Parti Islam Baru Ganti PAS, Apa Respons Haji Hadi?
Peringatan itu terkandung dalam surat terbukanya kepada anggota parti hari ini tanpa menamakan mana-mana pihak dalam PAS.
"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.
"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi.
Dalam surat itu, Hadi turut mengingatkan anggota supaya memahami dan menghayati dua aspek penting iaitu istiqamah dengan akidah perjuangan dan pendekatan dakwah bagi melaksanakan Islam, bagi mengelak kecundang atau tercicir dalam perjuangan.
Katanya, kedua-dua aspek itu dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sababat sewaktu lemah dan kuat, serta belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.
"Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja," katanya.
Mengulas lanjut, Hadi berkata perjuangan Islam berbeza dengan ideologi ciptaan manusia, malah beliau menyeru supaya ahli konsisten melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah.
Katanya, perkara tersebut perlu dengan mengambil kira hukum halal dan haram termasuk dalam berhubungan dengan bukan Islam dan musuh tetapi bertegas dalam akidah.
Beliau memberi dalil Al-Quran, hadith serta sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat khususnya dalam melaksanakan arahan berhijrah Madinah sehingga tertegaknya negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbagai agama, kaum dan sikap.
"Ayat-ayat al-Quran tersebut bermaksud bahawa Allah menunjukkan kepada kita supaya berlaku baik kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya.
"Maka Rasulullah SAW, menjalinkan segala pendekatan hubungan dengan kalangan bukan Islam, secara bertahaluf, berta’awun, berdamai, memaaf kesalahan dan lain-lain.
"Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan Aqidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Makkah. Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara Aqidah perjuangan," katanya. Malaysia Kini/23/6/15
Bukan manusia yang dapat membaca nasib dan masa depan. Kamu, Hj Hadi TIDAK diberikan kelebihan itu. Hati kamu busuk sebusuk najis kamu.
Comment by Hj Aduka @ Selasa, Jun 23, 2015 3:21:00 PTGSalam ramadani
Comment by Malaysiabaru @ Selasa, Jun 23, 2015 5:21:00 PTGHadi dah kecut terkencing dlm seluar
Dan mahu letak jawatang presideng agar mat sabu tak keluar ex pas..
Boleh percaya ker kata kata serban belit 1000 nih?
Secara tersirat, seusai muktamar lalu pas hj hadi hanya mahu golongan ustaz yg memimpin parti siasahnya. Makanya biarlah golongan ini yg menjadi ahli dan mengundinya. Orang sperti aku tak perlu dan akan beralih undi sekeluar unt pru akan datang. Moga pas hj hadi berbahagia dengan anggota seumpanya.
Comment by Unknown @ Rabu, Jun 24, 2015 5:21:00 PTG