Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Henti Bantuan SAR Milik Ahli PAS
Dewan Ulama PAS Pusat meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR) milik persendirian ahli PAS telah ditarik balik.
Ketua penerangan Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beberapa sekolah agama persendirian tersebut telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun lalu.
"Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan," katanya dalam satu kenyataan.
"Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik," tambahnya.
Sehubungan itu, katanya, Dewan Ulamak PAS pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang didakwanya menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli PAS kerana sentimen politik.
"Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka," tambahnya. -Malaysia Kini/1/10/15
P/s: SAR ialah milik persendirian, bukannya di bawah persekutuan atau kerajaan negeri. Dakwaan ini hanya melibatkan milik PAS bukan di bawah kerajaan negeri atau persekutuan.
Secara peribadi, admin TIDAK bersetuju jika kerajaan negeri menghentikan bantuan walaupun PAS acap kali berkata mereka kuat dan tidak memerlukan parti lain. Bantuan ini ialah tanggungjawab sosial kerajaan negeri tertakluk pada budi bicara mereka.
APABILA orang PAS mengatakan bahawa tindakan PP ini zalim, admin juga berpendapat bahawa seorang kakitangan yang dipecat kerana sentimen politik sehingga pemecatannya itu dibawa ke mahkamah perusahaan dan dibayar ganti rugi sebanyak RM200 ribu juga suatu yang zalim, penceramah yang dihalang berceramah di surau/masjid di Kelantan, di Terengganu, di Selangor kerana tidak mesra parti tertentu juga zalim.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.