Cadangan DAP Bina Masjid Satu Penghinaan, Apa Kata Aktivis UMNO?
Hasrat DAP untuk membina sebuah masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang dianggap satu penghinaan kepada umat Islam negara ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata cadangan DAP itu seolah-olah menafikan pembinaan lebih 24,000 masjid dan surau oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara sebelum ini.
"Takkan cadangan pembinaan hanya sebuah masjid itu hendak dihebohkan, hendak dimasyhurkan ke seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kolokium Pembangunan Islam di Malaysia semalam.
Semalam, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata cadangan pembinaan masjid itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan.
Mustapa berkata siasatan teliti perlu dilakukan sebelum pembinaan masjid itu bagi memastikan kesahihan sumber yang digunakan.
"Perkara ini perlu disiasat kerana masjid adalah tempat suci bagi umat Islam, kena yakin sumber pembinaannya adalah halal," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata walaupun sumber pembinaan masjid itu halal, ia tetap satu penghinaan kepada umat Islam.
"Tindakan itu seperti menidakkan kemampuan kita (umat Islam) untuk membina tempat ibadat (masjid), ia satu penghinaan," katanya.
Katanya Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan kepada aspek pembinaan dan baik pulih masjid di seluruh negara terutama selepas bencana banjir akhir tahun lepas.
"Sehingga awal Jun ini sejumlah 98 buah masjid dan 170 madrasah dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM4.3 juta," katanya. – Bernama, 15 Jun, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.