[Kemas Kini] Orang Islam Ajar Bukan Islam Hina Rumah Ibadat Sendiri?
Sejak awal-awal rentetan peristiwa kurang ajar ini berlaku timbul persoalan: adakah orang bukan Islam di negara ini begitu berani/tergamak membuat provokasi dengan menghina rumah ibadat orang Islam? Apa motif mereka berbuat demikian? Walhal tidak ada sebab kukuh untuk berbuat demikian.
Oleh sebab itu, saya kurang yakin mahupun percaya kejadian vandalisme tersebut dilakukan oleh orang bukan Islam tambah-tambah pula kejadian itu dikaitkan pula dengan motif politik. Antara kes yang membabitkan hal ini termasuklah kes kepala babi yang diletakkan di beberapa buah surau dan terbaru kes surau dibaling botol arak dan disimbah cat merah di Seremban.
Jika perbuatan itu bermotifkan politik, mempunyai agenda tertentu, mahu mencetuskan provokasi, maka timbul persoalan juga: parti politik mana yang terlibat? Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini: siapa pula yang akan menjadi hero? Apakah manfaat yang diperolehnya? Ironinya, sebelum ini tidak timbul pun perkara seumpama ini, jika ada pun, tidaklah sekerap dan sepopular hari ini.
Jika benarlah pihak yang melakukan perbuatan kurang ajar ini dilakukan oleh mereka yang beragama Islam, saya tidak tahu hendak kata apa-apa. Oleh sebab kepentingan politik dan agenda tertentu mereka sanggup menghina rumah ibadat sendiri dan menempah dosa yang besar. Malah perbuatan mereka sebenarnya mengajar orang lain menghina ruma ibadat sendiri!
Apa-apapun, tulisan ini hanya berdasarkan persoalan "JIKA". Boleh jadi perbuatan itu dilakukan oleh remaja nakal ataupun penagih arak yang tidak gemar mendengar laungan azan yang berkumandang 5 kali sehari. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui!
Kemas Kini:
* Simbah cat di surau: Empat ditahan polis
* Perbuatan "Balas Dendam" Remaja
Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong: 'This is a serious matter, but as it is believed to be an impulsive act by youngsters, I hope no one takes the opportunity to stir up racial sentiments.'Berita Bernama ini mengesahkan remaja yang menyimbah cat di Surau Taman Pulai Impian dilakukan oleh empat remaja berketurunan Cina. Andaian saya silap, namun saya masih berpegang bahawa sebahagian perbuatan ini didalangi@dilakukan oleh orang Islam.
[TS] SEREMBAN: Four people have been detained in connection with the splashing of red paint on a new surau in Taman Pulai Impian, Sikamat, near Seremban.
Negri Sembilan CPO SAC1 Datuk Osman Salleh said Tuesday the four, aged between 16 and 18, were nabbed in the early hours of the morning.
He said that initial investigations revealed that the four had been playing with firecrackers near the surau on Sunday and had been told off.
In retaliation, the four appeared to have decided to splash paint on the surau....
* Keluarga 4 remaja simbah cat ke atas surau minta maaf
SEREMBAN: Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di sini, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.
Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.
Turut hadir, Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.
Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.
Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.
Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.
"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.
Katanya, beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.
Yeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.
"Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya...
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.