Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 2 Jun 2015

Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Lelaki Rogol Adik Kandung



PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan terhadap seorang pengawal keselamatan kerana merogol adik perempuannya tahun lepas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan lelaki berumur 28 tahun itu terhadap sabitannya.

Beliau berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan telahpun diperjelaskan kepada tertuduh sebelum dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Ampang.

Terdahulu, peguam Auzan Hasanuddin Sazali, yang mewakili lelaki itu, berhujah bahawa Mahkamah Sesyen tidak seharusnya menerima pengakuan bersalah anak guamnya memandangkan dia tidak diwakili peguam dan tidak memahami akibat daripada pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu.

Beliau mahu perkara itu dikembalikan kepada Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, bagaimanapun, berhujah Hakim Mahkamah Sesyen Manira Mohd Nor menegaskan bahawa tertuduh masih mahu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sungguhpun dia memahami akibatnya.

Pada 28 Februari tahun lepas, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol adik perempuannya berusia 23 tahun di rumah mereka di Ampang Jaya, pada 8 pagi, 14 dan 16 Februari tahun lepas.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan rotan bagi setiap kesalahan, yang dijalankan berturut-turut.

Rayuannya di Mahkamah Tinggi ditolak pada 27 Ogos tahun lepas.

Turut bersidang dalam panel Mahkamah Rayuan itu ialah Hakim-Hakim Tan Sri Idrus Harun dan Dr Prasad Sandosham Abraham. - Bernama/2/6/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH