AMUK
AL FATIHAH! Saya petik:
[BERNAMA] IPOH: Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.
Katanya, sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi.
Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi.
Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.
Menurut Goh, selepas mendapat maklumat mengenai insiden itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memujuk Mohd Natri menyerah diri tetapi beliau terus mengurung diri di dalam rumah.
Katanya, anggota polis telah menembak mangsa dengan menggunakan senjata taser tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.
Polis terpaksa menggunakan pistol apabila lelaki itu bertindak ganas dan cuba menyerang dengan parang dan pisau, katanya.
Menurut Goh, mangsa yang terkena dua das tembakan meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati lelaki itu memang mempunyai masalah mental dan pernah menjalani rawatan di hospital, katanya.
Mayat pasangan berkenaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihan pula imasukkan ke hospital sama untuk rawatan, katanya.
Berkaitan:
* Sahur berdarah
Berkaitan:
* Sahur berdarah
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.