Pendidikan Jadikan Kita '5Malaysia' - Sultan Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim bertitah tanpa sistem pendidikan satu aliran, Malaysia bukan lagi menjadi 1Malaysia, tetapi “5Malaysia”.
“Orang Melayu pergi ke sekolah kebangsaan, di mana orang Cina rasa terasing, sementara orang India pula ke sekolah Tamil.
“Di mana perpaduan?” soal baginda dalam wawancara di The Star hari ini.
“Semua ini membuatkan orang ramai terpisah-pisah,” tambah Sultan Ibrahim.
Sultan Johor pada 7 Mei lalu menggesa orang ramai mencontohi Singapura yang membentuk perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan satu aliran menggunakan pengantar bahasa Inggeris.
Baginda mengakui walaupun Johor dan Singapura berkongsi banyak persamaan, tetapi kemajuan yang dicapai oleh Singapura jauh lebih pantas.
Beliau juga memuji perpaduan rakyat Singapura yang dibentuk daripada sistem pendidikan satu aliran yang menurutnya terbukti berkesan menyatukan masyarakat berbilang bangsa. -Malaysia Kini/12/6/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.