Helen Ang lwn Ridhuan Tee
Saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan Ridhuan, namun saya tidak menolak atau meminggirkan sepenuhnya pandangan Helen. Ada perkara yang wajar difikirkan dalam artikel-artikel ini.
Saya petik:
Ridhuan Tee:
[RT] Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.
Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.
Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu. Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.
Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.
Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?
Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.
Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. (Kerajaan wajar membantu dari segi dana dan tapak lokasi jika rumah ibadat yang hendak dibina itu merupakan suatu keperluan.) Janganlah jadi kafir harbi.
Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.
Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir (Ridhuan Tee dengan nada UMCOnya) , ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.
Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.
Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. (Semua agama, jika tidak salah, menyeru umatnya menjauhi perkara yang dilarang.) Barulah aman negara ini.
Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal (Ridhuan tidak sepatutnya menggunakan istilah ini, kerana orang bukan Melayu hari ini adalah generasi yang lahir di sini, bukan generasi yang berhijrah dari negara asal.) mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?
Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia.(Malaysia hari ini bukan sepatutnya ditukarkan kepada dua nama itu, tetapi wajar ditukar kepada Malayworld.) Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.
Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?
Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.
Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.
Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.
Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.
Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi. Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.
Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada. (Islam melarang penganutnya menjadi murtad bukan sebab penganutnya itu Melayu atau kerana perkara dalam Perlembagaan.)
Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.
Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.
Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
Helen Ang:
Enforcing NEP on minorities Religion
[CPI] A football analogy of religion in Malaysia will be this:
The Ketuanan Melayu-Islam (KMI) team has on the pitch 11 players. The opposing team, the Minorities, fields 5 players – this ratio follows the Ibrahim Ali formula of 67% bumiputera representation, albeit appropriating the Christian native and pribumi animist share.
The referee is the KMI team manager, and the linesmen, the KMI club president and treasurer.
The goalmouth on the KMI side is 8 yards wide and goalpost 8 feet high. On the Minorities side, the corresponding dimensions are 30% extra at 10.5 yards/10.5 feet, thereby giving KMI strikers an advantage in chances for scoring. Furthermore, the Minorities goalkeeper is permitted to keep goal with only one hand.
Before kick-off, a ‘let’ is given by handicapping the Minorities three goals. The duration of play is 30 minutes each half, reduced by a quarter of an hour in keeping with NEP affirmative action.
If after the final whistle the scorecard still shows the Minorities ahead, the match will automatically go into extra time. If KMI fails to equalize despite the extended play, they will be accorded five penalty kicks. And if KMI still proceeds to lose despite the rules of the game deliberately crippling their opponent, the KMI fans will riot and burn down the stadium.
Does the football hooliganism allusion have any basis? The Shah Alam cow-head oafs and the church arson indicate, yes. The fact that the Mazu ‘Goddess of the Sea’ statue cannot be erected in Kudat, Sabah shows there is no level playing field. (jika bencikan UMNO jangan kaitkan Islam dan Melayu secara umum sehingga membuat anologi yang menyentuh Melayu dan Islam secara umum)
Without any fair play, the conduct of the game then hinges on ‘toleration’, that is, the extent to which fundamentalist Muslims can tolerate the notion of pluralism in the matter of religious verities. Reciprocally, at what point would Muslim insistence on Islam as the sole divine truth make life too intolerable for the dhimmi?
Reaching breaking point
If I were to do some storekeeping, what’s ‘mine’ as non-Malay, non-Muslim is very scant. Small roadside shrines constructed under trees, faux churches in shoplots or looking like factory buildings and YMCA complexes (the rebuilt and recent completed Metro Tabernacle church is one example), temples in terrace houses. What’s ‘yours’ is magnificent and everywhere.
Not only do ‘you’ get free public expression of Islam, you also receive overflowing public funds. I needn’t delve into details; it’s not like most people don’t already know. (Saya tidak setuju jika penulis berpendapat bahawa keadaan rumah ibadat bukan Islam berdasarkan tulisannya. Buka mata, bukan hanya menulis berdasarkan pandangan depan mata atau berdasarkan kontroversi tertentu, Rumah ibadat bagi umat Islam kebanyakan dibinanya atas sumbangan penganutnya kecuali masjid negeri dan masjid-masjid tertentu bersesuaian dengan tarafnya sebagai agama rasmi.)
To further my football analogy, let’s take the junior league. One aspect of our religious NEP is the restriction on non-Muslim fellowship in schools. Conversely, there is no restriction on Kelab Islam.
Banning non-Muslim religious societies is like forbidding the stepchildren from being taught football and depriving them of footie practice in the school field.
While other religions are kept off the timetable, Islamic Studies is an integral component of the syllabus. It is mandatory for Malay students to take the paper in public exams.
In some schools, doa (Muslim prayer) is recited weekly during assembly. However, if a Christian, Hindu, Sikh or Buddhist prayer were ever recited in a gathering where Malay pupils are present, there will be uproar.(Pelajar bukan Islam tidak dipaksa atau diminta untuk menadah tangan/berdoa.)
In some former mission schools (now become national school), crosses and icons of Virgin Mary and other saints have been removed by the new principals. And perhaps chapels closed down too. There have been incidents of teachers confiscating crucifixes and other religious symbols worn by pupils.
Why do you think that more than 90 percent of Chinese parents see no choice but to shield their children from the sekolah kebangsaan system? If I were a mother, I would never wish to subject my vulnerable child to a bellicose environment where my race, and the traditions and faith beliefs I’ve imparted to my son or daughter are disparaged.
In national school, even should my offspring be lucky enough to dodge any active proselytization, there is not escaping the Islamized climate that favours one party and discriminates against the other. (Adakah kerana proses islamisasi atau mereka sememangnya mengamalkan semangat perkauman? Berapa banyak pelajar bukan Melayu yang telah diislamkan oleh sekolah kebangsaan? Saya sekeras-kerasnya menolak dasar pecah dan perintah dalam hal pendidikan. Bukankah bagus jika masyarakat bukan Melayu di negara ini berfikiran seperti Prof Emritus Tan Sri Khoo Kay Khim? Timbul persoalan, adakah orang bukan Melayu meminggirkan bahasa kebangsaan kerana takut diri mereka menjadi Melayu? Adakah sebab remeh sebegitu menyebabkan 90 peratus ibu bapa berketurunan Cina menolak Sekolah Kebangsaan?)
If you try to tell a Malay about another religion other than the one he was born into, you are guilty of a crime punishable with jail. Christian literature is required by law to carry a disclaimer ‘for non-Muslims only’. The Muslim is perfectly free to persuade you that his religion is best. You’re hard pressed to rebut, particularly when – for instance – the bible cannot be published and printed in the national language locally.
When you try bringing imported religious material through customs, these Christian CDs and bibles in Bahasa Indonesia are confiscated. Books on comparative religion are banned, even Karen Armstrong’s innocuous ‘The History of God’.
Where are we headed?
Circulars issued by the Education Departments and directives interpreted (if not further extended in scope) by Little Napoleons result in the alienation of non-Muslim pupils. Were the controversies in the Klang High School, and other schools in other states merely isolated episodes? I’m more inclined to see a determined NEP pattern arising from the powerful institutional forces of Islam at work.
There have been children who were converted during their schooldays. The Susie Teoh case was one that made legal history. Susie was formally instructed in Islam without the knowledge and consent of her father. The authorities made her a ward of the state until she was almost of age to legally convert to Islam. Another case is S Banggarma converted as in child in an orphanage.
Ahmed Burhan Tee Abdullah, who is the younger brother of controversial Utusan columnist Ridhuan Tee, gave an illuminating account of his introduction to Islam in a ‘Bicara Agama’ column of the same newspaper. There was no compulsion insofar as Burhan was concerned; it was his own heart’s desire.
Nonetheless, some points crop up in hearing Burhan’s narrative. He recalled how the ustaz in his school was able to answer “clearly and logically” the questions posed by him as a child whereas to his disappointment, Mr and Mrs Tee failed to satisfactorily explain the significance of religious rituals inherited and practiced by the Chinese.
Granted we are not acquainted with the Tee family faith practices. But taking a more general view, can you fault Chinese or Indian or Orang Asli for not being able to provide adequate spiritual guidance to their children when they themselves are religiously oppressed by the state?
On the one hand, Islamisation pervades every cubic inch of air we breathe in Malaysia.
On the other hand, other religions are suppressed. One infamous incident occurred in 2004 at Christmas where the Selangor Sultan and assorted cabinet ministers were invited guests. At this official function, hymns mentioning Jesus could not be sung.
A person like Lina Joy cannot safely reside in Malaysia. A youth bearing the name Ali bin Bakar on his Mykad made front page news in a national paper because he is Buddhist – such a shocking, sensational revelation!
Those who can among the minorities have elected to emigrate rather than challenge the NEP. The pro-Malay policy that was to have ended in 1990 is prolonged under various guises and set to continue into the distant future.
It will be the same for religion. NEP yielded Ketuanan Melayu; NEP phase II yields Ketuanan Islam. For its poster boy, Ridhuan Tee is the face. But look too at the state sanctioned structures and processes that facilitate the creation of such a convert.
Converts are even paid money by the state when they embrace Islam. When a ‘victory’ or human souls are won by NEP-like means, how honorable is that?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.