Siapa Sangka "Senyuman" Ini Milik Syaitan Bertopengkan Manusia?!!
Sudah 3 kiriman fasal rogol. Sila ambil sebagai pengajaran! Berdasarkan fakta kes, mudah sungguh budak-budak ini diperdayakan oleh orang tua keparat ini.Saya petik:
[HM] KUCHING: Seorang bomoh yang mendakwa mampu memulihkan dara gadis terpaksa menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi selepas Mahkamah Sesyen Kuching di sini, semalam menjatuhi hukuman penjara 69 tahun serta 12 sebatan selepas dia mengaku salah merogol tiga beradik pada Februari lalu.
Hakim Timothy Finlayson Joel menjatuhi hukuman ke atas Jamir@Jamang Samah, 63, selepas dia mengaku salah atas semua empat pertuduhan merogol tiga beradik berusia 13, 14 dan 16 tahun yang dikenakan terhadapnya.
Ketika penghakiman, Timothy turut menegur Jamir selepas dia dilihat ketawa selepas mahkamah mempamerkan seluar tidur milik mangsa yang dirampas untuk dijadikan bahan bukti bagi mensabitkannya dengan kesalahan itu.
Lelaki itu bagaimanapun mengangguk selepas jurubahasa membacakan hukuman. Hakim mengarahkan hukuman dijalankan berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan.
Mahkamah turut menjelaskan, hukuman itu setimpal dikenakan terhadap tertuduh selepas mengambil kira beberapa hujah dikemukakan pihak pendakwa selain melihat perbuatan dilakukan begitu serius.
Jamir tidak diwakili peguam bela, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Carl Patrick Ramesh.
Lelaki itu mengemukakan rayuan meringankan hukuman dengan memberi alasan dia sudah tua serta mempunyai keluarga untuk ditanggung.
Menurut kertas pertuduhan pertama, Jamir dituduh melakukan perbuatan itu pada Februari 2010 dalam bilik di sebuah rumah bernombor 71, Jalan Kulas Utara 2 dan kejadian berlaku antara 12 hingga 1 tengah hari.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, lelaki terbabit dituduh melakukan perbuatan itu pada 6 Mac 2010 antara 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Bagi pertuduhan keempat, dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 7 Mac 2010 dan kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi. Semua kejadian berlaku di tempat sama dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Berdasarkan fakta kes, pada 7 Mac lalu mangsa berusia 16 tahun membuat laporan selepas mengadu dirogol bomoh itu dan kejadian berlaku sejak Februari tahun sama.
Jamir yang dipanggil ‘datuk’ dan ketika kejadian mangsa memasuki biliknya bersama ibu saudaranya bagi mendapatkan rawatan sebelum menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa terkena ilmu hitam dan tertuduh mendakwa dia mampu mengubatinya.
Bermula dari situlah mangsa diarahkan menanggalkan pakaian satu persatu sebelum lelaki itu mengambil kesempatan merogol kononnya cara itu mampu mengubati ilmu hitam pada tubuh mangsa.
Fakta itu turut mendedahkan, Jamir memaklumkan kepada mangsa, dia perlu menjalani enam lagi rawatan susulan bagi membolehkan penyakitnya diubati.
Beberapa hari kemudian, mangsa ke rumah seperti diarahkan sebelum lelaki itu melakukan perbuatan sama. Sebaik sesi rawatan berakhir, mangsa diberi air jampi.
Pada hari sama, kakaknya diarahkan membawa adiknya berusia 13 tahun kerana memberitahu dia mampu menjadikan suara gadis berkenaan lebih nyaring dan merdu.
Tindakan sama dilakukan apabila Jamir mengarahkannya menanggalkan pakaian satu persatu sebelum merogolnya. Sehari selepas kejadian itu, mangsa membawa adiknya berusia 14 tahun selepas memperdaya kononnya adik mangsa sudah kehilangan dara.
Lelaki itu mencadangkan adik mangsa ke rumah menjalani rawatan memulih dara sebelum merogolnya. -Alias Abd Rani
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.