Dewan Ulama PAS Sebulat Suara Luluskan Usul Putus Hubungan dengan DAP
Dewan Ulama hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar dibawa Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik untuk membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama DAP.
Bagaimanapun beliau berkata, PAS hanya mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tetapi masih kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Kita beri amaran pada mereka yang menyerang dan ingin mengalihkan perjalanan landasan Islam.
"Kita tidak akan serah kepada kamu parti PAS dan dengan itu kita sekali menyarankan usul memutuskan hubungan dengan DAP namun tetap bersama PKR dan PR," katanya semasa berucap di Muktamar Dewan Ulama di Gombak hari ini.
Sejurus selepas Mokhtar membentangkan usul, wakil Perak Noor Azli Musa meminta kesemua 644 anggota sayap Dewan Ulama yang berada dalam dewan itu bangun sebagai tanda sokongan terhadap usul itu.
Meskipun pada awalnya pengerusi majlis itu berkata usul dibentangkan Mokhtar itu diterima tanpa perlu dibahaskan, namun seorang daripada perwakilan bangun meminta kepimpinan untuk meminda usul berkenaan.
Menurut perwakilan itu, biarpun bersetuju untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP, Majlis Syura perlu mengkaji kerjasama itu terlebih dahulu adakah ianya memberi kesan baik kepada perjuangan dan dasar PAS.
Bagaimanapun cadangan untuk meminda usul tersebut ditolak dan Dewan Ulama tetap dengan usul memutuskan kerjasama politik bersama DAP. – Diyana/The Malaysian Insider/3 Jun, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.