Sedar Peluru di Kepala Selepas 5 Tahun
Saya petik:
[Kosmo] HERNE - Seorang lelaki di Jerman yang ditembak di belakang kepalanya lima tahun lalu hanya menyedari kecederaan pada dirinya selepas lima tahun kemudian.
Lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai ditembak dengan sebutir peluru jenis .22 kaliber di bandar ini.
Ketika kejadian, dia sedang berparti dan minum minuman keras sempena sambutan tahun baru di kaki lima sebatang jalan.
Lelaki itu menyatakan, dia berasa kepalanya seperti dipukul tetapi dia tidak mendapatkan bantuan perubatan ketika itu.
Polis memberitahu, mangsa hanya pergi mendapatkan rawatan doktor baru-baru ini apabila dia merasa sakit dan terdapat ketulan di belakang kepalanya.
Gambar X-ray menunjukkan terdapat satu objek berada di bawah kulit kepalanya dan objek tersebut dikeluarkan selepas satu pembedahan.
Menurut polis, peluru itu mungkin berpunca daripada sebutir peluru sesat yang dilepaskan ke udara sewaktu sambutan tahun baru berkenaan. - AP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.