Lelaki Kantoi Khalwat Cuba Tikam Pegawai JAIS
Subang Jaya: Terkejut menerima ‘kunjungan tidak diundang’ daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), seorang penjawat awam lelaki yang bersekedudukan dengan rakan sekerjanya bertindak agresif apabila cuba menikam pegawai JAIS dengan gunting dan mengugut melibas dengan pedang samurai dalam kejadian Sabtu lalu.
Sumber polis berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan pegawai JAIS dengan bantuan sepasukan polis dari Bandar Sunway melakukan pemeriksaan ke atas apartmen yang didakwa didiami pasangan bukan mahram di Bandar Sunway.
Menurutnya, ketika serbuan pada jam 11.20 pagi itu, pegawai JAIS menemui pasangan itu bersama tiga anak wanita berkenaan di rumah.
“Pemeriksaan mendapati wanita itu sudah bercerai dan mempunyai tiga anak berusia dua hingga lima tahun yang tinggal bersamanya di apartmen berkenaan.
“Pasangan itu bekerja di pejabat sama dan didapati bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu dan jiran yang kurang senang dengan kelakuan mereka membuat aduan kepada JAIS ,” katanya. -Harian Metro/10/6/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.