Lelaki Perkosa Nenek 101 Tahun
Milwaukee (Amerika Syarikat): Seorang penjenayah memberitahu polis dia merogol seorang nenek berusia 101 tahun kerana bernafsu melihat mangsa berbaring di atas katil ketika merompak rumah wanita itu.
Antoine Devon Pettis membuat pengakuan itu selepas ditahan polis kerana disyaki merompak dan merogol warga emas berkenaan.
Pettis berkata, dia hanya merancang untuk merompak dan tidak merancang merogol wanita berkenaan.
“Kalau saya merancang untuk merogol mangsa sudah tentu saya membawa kondom.
“Saya mahu merompak, tetapi saya mengubah fikiran selepas mendapati mangsa terlalu menarik ketika berbaring di katil,” katanya.
Polis berkata, serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.
Pettis ditahan tidak lama selepas polis mengesan DNA lelaki itu pada badan mangsa.
Lelaki itu berdepan hukuman penjara selama 55 tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan merogol, menyerang dan merompak. - Agensi/Harian Metro/10/6/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.