Kongres Cina Minta Kurangkan Ekuiti 30% Bumiputera. Najib Setuju?
Saya petik:
[MK] Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.
Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib merasmikan kongres yang dianjurkan oleh MCA. Timbul persoalan, adakah Najib akan korbankan ekuiti Bumiputera demi kepentingan politiknya? Sebelum ini, Najib telah meliberasikan beberapa sektor ekonomi yang turut menghapuskan pegangan Bumiputera dalam bentuk saham dan sebagainya. Adakah Ketuanan UMCO akan tunduk kepada MCA demi memastikan kelangsungan politik parti itu? Tunggu dan lihat! Jajahan, tanah, dan telaga minyak pun sanggup dikorbankan, jangan fikir hal ini suatu yang mustahil.
Saya sudah banyak kali cakap: yang menjahanamkan Melayu bukan DAP, tetapi UMCO!
Saya bersetuju agar semua kontrak kerajaan diagihkan secara terbuka, tetapi perlukah dikorbankan ekuiti 30% demi kepentingan politik? Yang perlu dihapuskan ialah amalan memberikan kouta 30% itu kepada kroni pemimpin dan UMCO. Kouta 30% perlu diagihkan secara terbuka agar Bumiputera yang benar-benar layak dapat menikmati kemudahan tersebut dan bersaing dengan kaum lain sebelum dasar itu disemak semula suatu hari nanti.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.