Kaji Semula Kerjasama dalam Pakatan - Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR mengakui, wujud masalah dalaman PR yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana.
"Wujud keperluan mendesak untuk menyemak bentuk kerjasama dengan tujuan memperkukuh gabungan parti politik yang progresif dan berpegang kepada Dasar Bersama PR, sehaluan dengan aspirasi rakyat yang terus menuntut perubahan.
"Maka PKR dengan ini mencadangkan perbincangan perlu diteruskan dengan parti politik dan juga badan bukan kerajaan dalam kerangka besar masyarakat madani lainnya demi merangka hala tuju dan masa depan untuk membina Malaysia yang gagah," katanya dalam satu kenyataan.
Ketua pembangkang itu berkata, perbincangan juga perlu diteruskan dengan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam demi merangka hala tuju dan masa depan Malaysia yang lebih baik.
Katanya, menjadi tanggungjawab bersama untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR dalam perjuangan menuntut perubahan.
"Isu-isu bersama yang menuntut reformasi ekonomi dan pendidikan, pembanterasan gejala rasuah dan salah guna kuasa serta menentang kezaliman Umno-Barisan Nasional harus diperjuangkan terus," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu turut memuji pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang berpegang kepada Dasar Bersama PR, menghasilkan kejayaan dalam beberapa dasar termasuk perumahan, bantuan mikro kredit dan pendidikan yang kini menjadi dorongan menuntut perubahan di peringkat pusat.
"Saya menyeru kepada semua pimpinan tertinggi parti agar berusaha menggilap dan memperkukuhkan muafakat dan persefahaman bersama yang dipupuk sejak 15 tahun yang lalu.
"Solidariti tahaluf siyasi sebegini menangkap imaginasi rakyat dan memberikan harapan baru kepada Malaysia," katanya. – The Malaysian Insider/15 Jun, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.