Suami Suka Seks Ganas Antara Punca Cerai Meningkat di Selangor
Sekadar hiasan. |
Sikap isteri yang gemar membebel dan suami suka melakukan seks ganas merupakan antara punca utama kes perceraian di Selangor, menurut rekod Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan perceraian ialah jahil ilmu agama, masalah ekonomi rumah tangga, campur tangan pihak ketiga dan masalah anak.
Demikian didedahkan Aluwi Parman, Ketua Pendaftar, Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Jais pada satu sidang akhbar semalam, menurut laporan Sinar Harian dan Utusan Malaysia.
“Jumlah statistik perceraian pada tahun lalu meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.
“Kes perceraian tertinggi melibatkan pasangan muda berusia 31 hingga 35 tahun dengan 915 kes setakat Mei tahun ini manakala pada 2014, pasangan dalam lingkungan usia tersebut mencatatkan 3,156 kes.
“Jumlah peningkatan ini peru diberikan perhatian dan usaha membendungnya akan dipertingkatkan termasuk menambah baik modul dari se¬masa ke semasa,” beliau dipetik berkata akhbar Sinar.
Menurut Aluwi, kes isteri membebel sering dibangkitkan suami apabila mereka memfailkan perceraian.
"Kes ini adalah antara yang tertinggi di bawah masalah tabiat kritikal pasangan," beliau dipetik berkata Utusan selepas Muzakarah Pendaftar-Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor di Shah Alam.
Sinar juga melaporkan, Aluwi menjelaskan, isu perkahwinan lain ialah pernikahan di luar negara seperti di selatan Thailand dan Indonesia yang semakin tinggi di kalangan penduduk Selangor.
“Antara faktor utama yang menyebabkan pasangan bernikah di sana ialah poligami, kerana tidak mendapat persetujuan isteri pertama.
“Malah, ada juga yang terlanjur dan tidak mendapat restu keluarga memilih untuk bernikah di selatan Thailand atau Indonesia,” beliau dipetik berkata.
Menurutnya, jumlah pasangan yang bernikah di luar negara itu semakin meningkat dan mereka hanya mendaftar di negara ini selepas berdepan masalah pendaftaran anak atau beberapa perkara lain. – The Malaysian Insider/10 Jun, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.