Lebih Memabukkan daripada Bir!
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati ada lebih daripada 15 jenis minuman beralkohol di pasaran tampil sebagai minuman ringan, sekali gus menimbulkan kekeliruan ramai.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata minuman ringan beralkohol ini boleh didapati di dalam botol 275 mililiter dengan dengan pelbagai perisa termasuk perisa buah yang dijual pada harga dari RM4 hingga RM10.
“Pengeluar menggunakan warna amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudian akan ketagih.
“Malah, dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya empat hingga 6.3 peratus dalam minuman ringan ini.
“Bir yang diminum dengan meluas mengandungi lima peratus alkohol, bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir,” katanya, dalam satu kenyataan, semalam.
Antara minuman ringan yang ada kandungan alkohol terbabit ialah Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol), Storm High Ball (5.6 peratus alkohol), Storm Screw Driver (5.6 peratus alkohol), Pelican Black Current + Vodka (5 peratus alkohol), Pelican Pink Vodka (5 peratus alkohol) dan Pelican Vodka Orange (5 peratus alkohol).
Mohamed berkata, undang-undang dengan jelas menyatakan minuman beralkohol dilarang kepada mereka berusia bawah 18 tahun, namun minuman ringan terbabit dijual sewenang-wenangnya kepada pelajar sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.
Beliau berkata, pihaknya merasakan hak pengguna dicabuli, malah keadaan itu juga amat tidak sihat kepada generasi muda.
Mohamed berkata, undang-undang dengan jelas menyatakan minuman beralkohol dilarang kepada mereka berusia bawah 18 tahun, namun minuman ringan terbabit dijual sewenang-wenangnya kepada pelajar sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.
Beliau berkata, pihaknya merasakan hak pengguna dicabuli, malah keadaan itu juga amat tidak sihat kepada generasi muda.
“Pihak pengeluar menggunakan taktik ini untuk meningkatkan jualan mereka.
“Ia akan membawa mereka kepada ketagihan minuman alkohol lain yang lebih tinggi kandungan alkoholnya. Ini cara berbahaya memerangkap masyarakat ke dalam rantaian penagihan alkohol yang akan memastikan keuntungan berterusan kepada syarikat alkohol,” katanya.
Katanya, pihak berkuasa disaran mengambil beberapa tindakan kerana minuman itu tidak seharusnya dijual sebagai minuman ringan. - Idris Musa dan Kalidevi Mogan Kumarappa
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.