Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 15 Jun 2015

Kenali 6 Tokoh dalam Menentukan Hala Tuju PAS




Muktamar Tahunan PAS ke-61 awal bulan ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila pemimpin konservatif menyapu bersih semua jawatan tertinggi, menyingkirkan mereka yang dikatakan daripada "puak profesional" dalam satu pemilihan yang penuh kontroversi.

Pemilihan itu diadakan di tengah-tengah perselisihan dalaman terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketidaktentuan hala tuju PAS dalam mengimbangi antara agenda Islamnya dengan pragmatisme politik.

Ramai yang terpilih mengisi barisan kepimpinan PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bagi sesi 2015-2017 ini merupakan muka baharu. 

The Malaysian Insider menilai 6 muka utama dalam kumpulan baharu ini yang selama ini tidak berapa dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana mereka naik secara tiba-tiba dalam parti Islam itu.


1. Datuk Takiyudin Hassan – setiausaha agung

Takiyudin (gambar, kanan) adalah tokoh yang dilantik menjadi setiausaha agung PAS oleh kepimpinan baharu PAS. Pernah menjadi majistret selepas tamat pengajian di Universiti Malaya (UM) di mana beliau merupakan presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM). Selepas tamat belajar beliau berkhidmat sebagai majistret di Kota Bharu dan kemudiannya aktif sebagai peguam di negeri itu walaupun berasal dari Kedah.

Takiyudin, sekarang ahli Parlimen Kota Baru, sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong dan exco kerajaan negeri Kelantan. Beliau juga aktif dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam sesi lalu, beliau adalah penolong setiausaha agung PAS dan dicadangkan menjadi setiausaha agung sejak 2013 oleh Hadi, namun ditolak kumpulan progresif kerana mereka mahu Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai ketua pentadbir parti Islam itu.

Sebagai penolong setiausaha agung, Takiyudin membuat dua pengumuman penting bagi pihak PAS kepada media. Yang pertama, pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am PAS yang baharu dan yang kedua baru-baru ini mengesahkan beliau dilantik setiausaha agung PAS yang baharu ketika PAS memutuskan ia hanya akan diumumkan 21 Jun ini.

Sebagai setiausaha agung, Takiyudin adalah orang kanan presiden PAS. Sebelum ini, beliau pernah membantu Hadi dalam menguruskan pemfailan permohonan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negara ini, namun sehingga kini ia belum berjaya dibentangkan di Parlimen.


2. Nasrudin Hassan – ketua penerangan

Nasrudin dipilih oleh pimpinan baharu PAS sebagai jurucakap rasmi mereka apabila dilantik sebagai ketua penerangan PAS yang baharu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang tewas.

Bekas ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen Temerloh ini adalah pemimpin gerakan ulama muda dalam PAS. Beliau sangat berpengaruh di kalangan mereka selepas memimpin Pemuda PAS selama dua penggal sebelum diambil alih Suhaizan Kaiat pada 2013 lalu.

Berasal dari Besut, Terengganu tetapi membesar di kawasan Felda di Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, di Tantar, Mesir dan aktif dalam PAS sebaik saja pulang dari sana dengan menjadi pimpinan Pemuda PAS di Pahang.

Dalam satu forum "Pasca muktamar PAS" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, kenyataan Nasrudin "kita masih ada siku dan lutut dalam jubah" yang ditujukan kepada DAP menjadi kenyataan yang paling "trendy" dan lebih 10 kali diulang para ahli panel.

Kini imej PAS kepada media dan awam akan ditentukan oleh sejauh mana perancangan dan strategi media yang dirancangkan oleh At Tantawi (nama sempena tempat belajar beliau di Tantar, Mesir) ini.


3. Mohd Zuhdi Marzuki – strategis

Zuhdi (gambar, kanan) ialah pensyarah kanan di UM. Beliau dijangka dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), menggantikan Dr Dzulkefly Ahmad, yang akan menjadi perancang strategi untuk kepimpinan baharu PAS ini. Sebelum ini Zuhdi merupakan pengarah operasi PPP.

Sebelum tragedi “print skrin” aplikasi Whatapps dalam telefon bimbit beliau yang bocor, Zuhdi antara pemimpin PAS yang diterima kedua-dua pihak dalam PAS, sama ada kumpulan profesional atau ulama.

Namun sejak tersebarnya print skrin yang menunjukkan beliau membuat justifikasi kenapa PAS perlu bersama Umno di Selangor, Zuhdi bertukar sikap dan memihak secara terbuka kepada ulama dalam segala gerakerja dan tulisannya. Beliau mula menyerang rakannya daripada kumpulan profesional dan rakan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) di samping memberi justifikasi ke atas segala tindakan Hadi selaku presiden.

Kini, PAS bergantung harap sepenuhnya kepada beliau sebagai strategis parti selepas para strategis lain dikalahkan sepenuhnya dalam muktamar lalu.


4. Zaharudin Mohamad – pakar ekonomi

Zaharudin (gambar, kiri) ialah ketua jabatan agama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Kuala Lumpur.

Sebelum itu, beliau yang menerima pendidikan tinggi di Jordan dan Mesir, pernah bertugas sebagai penasihat syariah dengan syarikat kewangan. Berdasarkan latar belakang pelajaran dan kerjaya itu, beliau dianggap pakar ekonomi Islam bagi PAS dan orang harapan untuk bercakap mengenai ekonomi di mana peranan itu selama ini dimainkan Datuk Husam Musa dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebagai menantu kepada Hadi dan ahli Majlis Syura Ulama, Zaharudin mendapat tempat yang agak istimewa dalam parti. Di peringkat kawasan, beliau berjaya mengalahkan penyandang yang dipertua PAS Subang pada mesyuarat agung mereka Mei lalu.

Beliau dan pasukannya juga berjaya menang dalam Dewan Pemuda sebagai exco di samping menang sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar baru-baru ini.

Pemimpin muda yang meminati motor besar dan berkereta BMW ini bakal menentukan hala tuju PAS dalam menangani isu-isu ekonomi dari perspektif Islam, sesuai dengan imejnya sebagai sebuah parti Islam.


5. Mokhtar Senik – pakar perang saraf

Mokhtar (gambar, kiri) juga adalah ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Beliau mengendalikan pondok An Nur di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai murid di sana. Isteri beliau adalah antara pelajar di pondok beliau sebelum ini.

Ketika pertembungan antara kumpulan pro ulama dan profesional dalam PAS, Mokhtar merupakan jeneral perang utama kumpulan ulama. Beliau berjaya mengalahkan kumpulan progresif melalui sistem “cai” yang diedarkan ketika pengundian berjalan.

Sebelum itu, menggunakan media sosial, beliau menjadi penyerang utama dan didakwa mempunyai kaitan dengan pengendali laman Facebook hantu, termasuk "Tuc Tok Usin Ceroi" yang banyak menyerang pimpinan PAS yang lain.

Mokhtar antara ahli PAS yang menyertai demonstrasi di depan ibu pejabat parti itu dan mendakwa, sebahagian pemimpin yang diketuai Dr Mohd Hatta Ramli, terlibat dalam usaha menggulingkan Hadi melalui kumpulan Whatsapp "Hawaii-Five-O”. Mereka menuntut Hatta disiasat namun selepas 2 kali dipanggil jawatankuasa penyiasat, ketua kumpulan itu Fadli Ibrahim enggan memberi kerjasama, menyebabkan kes itu ditolak begitu sahaja.

Mokhtar pernah ditahan kerana penglibatannya dengan kumpulan Al Maunah namun dibebaskan kemudiannya. Ketika muktamar Dewan Ulama baru-baru ini, Mokhtar merupakan individu yang membentangkan usul mendesak PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan diluluskan tanpa bahas kemudiannya. Sehingga kini, ia menjadi bebanan besar untuk diuruskan oleh pimpinan baru parti itu.

Mokhtar kini menjadi taruhan PAS untuk menyerang Umno dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana beliau berjaya menyerang habis-habisan kumpulan progresif pada pemilihan baru-baru ini.


6. Norazli Musa – presiden geng ulama

Norazli (gambar, kanan) sebelum ini adalah ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak. Beliau juga terkenal dengan panggilan “Ustaz Taliban” kerana janggutnya yang panjang umpama anggota kumpulan itu di Afghanistan.

Norazli dan rakan-rakannya, yang sering mengajar di masjid-masjid, menubuhkan Geng Ustaz (GU) di mana beliau merupakan pengerusinya.

GU memainkan peranan yang besar dalam kempen mengetepikan kumpulan profesional dalam PAS sehingga hampir kesemua kumpulan konservatif memenangi jawatan utama dalam parti itu. – The Malaysian Insider/ 15 Jun, 2015.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH