Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Sabtu, 31 Oktober 2015

Phahrolrazi Sedia Jawab Isu Kejatuhan PAS di Kedah



Phahrolrazi: Menantu Hadi Hanya Buat Telahan Sendiri

Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.

“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

“Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

“Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum,” katanya. -30/10/15

Berita Lama:

Ulama Pas Kedah Minta Tukar Azizan

Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli

ALOR SETAR - Dewan Ulama Pas Kedah sudah beberapa kali minta pucuk pimpinan Pas menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pesuruhjaya Pas negeri dengan pemimpin lain sejak setahun lalu.

Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menamakan siapa pemimpin yang paling layak menggantikan Menteri Besar Kedah itu.

"Ini kerana kita (Dewan Ulama) yakin pimpinan tertinggi Pas tahu siapa yang terbaik untuk mereka pilih," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, pihaknya mencadangkan demikian bukan kerana tidak menghormati Azizan ataupun menolak kepimpinannya.

"Apa yang kita ambil kira hanya atas sebab masalah kesihatannya saja. Kita akui kehebatan Ustaz Azizan sebagai ahli politik yang disegani," katanya.

Ditanya kepada siapa cadangan itu dikemukakan, Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, ia dsuarakan terus kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kali terakhir cadangan itu dibuat ialah ketika kunjungan Presiden (Abdul Hadi) ke Kedah bagi sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar. Kami berjumpa secara bersemuka dan beri cadangan secara lisan,” katanya.

Menurutnya, cadangan dibuat kerana bimbang perjalanan parti terjejas menjelang pilihan raya umum yang akan diumumkan pada bila-bila masa sekarang, ekoran masalah kesihatan Azizan yang dilihat berterusan.

“Ia sekadar cadangan dan bukan desakan daripada Dewan Ulama. Kami masih hormati sikap mentaati kepimpinan tertinggi,” katanya.

Ditanya sama ada perubahan itu wajar diadakan sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, terserah kepada kepimpinan Pusat untuk melihat kesesuaian masa.

“Setakat ini tiada maklum balas daripada Pusat berhubung cadangan itu, walaupun sudah disuarakan sejak setahun lalu,” katanya.

Pihaknya juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan dewan itu menyerahkan satu memorandum kepada Pusat, yang antaranya mahu Azizan dilucutkan jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah dan Menteri Besar sebelum PRU13.

“Tidak ada memorandum seperti didakwa, itu khabar angin,” tegasnya.

Ditanya mengenai spekulasi terbaru membabitkan beberapa nama sebagai calon menteri besar, selain Azizan, iaitu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Dewan Ulama menyerahkan kepada Pusat untuk menentukan calon terbaik.

“Dewan Ulama akan ikut pilihan Pusat, sesiapa yang dilantik sebagai menteri besar kami akan sokong. Pemimpin Pusat lebih mengetahui calon paling layak dalam Pas Kedah, termasuk menilai prestasi Azizan,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan spekulasi siapa calon menteri besar baru sekiranya Azizan tidak lagi menyandang jawatan itu, selepas beberapa desakan akar umbi dari beberapa kawasan mahu perubahan dibuat selepas PRU13 ini. -Sinar Harian/20/3/2013


,

Pihak yang Meluluskan 3 Lebuh Raya di Selangor Terjawab


Azmin: Bukan Saya Luluskan Tiga Lebuh Raya Baru Itu

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk pembinaan tiga lebuh raya bertol di negeri itu belum muktamad.

Katanya, kelulusan ketiga-tiga lebuh raya baharu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dan East Klang Valley Expressway (EKVE ) ketika ini dibuat secara prinsip.

Ini kerana, kata Azmin kelulusan diputuskan ketika pentadbiran bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Untuk makluman ketiga-tiga lebuh raya itu tidak diluluskan ketika saya menjawat menteri besar. Ia diluluskan secara prinsip sebelum ini.

"Media sosial laporkan kononnya ketiga-tiga lebuh raya baharu itu diluluskan dalam tempoh setahun saya jadi menteri besar sedangkan ia dan diluluskan menteri besar sebelumnya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin bekata beliau akan memberikan penjelasan teperinci berhubung pembinaan lebuh raya itu pada minggu hadapan dalam Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas yang bermula Isnin depan hingga 13 November.

“Minggu depan kita adakan sidang media untuk menjelaskan perkara berkenaan lebuh raya. Apa yang saya nyatakan di sini adalah dasar kerajaan negeri hari ini adalah menetapkan kerajaan pusat mesti menerima pakai Seksyen 20A,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata pembangkang tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan tol yang dibuat pada manifesto pilihan raya.

Isu tol hangat dibahaskan selepas tol di 18 lebuh raya di Lembah Klang naik mulai 15 Oktober lalu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian dilapor meminta Azmin menjelaskan dakwaan bahawa beliau meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti.- Malaysia Kini/30/10/15

Berkaitan:

Kelulusan 3 Lebuh Raya Masih Belum Muktamad - Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kelulusan 3 lebuh raya yang menjadi kontroversi baru-baru ini masih belum muktamad.

Azmin bagaimanapun berkata, kelulusan 3 lebuh raya baharu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dan East Klang Valley Expressway (EKVE ) pada ketika ini hanya secara prinsip.

Katanya, kelulusan 3 lebuh raya itu diputuskan ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menteri besar Selangor dan masih belum dimuktamadkan memandangkan ia menerima bantahan penduduk.

 "Untuk makluman ketiga-tiga lebuh raya itu tidak diluluskan ketika saya menjawat menteri besar. Ia diluluskan secara prinsip sebelum ini.

"Media sosial laporkan kononnya ketiga-tiga lebuh raya baharu itu diluluskan dalam tempoh setahun saya jadi menteri besar sedangkan mereka penuhi syarat dan diluluskan menteri besar sebelumnya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, rundingan bersama penduduk selaras dengan Seksyen 20 A Akta Perancangan Bandar dan Desa mewajibkan Putrajaya berunding kerajaan negeri berkenaan semua prosedur pembangunan.

Katanya, sebagai contoh Lebuhraya Dash masih dibantah penduduk Damansara Perdana begitu juga dengan EKVE ditentang penduduk Ukay Perdana.

"Sebab itu saya minta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berbincang dengan penduduk terjejas.

"Kerajaan negeri hanya berkuasa ke atas tanah sebab itu kita mahu dirunding dengan penduduk sebelum pembinaannya bermula," katanya. – The Malaysian Insider/30 Oktober, 2015.


, ,

Empat Lelaki Didakwa Merompak, Merogol dan Meliwat Siswi


Alor Gajah: Empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan merogol, melakukan hubungan seks luar tabii serta merompak seorang siswi sebuah universiti, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Arshad Kamarulzaman, 22, Mohd Rolferi Rosman, 25, Muhammad Taufiq Mohd Zamri, 21, serta remaja lelaki berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Muhammad Arshad, Muhammad Taufiq dan Mohd Rolferi didakwa di hadapan Hakim Nariman Badruddin di Mahkamah Sesyen manakala pesalah juvana didakwa dalam mahkamah tertutup di Mahkamah Majistret di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Muhammad Taufiq dan Muhammad Arshad berdepan tiga pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa secara berkumpulan merogol mangsa berusia 18 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 hingga 30 tahun.-Harian Metro/30/10/15

,

Jabatan Pendidikan Melaka Siasat Kes Pelajar 15 Tahun Lakukan Seks dengan Rakan Sekolah

Sekadar hiasan.
MELAKA: Jabatan Pendidikan Melaka akan melakukan siasatan terhadap kes seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang melakukan kegiatan tidak bermoral dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya di Jasin.

Pengarahnya Abu Bakar Sahari berkata siasatan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan selepas siasatan pihak polis selesai bagi mengelak sebarang gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa itu.

"Kami akan meminta pihak sekolah untuk membuat laporan penuh berhubung kes ini selepas siasatan polis selesai untuk tindakan lanjut yang perlu diambil di peringkat sekolah.

"Kami terkejut apabila mengetahui perkara ini. Kes ini adalah terpencil... pihak jabatan memandang serius hal ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan tidak bermoral seorang pelajar tingkatan empat yang dikesan ibunya melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya.

Turut dilaporkan keluarga pelajar berkenaan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan lapan pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata semua pelajar yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu akan dipanggil pihak sekolah dan diberi sesi kaunseling secara intensif bagi memberi kesedaran kepada mereka.

"Pihak sekolah dan jabatan juga akan terus memantau perkara ini agar tidak berulang atau berlaku pada pelajar lain atau di sekolah lain," katanya.-Bernama/30/10/15

, ,

Tendangan di Kemaluan Selamatkan Wanita daripada 'Diratah' Bekas Suami



SUNGAI BULOH: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bekas suaminya cuba memperkosa mangsa dalam kejadian di rumahnya di Paya Jaras, di sini kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik daripada 'diratah’ bekas suaminya itu apabila nekad menendang kemaluan suspek sekuat hati, sebelum sempat melarikan diri untuk meminta bantuan.

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 39 tahun pada mulanya dikatakan mahu menghantar semula anak mereka yang berusia lapan tahun ke rumah bekas isterinya selepas kanak-kanak itu tinggal sementara bersamanya.

Menurut sumber polis, suspek dikatakan berpura-pura meminta izin untuk menggunakan tandas, sebelum bertindak memeluk bekas isterinya yang berusia 35 tahun yang berada di dapur.

Lebih memalukan, suspek turut menampar dan mengarahkan bekas isterinya diam, sebelum mendukung mangsa masuk ke dalam bilik tidur.

“Bagaimanapun, wanita itu menendang kemaluan suspek sebaik dia diletakkan di atas katil sebelum melarikan diri menggunakan pintu belakang rumah,” satu sumber polis dilaporkan berkata.

Difahamkan, kedua pasangan itu bercerai sejak lima tahun lalu dan hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isterinya.

Mangsa berkata kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku. Malah, suspek turut mengugut mahu datang kembali ke rumah itu.- mD/30/10/15

, ,

18,000 Remaja Hamil Setiap Tahun



Putrajaya: Purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja mengandung luar nikah.

“Secara purata ada 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara," katanya selepas majlis pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan oleh Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Mengenai bilangan remaja yang hamil akibat dirogol, Dr Subramaniam berkata jumlahnya amat kecil.

Beliau berkata kehamilan di kalangan remaja bukan sahaja memberi kesan kepada individu berkenaan, malah dikhuatiri boleh mengundang risiko kematian bayi dalam kandungan selain ibu itu sendiri.

“Kadangkala ada remaja yang sembunyikan kehamilan sehingga mendatangkan risiko kepada badan sendiri dan ada yang meninggal dunia semasa proses kehamilan atau ketika bersalin.

“Isu remaja hamil ini amat sensitif, tidak seperti orang sakit boleh jumpa doktor dan dapat rawatan," katanya.

Menurutnya, Kaji Selidik Kesihatan Pelajar Berasaskan Sekolah Global kendalian Kementerian Kesihatan pada 2012 membabitkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di seluruh negara, mendapati 50.4 peratus yang ditemui mengaku mengadakan hubungan seks kali pertama sebelum usia 14 tahun.

"Jika ini tidak ditangani ia akan meningkatkan lagi risiko kehamilan di kalangan remaja dan seterusnya mengundang kesan negatif seperti pembuangan bayi," kata Dr Subramaniam. - Bernama/29/10/15


, , , ,

Dera Pembantu Rumah: Tertuduh Rebah Hukuman Mati Dikembalikan



Putrajaya: Seorang surirumah menangis dan meraung apabila Mahkamah Rayuan mengembalikan hukuman mati terhadapnya dan suaminya kerana membunuh pembantu rumah mereka dengan membiarkan warga Kemboja itu mati kelaparan.

Chin Chui Ling, 43, menangis dan pada satu ketika rebah dalam kandang tertuduh selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan kepadanya dan suaminya, Soh Chew Tong, 46, mengenai keputusan mahkamah itu.

Soh turut memegang Chin sambil mententeramkannya.

Pasangan itu, yang dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu mendengar rayuan mereka, kemudian digari dan dibawa semula ke lokap oleh anggota polis yang ditempatkan di mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk mengembalikan sabitan terhadap Soh, yang juga pemilik stor, dan Chin kepada tuduhan asal membunuh pembantu rumah mereka, Mey Sichan, 24, yang mempunyai berat badan hanya 26.1 kilogram.

Soh dan Chin, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 atas tuduhan pindaan membunuh tanpa niat.

Mey Sichan, yang mula bekerja dengan pasangan itu pada Julai 2011, dijumpai mati di rumah kedai pasangan suami isteri itu di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang

dengan kesan kecederaan lama dan baharu pada badannya selain mengalami dehidrasi dan keadaan pipinya yang cengkung.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel hakim, berkata mahkamah mendapati rayuan balas pihak pendakwa mempunyai merit.

Beliau mengketepikan sabitan pasangan itu atas tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan hukuman penjara serta menggantikannya dengan hukuman mati kerana membunuh.

Panel hakim juga menolak rayuan pasangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.

Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili pasangan itu berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan bagi kes itu. - Bernama/30/10/15



, , , ,

Khamis, 29 Oktober 2015

Najib Saman Ling Liong Sik



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan memfitnah.

Perdana Menteri memfailkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, demikian menurut sumber.

Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Pada Rabu Dr Ling berkata beliau "sabar menunggu" untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Najib berhubung kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Dr Ling.

Sebelum ini bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada wakil peguam Najib yang menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur daripada gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.- MStar/29/10/15

, , , , ,

Rabu, 28 Oktober 2015

Saman Najib: “Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar." – Liong Sik



PUTRAJAYA: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

“Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah Kiwanis di Putrajaya, lapor The Star Online.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.

“Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar,” katanya.

Liong Sik berkata, beliau akan terus mendesak Najib meletak jawatan dan sudah bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dilaporkan berkata pada Selasa, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan saman terhadap Liong Sik. -FreeMalaysiaToday/28/10/15


, , ,

Adakah Pas Mahu Tukar Kerajaan Atau Menyokong BN?



KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.

Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.

“Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri. Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.

“Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN,” ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN.

“Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. ‘Let it be clear’, kalau sekarang ini kita keliru. sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN,” tegasnya.- FreeMalaysiaToday/27/10/15


,

Lelaki Ditahan Polis Akibat Terlalu Kacak



ARAB SAUDI: Semenangnya ciptaan Tuhan terhadap manusia begitu indah.

Begitu juga, kisah seorang pelakon dan juga pengacara popular ditahan polis di sebuah pusat membeli-belah di Arab Saudi apabila kemunculannya menjadi punca kekecohan dalam kalangan peminat wanita.

Abdul Aziz al-Kassar, seorang warga Saudi yang tinggal di Kuwait berada di Riyadh atas tujuan bekerja apabila sekumpulan peminat mendekatinya untuk mengambil gambar bersama.

Menurut laporan Gulf News, Kassar memberitahu kedatangannya ke pusat membeli belah Al Nakheel selepas bertanya pengikut media sosialnya mengenai tempat membeli belah terbaik untuk dikunjungi.

Dalam temu bualnya dengan Gulf Rotana, Kassar tidak menyangka sambutan luar biasa daripada peminatnya.

Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik ke laman sosial, YouTube dan Twitter.

Merujuk rakaman tersebut, Kassar kelihatan dikelilingi ramai wanita yang sedang mengambil gambar sebelum seorang lelaki berjubah putih menariknya keluar dari kumpulan tersebut.

"Apabila saya masuk ke dalam (pusat membeli belah), beberapa orang peminat datang dan mengelilingi saya sehingga seseorang datang dan membawa saya ke sebuah bilik untuk Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar dalam pusat membeli belah tersebut," katanya.

Tambahnya, pada mulanya telefon bimbitnya dirampas sebelum dibebaskan atas jaminan dan siasatan sedang dijalankan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam, bergaul dengan wanita bukan mahram dan menyalahgunakan media sosial. -Malaysian Digest/28/10/15


,

Sah Wujud Gerakan Singkir Muhyiddin


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.‎

Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.

“Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.

“Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Instagram.

Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.- Sinar Harian/28/10/15

, ,

Mangsa Rogol Penggal Kepala Anak Perogol


Sekadar Hiasan -Getty Image
INDIA: Hukum karma. Itu nasib yang diterima seorang perogol apabila seorang gadis yang menjadi mangsa 'ratahannya' bertindak memenggal kepala anak perogol terbabit yang berusia 5 tahun sebagai usaha untuk membalas dendam terhadap perbuatan terkutuknya terhadap mangsa.

Menurut The Times Of India, gadis tersebut yang berusia 13 tahun memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah dipukul oleh lelaki bernama Rinku di Utara Pradedesh iaitu sebuah kampung yang terletak di wilayah utara India awal bulan ini.

Gadis tersebut mendakwa Rinku memujuknya dengan memberikan sejenis alat pemutih yang disalahguna untuk membuatkan mangsa mabuk.

Akibatnya, mangsa nekad untuk membalas dendam dengan bertindak menculik anak Rinku yang ketika itu sedang bermain sebelum membunuh kanak-kanak terbabit.

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan hangus dalam beg plastik sampah yang digeledah anjing jalanan.

Sehingga kini, polis masih menyiasat kes rogol tersebut yang didakwa gadis itu dilakukan oleh bapa kanak-kanak terbabit.

Gadis muda itu dihantar ke Pusat Tahanan Juvana Ghaziabad manakala Rinku didakwa di bawah Akta Kesalahan Seksual kerana melanggar hak Perlindungan Kanak-Kanak.

Bagaimanapun, keluarga Rinku meminta supaya pihak berkuasa menggugurkan tuduhan terhadapnya kerana mendakwa tuduhan gadis tersebut adalah tidak berasas. -Malaysian Digest/28/10/15


,

Isteri Kejam Perkosa Suami


Wanita Korea Selatan Didakwa Kurung dan Rogol Suami

SEOUL: Seorang wanita di Korea Selatan telah didakwa kerana mengunci suaminya di dalam rumah selama 29 jam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.

Wanita berusia 40 tahun itu kini ditahan atas dakwaan memperkosa suaminya dan dia menjadi wanita pertama di negara itu yang dibicarakan atas kes pemerkosaan dalam hubungan perkahwinan.

Pada Mei 2013, Mahkamah Korea Selatan telahpun menyenaraikan pemerkosaan pasangan dalam perkahwinan sebagai jenayah.

Pejabat Pendakwaraya Seoul memberitahu bahawa wanita tersebut telah mengurung suaminya secara paksa untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, melaporkan bahawa pendakwaan menyatakan wanita itu melakukan tindakan tersebut dengan tujuan mendapatkan bukti dalam prosiding perceraian.

Pada tahun 2013, pemerkosaan dalam perkahwinan telah dikenal pasti sebagai salah satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius.

Sebelum ini, Korea Selatan pernah dikejutkan dengan kes perbicaraan yang melibatkan seorang lelaki yang dituduh memaksa isterinya melakukan seks dengan mengancam nyawanya dengan senjata. -Agensi/Awani/28/10/15

,

[Video] Dakwaan Skandal Balak di Kelantan



Adun PAS Kelantan Didakwa Terima Rasuah RM 5 Juta?

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama wakil pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap seorang Adun yang bersangkutan dengan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Wakil pegundi muda luar, Mohd Afiq Ayob dalam satu kenyatataan berkata, beliau yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan dengan bantuan 50 helaian dokumen yang menjadi bukti untuk menyelesaikan hampir separuh daripada kes ini.

"Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan pembayaran wang kepada seorang Adun Kerajaan Negeri, 'sumbangan' kenderaan Toyota Fortuner termasuk salinan perjanjian jual belinya, dan pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan.

"Dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai 'sumbangan' RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang Adun kerajaan negeri, ‘sumbangan’ ‘tiles’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana bilnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan dan mendedahkan pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan salinan cek disertakan.

"Selain itu, dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai satu dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta). Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Tambahnya Afiq lagi, bukti tersebut turut menunjukkan semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

"Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Adun Kerajaan Negeri Kelantan.

Lebih pelik lagi katanya, kegiatan Adun Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

"Selaku anak muda Kelantan, saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini," kata Afiq. 

"Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Tegasnya lagi, mereka akan memberi masa selama 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikannya.

"Jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

"Kami juga bersedia untuk bertemu Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, Adun terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Adun ini selain dari tindakan undang– undang oleh SPRM," tambah beliau.
-Berita Daily/28/10/15

Kenyataan media.

27 Oktober 2015

Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan

· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri

· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya

· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan

· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri

· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan

· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)

· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.

Mohd Afiq Bin Ayob

Respons Menantu Presideng
Afiq pula perlu PM dia, siapa menantu presideng ini?

, , ,

Selasa, 27 Oktober 2015

Pas Tak Mahu Naik Bas Ekspres yang Tak Sampai, Ulangi Pendirian Bekerjasama dengan BN



KUALA LUMPUR - Pas menegaskan parti itu tidak akan mengambil jalan pintas untuk mencapai tujuan yang akhirnya mereka terpaksa 'berjalan kaki' kerana salah jalan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan kerana akhirnya ia tidak akan dapat mencapai matlamat.

"Pas tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat kerana kita tidak mungkin naik bas ekspres yang tak sampai ke destinasi, selepas itu kena jalan kaki jauh.

"(Pas tidak akan sertai Pakatan Harapan?) Kita (Pas) tidak ada harapan...dengan harapan yang tidak sampai ke destinasi. Macam yang saya sebut tadi, naik bas ekspres, nak pergi Kuantan tapi (lalu) jalan ke Kuala Lipis. Mana boleh sampai," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan bayangan bas ekspres itu sebagai gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan, beliau berkata perkara itu mengikut tafsiran masing-masing.

"Itu ikut sendiri. Masing-masing boleh menilai dan boleh faham sendiri," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga menegaskan parti itu bukan sahaja boleh berdiri sendiri malah sudah lama bersendiri.

"Dan kita percaya banyak parti lain bergantung dengan kita selama ini. Cawangan dan akar umbi kita yang kuat dan kamu saksikan sendiri, berdemonstrasi Pas tak hadir, tidak ada orang.

"Ini kekuatan yang ada pada kita dan kita tidak 'act' (berlagak) dengan kekuatan ini," katanya. -Sinar Harian/27/10/15

Berkaitan:

Pas Ulangi Pendirian Bekerjasama Dengan BN

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pemerintah itu.

"Kita sedia bertemu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan rakyat.

"Bukan satu step (langkah permulaan) sudah banyak step kita sertai kerajaan campuran...masuk BN keluar BN.

"PAS bekerjasama dengan perkara baik, tak kerjasama dengan perkara yang tak baik," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Selain itu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS memilih untuk tidak bertindak secara agresif dalam berhadapan musuh politiknya.

"PAS akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai BN. PAS akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang. Itu pendekatan yang kita ambil,” katanya.

Ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan kumpulan serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi bagaimanapun menolak sebarang usaha ke arah itu.

"PAS tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat.

"Kita tidak ada harapan dengan Harapan yang tak sampai destinasi. Bas ekpress nak pergi kuantan, tapi tersekat tengah jalan di Kuala Lipis," katanya. -Mstar/27/10/15



, ,

Isnin, 26 Oktober 2015

Pelajar Tingkatan Lima Dirogol Sebelum Dibunuh


Georgetown: Pelajar perempuan tingkatan lima yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.

"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.

Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku membunuh mangsa.

Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

"Polis menemui dua pisau dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.

"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini. - Bernama/26/10/15

,

Murid Dirogol Selepas Tamat UPSR


KANOWIT: Seorang murid perempuan berusia 12 tahun dipercayai menjadi mangsa nafsu buas kakitangan awam, seorang bergelar pendidik apabila nenek mangsa membuat laporan polis mendakwa cucunya telah dirogol.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Ismail Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Seorang suspek lelaki berumur 39 tahun telah ditahan Sabtu lalu dan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis,” katanya.

Katanya hasil siasatan lanjut mendapati perbuatan terlarang tersebut dikatakan berlaku di asrama sekolah berkenaan tempat murid terbabit tinggal.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan selepas nenek mangsa membuat aduan pada 21 Oktober lalu,” katanya.

Insiden tersebut mula terungkai apabila pengadu yang berusia 63 tahun, tidak berpuas hati setelah terdengar khabar angin bahawa cucunya sudah pandai bermain cinta dengan seorang guru yang dipertanggungjawab menjaga murid di asrama sekolah berkenaan.

Bimbang sesuatu tidak diingini berlaku, pengadu mula mencari jawapan sehingga cucunya membuka rahsia bahawa dia telah dinodai suspek selepas peperiksaan UPSR September lalu.

Susulan itu, murid berkenaan dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan terdapat kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa.

Ismail berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci dan tidak menafikan bahawa punca jenayah rogol berlaku disebabkan kegagalan mengawal nafsu.

Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan mengenai kes tersebut.- Borneo Post/26/10/15

, ,

Ahad, 25 Oktober 2015

Muhyiddin Sahkan Putrajaya Cuba Suntik RM3 Bilion untuk 1MDB



Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.

"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.

"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.

Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta. 

"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.

"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya.

"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas."

Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.

"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi. 

Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan. 

"Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun.

"Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin.

The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.

Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan.

Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan.

"Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.

Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya. 

"Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat. 

"Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB. – The Malaysian Insider/24 Oktober, 2015.


, ,

Sabtu, 24 Oktober 2015

Kalau Tak Salah, Jangan Campur Siasatan 1MDB - Muhyiddin



Proses siasatan membabitkan dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak seharusnya diganggu jika tiada sebarang kesalahan dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan presiden Umno itu berkata, orang ramai ingin melihat proses siasatan membabitkan transaksi syarikat sarat hutang milik Kementerian Kewangan itu dijalankan dan mereka mahu mengetahui hasilnya. 

"Rakyat mahu supaya proses siasatan itu dijalankan. Jangan campur. Yang rakyat nak tahu, apa hasilnya. Kalau tak bersalah, tak bersalahlah. Kalau bersalah, kita hukum," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau institusi.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani Kerana Benar' di Hotel Grand Blue Wave, Johor Baru hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, dengan pilihan raya umum akan datang sebagai penentu, siasatan yang dijalankan juga tidak seharusnya berlarutan sebegitu lama.

"Kalau keadaan (siasatan) itu tidak berlaku, apa-apa kesalahan biarlah. Sampai masa rakyat akan tahu juga nanti.

"Yang hak akan timbul dan yang batil itu akan tenggelam, lambat laun. Tetapi, jangan lambat-lambat sangat, penentunya pilihan raya nanti," kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Beliau berkata, isu berkaitan 1MDB bukan hanya melibatkan Umno, sebaliknya turut membabitkan semua parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana itulah beliau bersuara.

"Suara saya ini bukan nak menumbangkan sesiapa. Takkan saya nak biarkan. Kalau saya tidak bersuara, siapa nak bersuara?" soalnya. 

Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai berkata, beliau sedar realiti pemimpin Umno di peringkat cawangan dan bahagian yang takut untuk bersuara kerana khuatir dikenakan tindakan, malah sehingga kepada keadaan dipecat. 

"Yang dekat sini semua takut... takut kena pecat ketua cawangan, ketua bahagian.

"Realitinya, negara sudah begini keadaannya. Saya seorang sahaja (yang bersuara). Yang lain buat apa?" soalnya, di hadapan sekitar 400 peserta program anjuran akhbar Sinar Harian itu.

Kebanyakan hadirin merupakan ahli dan pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dari negeri itu.

"Mungkin ada implikasi kepada diri saya apabila mengatakan ini, tetapi saya sudah bersedia," kata Muhyiddin. 

Ketika sesi soal jawab, Muhyiddin turut mendedahkan, terdapat beberapa mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikannya selaku timbalan presiden namun digantikan oleh Najib selaku presiden Umno. 

"Seolah-olahnya tidak menghormati ahli parti yang pilih saya sebagai timbalan presiden. Seolah-olah lupa pengorbanan yang saya sudah buat. 

"Ini tugas, dalam mesyuarat pengurusan parti, ada naib, bendahari, ketua sayap, kita duduk berbincang. Kenapa kedudukan saya terjejas?

"Bagi saya, keadaan parti tidak harus tergugat. Saya tidak lagi berada dalam parti bukan kerana melakukan kesalahan. Saya tidak merogol, tidak meliwat.

"Kalau perdana menteri tak nak dengar tidak mengapa, yang lain-lain ada. Kenapa saya jadi mangsa, sedangkan saya jurubicara ahli Umno?" soal beliau lagi.

"Apa yang saya lakukan sehingga terlucut jawatan saya?" soalnya. – The Malaysian Insider/24 Oktober, 2015.

, , ,

Muhyiddin Kata Pemimpin UMNO Pengecut



Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas sesetengah pemimpin Umno sebagai pengecut kerana tidak bersuara dalam isu krisis negara.

Ia mungkin kenyataan paling keras pernah dibuat beliau sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak Julai lalu.

Muhyiddin menyifatkan, ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.

"Hanya saya seorang bersuara, yang lain buat apa?

"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.

"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya seperti dilaporkan SInar Harian.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda; Berani Kerana Benar anjuran Sinar Harian, hari ini.

Hanya berkata benar

Muhyiddin turut mengeluh terhadap wujudnya rasa ketakutan untuk mereka untuk bersuara.

"Saya bersuara bukan mahu menjatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya.

Menurut Timbalan Presiden Umno itu, Malaysia berada dalam keadaan tidak stabilan dari aspek politik susulan skandal yang melanda Najib.

Sementara itu, Najib menghadapi cabaran supaya melepaskan jawatannya selepas dilanda isu RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi beliau dan mendakwa wang tersebut adalah dana politik dari Timur Tengah.

Sementara itu, Muhyiddin menggesa para pemimpin Umno tampil lebih berani dengan mencontohi Nabi Muhammad yang tidak berdiam diri sekiranya berlaku sesuatu kemudaratan.

"Ketika dalam kerajaan, saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat timbalan perdana menteri ni.

"Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya lagi. - Malaysia Kini/24/10/15


, , ,

13 Cawangan UMNO Tuntut Najib Undur




Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presiden mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

Berat mata memandang

Ketika ditanya sama ada Umno cawangan lain di bahagian Teluk Kemang turut sependapat dengan mereka, Kamarul Azman berkata pihaknya tidak berunding dengan ketua cawangan lain.

"Kita tak hubungi yang lain. Kita hanya mengadakan perbincangan antara kami, dan itu untuk permulaan," katanya sebelum menambah, bagi keseluruhan Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan.

Selain itu, Kamarul Azman juga berkata, perubahan perlu dilakukan terhadap Umno dan ia bermula dari presiden sendiri untuk memastikan Umno kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14.

"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," katanya lagi.

Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik. -Malaysia Kini/24/10/15


, ,

Jumaat, 23 Oktober 2015

Kumpulan Pembeli Cadang Putrajaya Tingkatkan Had Pembelian Hartanah Warga Asing ke RM2 Juta



Putrajaya perlu meningkatkan harga minimum daripada RM1 juta kepada RM2 juta bagi pembelian hartanah warga asing di Malaysia, kata kumpulan yang mewakili pembeli rumah, menggesa peraturan lebih ketat dikenakan terhadap pembeli luar negara.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong berkata mereka juga berharap, dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan petang ini, Putrajaya mengenakan sekatan ke atas warga asing untuk hanya membeli hartanah berstrata dan bukan harta benda bertanah.

Dua tahun lalu, Najib mengumumkan dalam Bajet 2014 warga asing hanya boleh membeli hartanah dengan nilai minimum sebanyak RM1 juta, meningkat daripada RM500,000.

Ia merupakan sebahagian rancangan kerajaan untuk mengetatkan peraturan bagi membendung spekulasi pelabur tempatan dan asing dalam pasaran hartanah.

"Harga rumah-rumah semakin tidak masuk akal, dalam tempoh 5 tahun lepas ia meningkat begitu tinggi dan di luar kemampuan rakyat Malaysia," kata Chang kepada The Malaysian Insider.

"Sekarang kita tidak mahu membenarkan warga asing membeli begitu banyak hartanah kita tanpa kawalan, oleh itu adalah penting untuk membendungnya, dan nilai minimum RM1 juta adalah terlalu rendah.

"Jika kerajaan merancang untuk mereka melabur di negara kita, benarkan mereka, jangan sekat mereka (tetapi) benarkan mereka untuk membeli hanya hartanah berstrata yang berharga lebih RM2 juta."

Katanya, ini perlu di saat kejatuhan nilai ringgit.

Pulau Pinang antara negeri-negeri di Malaysia yang menetapkan harga lantai minimum sendiri untuk pembeli di luar negara sebanyak RM1 juta di tanah besar dan RM2 juta di kawasan pulau.

Chang juga mencadangkan kerajaan supaya mengehadkan pembelian asing kepada hanya pemilikan pegangan pajak, manakala hartanah pegangan bebas dikhaskan untuk rakyat Malaysia.

"Jika pegangan bebas, akhirnya ia akan menjadi hak milik warga asing... apabila tempoh pajakannya lebih pendek, nilai harta menjadi lebih rendah, katakan kerajaan memerlukan atau ingin memperoleh harta itu apabila tamat tempoh pajakan, kerajaan tidak terbeban dengan perlu membayar begitu banyak pampasan kepada mereka yang memiliki harta pajakan.

"Kita harus melarang mereka daripada membeli pegangan bebas serta kediaman bertanah kerana misalnya, harta bertanah seperti di Kajang atau Semenyih sudah berharga antara RM750,000 dan RM950 000 untuk rumah teres 2 tingkat dan banglo, ia kira-kira RM2 juta.

"Jadi ia tidak menafikan peluang rakyat Malaysia untuk membeli hartanah untuk pelaburan jangka panjang dan untuk tempat tinggal keluarga mereka," kata Chang.

Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan Malaysia (Rehda) berkata pada September lepas, prestasi jualan untuk satu setengah tahun yang lalu, bukan sahaja dengan bilangan pembeli mengecil, tetapi juga nilai hartanah dipamerkan dan jualan akan turun dengan ketara.

Unit tidak terjual juga meningkat daripada 64% pada separuh kedua 2014 kepada 78% dalam tempoh separuh pertama 2015, kata Rehda.

"Banyak lot Bumiputera tidak ditawarkan dan masalah pembiayaan akhir/penolakan pinjaman adalah sebab-sebab utama bagi unit-unit yang tidak terjual," kata Rehda, sambil menambah, bagaimanapun, tanda-tanda menunjukkan keadaan masih terkawal.

Rehda juga mengatakan unit strata menguasai pelancaran dengan pangsapuri dan kondominium mencatatkan jenis yang paling banyak dilancarkan pada separuh pertama 2015 berbanding unit bertanah, yang menyaksikan pengurangan.

Rehda juga berkata pelancaran hartanah strata ini dilakukan terutamanya di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

"Separuh daripada unit yang dilancarkan berharga di bawah RM500,000 dan ada juga diperhatikan pelancaran hartanah di bawah RM200,000 meningkat. Kebanyakan negeri mengekalkan harga mereka kecuali Pulau Pinang, Johor dan Kelantan," katanya.

Sementara itu, persatuan pembeli rumah juga mencadangkan agar kerajaan memansuhkan cadangan penubuhan Syarikat Jaminan Perumahan (HGS), yang matlamatnya untuk melindungi pembeli dan pemaju perumahan sekiranya berlaku pengabaian projek perumahan oleh pemaju.

"Syarikat Jaminan Perumahan (HGC) adalah serupa dengan jaminan keuntungan pemaju. Penubuhan HGC akan dilihat sebagai 'lesen' bagi pemaju untuk cepat melancarkan projek perumahan baharu dalam jumlah yang besar tanpa mengira keupayaan mereka," kata HBA dalam cadangannya, sambil menambah pemaju akan tahu mereka mudah mengabaikan projek sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.

"Kerajaan tidak perlu membazirkan sumber-sumbernya untuk merumuskan HGS kononnya untuk 'menyelamatkan' pembeli rumah," kata persatuan itu.

HBA juga menggesa Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dilaksanakan dengan sepatutnya dan mengingatkan janji kerajaan untuk konsep 'Bina dulu, jual kemudian 10:90' yang sepatutnya diwajibkan tahun ini.

Mengikut sistem ini, pembeli hanya perlu mengeluarkan bayaran awal pendahuluan sebanyak 10% semasa membuat tempahan rumah, dan tidak perlu membuat apa-apa bayaran lain sehingga milikan harta itu disampaikan kepada mereka, dan barulah baki 90% akan dibayar. – The Malaysian Insider/23 Oktober, 2015.

,

[Video] Remaja 13 Tahun Nyaris Jadi Mangsa Culik Van Hitam



Rawang: Remaja lelaki berusia 13 tahun nyaris menjadi mangsa culik dalam kejadian di Bandar Tasik Puteri, di sini, semalam.

Dalam kejadian 7.10 malam, remaja itu pada mulanya bermain basikal di kawasan perumahan berkenaan sebelum terdengar suara lelaki memanggilnya.

Menurut datuk mangsa, Roshmi Ahmad,58, cucunya yang tinggal berhampiran dengan rumahnya itu memberitahu, lelaki tidak dikenali yang menaiki van hitam itu kemudian mendekatinya dan menarik cucunya ke dalam van berkenaan.

"Bagaimanapun, cucu saya melawan sehingga bajunya terkoyak dan berjaya melepaskan diri sebelum ke rumah rakannya untuk meminta bantuan," katanya.

Menurutnya, dia bersama bapa mangsa membawa mangsa yang trauma membuat laporan polis di Balai Polis Tasik Puteri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 365/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan culik. - Harian Metro/22/10/15



,

‘Saya mangsa keadaan’ - Nila




Kota Bharu: “Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,” kata mangsa pukul beberapa wanita yang rakaman videonya menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Dalam rakaman itu, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, dibelasah teruk dan dimalukan gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurut Nila, dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling ramai rakan wanita berkenaan.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.

“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya. - Harian Metro/23/10/15

Berkaitan:

Reman Dilanjut 3 Hari Lagi

Kota Bharu: Perintah tahanan reman terhadap seorang daripada tiga suspek wanita yang didakwa membelasah seorang wanita berusia 20-an sehingga rakaman video mengenainya viral di laman sosial dilanjutkan tiga hari lagi.

Sebelum ini suspek berusia 27 tahun direman tiga hari sejak ditahan Isnin lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Nor Faizah Abdullah membenarkan lanjutan tahanan reman berkenaan, semalam.

Beliau mengeluarkan perintah tahanan reman kepada dua lagi suspek wanita berusia 20-an selama empat hari untuk membantu siasatan kes sama.

Terdahulu, dua daripada tiga suspek menutup wajah dengan menggunakan tudung apabila wajah mereka cuba dirakam.

Mereka turut menjadi perhatian masyarakat yang hadir ke mahkamah selepas video mereka membelasah mangsa tersebar di laman sosial.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham dan mangsa dikatakan menjalin hubungan sulit dengan tunang serta bekas suami suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan perintah tahanan reman itu.

Katanya, polis masih memburu dua lagi suspek dikenali sebagai Nija dan Mokbiey untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. - HM/23/10/15

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH