Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 10 Jun 2015

Pakatan Boleh Menang Selangor Tanpa PAS Jika Ada Pilihan Raya - NGO



Gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan DAP sahaja, tanpa PAS, boleh kekal memerintah Selangor jika pilihan raya kecil negeri diadakan, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kuasa.

Ini kerana jenama PR itu diakui pertubuhan sivil sebagai "mengagumkan", kata Ketua Pegawai Eksekutif Kuasa, Praba Ganesan memetik laporan pertubuhannya berhubung janji yang ditawarkan kerajaan Selangor dan Perak sewaktu pilihan raya umum dua tahun lalu.

"Tindakan PAS keluar PR tidak akan merencatkan gabungan yang distrukturkan semula ini untuk terus maju.

"Kami percaya ada sebab-sebab kukuh mereka akan berjaya melepasi garisan penamat," kata Praba kepada wartawan hari ini.

PAS, dalam muktamar minggu lepas, menerima pakai usul untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal dalam PR.

Beberapa pemimpin parti Islam itu di Pulau Pinang kemudiannya meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, jika mereka melakukan perkara yang sama di Selangor, ia mungkin akan menyebabkan pilihan raya negeri, kerana PAS memegang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding DAP 15 dan PKR 13.

Kuasa ditubuhkan beberapa bulan selepas pilihan raya umun ke-13 bagi memantau prestasi janji-janji kerajaan Perak dan Selangor secara tahunan.

Laporan prestasi terkini Kuasa mendapati kerajaan Selangor lebih telus tentang kemajuan dan janji yang dibuatnya berbanding kerajaan Perak yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Namun, kerajaan Perak kali ini memperolehi markah lebih tinggi kerana penanda aras rendah yang ditetapkan bagi menilai janjinya - yang kabur dan tidak spesifik, kata Praba.

Menurutnya, Perak memperolehi markah 49.3 peratus melonjak daripada 24.9 peratus sebelum ini.

Katanya lagi, kerajaan Selangor kali ini memperolehi 59.5% markah berbanding 67.4% sebelum ini.

Ia berlaku kerana hanya seorang wakil rakyat Umno memberi jawapan terhadap tinjauan Kuasa kali ini berbanding sebelum ini yang tidak mendapat sebarang respons.

Namun kata Praba, kerajaan Selangor dilihat terkebelakang dalam isu melibatkan masyarakat Melayu.

"Banyak organisasi agak kritikal terhadap kerajaan negeri berkenaan isu ini dan memberi mereka markah rendah.

"Ini mungkin menjadi masalah jika PKR dan DAP menyertai pilihan raya secara bersendirian," katanya. – The Malaysian Insider/9 Jun, 2015.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH