Muktamar PAS: 'Chai' Dewan Ulama Kejutkan Banyak Pihak
Tidak seperti pemilihan sudah-sudah, budaya 'chai' atau senarai pilihan menjadi budaya baru yang diamalkan secara terbuka dalam PAS.
Malah, Dewan Ulama dan pemimpin tinggi mereka turut terlibat mempamerkan senarai pilihan masing-masing untuk panduan perwakilan dalam muktamar.
Lewat pagi ini, Facebook Dewan Ulama PAS turut memuat naik senarai itu di Facebook mereka yang memaparkan senarai kumpulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi digandingkan dengan calon naib presiden pilihan mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga tokoh pro-status quo dalam PAS Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad.
Dewan Ulama menggelar senarai itu sebagai “Siiru A'la Barakatillah” (bersama-sama mencari keberkatan Allah).
Senarai itu turut ditetapkan di atas sekali senarai tulisan bagi mendapatkan perhatian pengguna Facebook.
Bismillahi Allah Akbar ... Cadangan calon pilihan bersama untuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib - Naib Presiden...
Posted by Dewan Ulamak PAS Pusat on Tuesday, 2 June 2015
Pemerhati politik melihat budaya baru PAS itu sebagai amat aneh kerana tidak berlaku sebelum ini dalam parti-parti lain yang sinonim dengan budaya itu seperti Umno dan MCA.
Sebelum ini, chai hanya diedarkan secara senyap-senyap, daripada tangan ke tangan atau SMS dan tidak pernah dipamer dalam laman sosial rasmi seperti dilakukan Dewan Ulama.
Rata-rata pengguna maya menyambut baik senarai itu. Bagaimanapun terdapat juga yang melihat tindakan itu tidak sesuai, malah tidak adil kepada calon pencabar Hadi, Ahmad Awang.
Azizol Mohamad: Bodoh sangat ke perwakilan sampai page Ulama kena ajar satu-satu siapa yang kena dipilih, siapa yang kena diundi?
Sukianto Launa: Macam mereka saja orang yang baik dengan Islam, yang lain sebelum ni berjuang tak baik. Kempen... kempen....
Penjejak Bayang Ikan: TGAA (Tuan Guru Ahmad Awang) tak ada pun nama frown emoticon... nampak bersungguh sangat kempen.
Sementara itu, seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan juga turut memuat naik senarai itu semalam.
Ia mempamerkan senarai sama tetapi turut membandingkan dengan chai kumpulan properubahan dalam PAS Ahmad Awang. - Malaysia Kini/3/6/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.