleh menjelaskan gabungan fakta ini,” katanya.

Joustra berkata siasatan itu juga menolak kemungkinan berlaku kerosakan teknikal pada pesawat, serangan peluru berpandu udara ke udara dan melanggar tahi bintang sebagai punca tragedi itu.

Mengenai lokasi tepat peluru berpandu itu dilancarkan, Joustra berkata siasatan tambahan forensik adalah diperlukan untuk mengenal pasti lokasi tepat bahan peledak itu dilancarkan.

Beliau, bagaimanapun berkata siasatan itu adalah di luar bidang kuasa Lembaga Keselamatan Belanda.

Berkaitan ruang udara di bahagian timur Ukraine, beliau berkata ruang udara itu sentiasa digunakan yang mana antara 14 dan 17 Julai 2014, 61 pengendali dari 32 negara menghalakan penerbangan mereka melintasi ruang udara itu.

“Pada hari kejadian sehingga ruang udara itu ditutup, 160 pesawat komersial terbang di ruang udara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata Malaysia Airlines menyedia dan mengendalikan pesawat MH17 mengikut peraturan dan undang-undang.

“Sebagai negara pesawat itu berlepas, Belanda tidak mempunyai tanggungjawab untuk menasihati Malaysia Airlines (atau KLM sebagai rakan kongsi kodnya) berhubung pemilihan laluan penerbangan,” katanya.

Pada 14 Julai lepas, lima negara iaitu Malaysia, Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi tujuan pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah dengan menembak jatuh MH17.

Bagaimanapun, Rusia menggunakan hak veto dalam Majlis Keselamatan PBB bagi menghalang cadangan penubuhan tribunal itu pada 30 Julai lepas. – BERNAMA/13/10/15


Berkaitan:

Video: Simulasi Pesawat MH17 Ditembak Misil BUK Buatan Rusia




Fakta Mengenai Peluru Berpandu BUK Tembak MH17


KUALA LUMPUR — Berikut beberapa maklumat mengenai sistem peluru berpandu BUK jenis 9N314M darat ke udara yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine, tahun lepas.

Peluru berpandu itu diperkenalkan pada 1979 buatan Soviet Union, dengan unit lengkapnya terdiri daripada kenderaan pengendali, radar sasaran dan beberapa jentera membawa peluru berpandu.

Menurut laporan Lembaga Keselamatan Belanda, peluru berpandu itu adalah untuk sistem pertahanan udara yang terdiri daripada komponen berbeza dalam pelbagai model dan konfigurasi.

“Peledak untuk sistem senjata ini diisi dengan serbuk peledak yang dikelilingi dua lapisan serpihan yang terbentuk.

“Sistem peluru berpandu BUK darat ke udara ini boleh mencapai ketinggian 80,000 kaki atau 24.4 kilometer, jauh melepasi ketinggian 33,000 kaki (10.1km) yang dilalui MH17 ketika itu,” demikian menurut ringkasan laporan 20 muka surat mengenai tragedi MH17 itu.

Laporan itu diperoleh secara dalam talian menerusi laman web http://cdn.onderzoeksraad.nl/documents/brochure-mh17-crash-en.pdf, hari ini.

Lembaga Keselamatan Belanda melaporkan serpihan yang ditemui di pesawat dan mayat tiga anak kapal terdiri daripada keluli tanpa campuran aloi.

Menurutnya serpihan itu adalah dalam bentuk kiub dan ‘bow-tie’.

“Jumlah kesan, corak tebaran serpihan dan bentuk objek berkuasa tinggi yang ditemui selari dengan serpihan yang ada di peledak jenis 9N314M,” katanya.

Agensi berita Deutsche Presse Agenture (DPA) memetik Institut Strategik Antarabangsa yang berpangkalan di London sebagai berkata tentera Ukraine memiliki lebih daripada 60 peluru berpandu BUK-M1 pada 2014.

Sebaliknya, Ukraine baru-baru ini mendakwa mereka tidak lagi memiliki sistem BUK, manakala Rusia mempunyai kira-kira 350 pelbagai jenis, kata DPA.

Pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine juga dilaporkan mempunyai peluru berpandu BUK, kata agensi berita itu.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, terkorban.– BERNAMA/13/10/15




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH