Simpan Motosikal di dalam Rumah Tumpangan Elak Dikesan Berkhalwat
Motosikal Saksi Khalwat
Alor Setar: Sepasang kekasih sanggup duduk berhimpit dalam bilik sempit yang turut memuatkan sebuah motosikal di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, semata-mata untuk mengelak dikesan pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat.
Pasangan berusia 23 dan 25 tahun itu sanggup datang dari Pendang menunggang motosikal semata-mata untuk memadu kasih sebelum dicekup sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan di rumah tumpangan terbabit pada jam 1 pagi, semalam.
Sebelum itu, lelaki berkenaan pada mulanya memberi alasan menyewa bilik itu bersama ‘tunangnya’, tetapi hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan taktik yang digunakan hanya untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, berdasarkan maklumat, anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan sebelum mengetuk pintu sebuah bilik dan dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.
Beliau berkata, seorang wanita turut ditemui berada di bilik berkenaan dan berpakaian lengkap, tetapi dalam keadaan ketakutan. -Zuliaty Zulkifli/harian Metro/30/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.