Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 2 Jun 2015

FMFA: Polis Berkeras Kematian Belia di Konsert Tahun Lepas Akibat Dadah




Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penggunaan dadah berlebihan masih berperanan dalam kes itu, ketika ditanya mengenai laporan eksklusif The Star pada Ahad mengatakan enam kematian itu disebabkan pitam akibat panas dan bukannya dadah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Jun, 2015.

Kematian 6 belia di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) di Bukit Jalil pada Mac tahun lepas disebabkan penyalahgunaan dadah, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, walaupun bukti perubatan menunjukkan sebaliknya.

Beliau berkata, penggunaan dadah berlebihan masih berperanan dalam kes itu, ketika ditanya mengenai laporan eksklusif The Star pada Ahad mengatakan enam kematian itu disebabkan pitam akibat panas dan bukannya dadah.

"Saya rasa saya tak perlu ulas lebih lanjut. Ketika kejadian, kami dapati terdapat penyalahgunaan dadah.

"Kalau dapatan klinik mengatakan begitu (sesuatu yang berbeza), kami terima dapatan itu.

"Tetapi hakikatnya tetap sama, ia disebabkan penyalahgunaan dadah," Khalid berkata pada satu sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Khalid berkata dadah terpaksa dilibatkan kerana methamphetamines biasa digunakan sebagai dadah sewaktu parti kerana ia boleh memberi pengguna tenaga untuk menari dan melompat.

"Daripada apa yang saya baca, mereka yang menggunakan meth sebagai perangsang (boleh) bertenaga untuk menari, melompat... sebab itulah mereka boleh menari dari pukul 10 pagi hingga 1 pagi," katanya.

Beliau berkata, dadah berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

"Apa sahaja yang anda katakan, hakikat tetap sama, ia disebabkan penggunaan dadah."

The Star dalam laporannya pada Ahad memetik ketua jabatan patologi forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Profesor Dr K Nadesan yang berkata, keputusan bedah siasat daripada enam kematian itu menunjukkan peranan dadah boleh diketepikan dan punca kematian sebenarnya ialah pitam akibat panas.

Nadesan berkata laporan bedah siasat itu dikeluarkan dua bulan selepas kematian itu tetapi polis tidak kelihatan berminat untuk membetulkan maklumat yang salah.

Katanya, beliau menghantar beberapa laporan terperinci membetulkan kenyataan polis mengaitkan kematian kepada dadah.

Enam yang meninggal ketika konsert di Stadium Bukit Jalil itu pada 15 Mac tahun lepas ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E. Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M. Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. – MELATI A JALIL/ The Malaysian Insider/2 Jun, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH