Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Mengeluh. Mengapa?
Gambar di sebelah sudah menjawab sedikit persoalan ini.
Saya petik:
[Bernama] Ramai kontraktor Melayu di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kontrak kerja (Susah mendapatkan kontrak atau syarikat-syarikat ini tidak layak mendapat kontrak seperti "mudahnya" mereka memperoleh kontrak pada zaman BN) menyebabkan ada antara mereka terpaksa menutup operasi dan beralih kepada perniagaan lain.
Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Ahmad Fatahi Omar berkata antara punca kepada masalah itu adalah kerana ada kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang itu terlalu mengehadkan aktiviti pembangunan (Pembangunan dari segi apa? Pembangunan yang diperlukan atau pembangunan aksesori? Umum tahu, kerajaan PR terpaksa menangung hutang yang banyak tinggalan kerajaan BN. Ada yang jumlahnya mencecah nilai bilion. Jadi, pembangunan yang dimaksudkan itu perlu dilihat berdasarkan keutamaan dan keperluan.).
Katanya kerajaan negeri itu tidak mahu berbelanja untuk pembangunan (Amalan berjimat cermat bukan bermaksud menidakkan keperluan pembangunan negara. Berbelanja secara berhemat) walaupun mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian menyebabkan kontraktor-kontraktor hanya mengharapkan projek kerajaan persekutuan.
"Jika dilihat tindakan mereka untuk hadkan pembangunan sebenarnya lama kelamaan akan memberi kesan kepada ekonomi. Ekonomi tidak akan naik. Ada maklumat yang saya dapat kerajaan Persekutuan tidak kurangkan peruntukan (Betulkah begitu? Walhal ada kerajaan negeri yang mengeluh kerana dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan.) tetapi kerajaan negeri yang kurangkan perbelanjaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa PKMM Kedah di Alor Star malam semalam.
Beliau yang juga Yang Dipertua PKMM Kedah berkata selain itu banyak juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak memberi peluang kepada kontraktor Melayu walaupun banyak syarikat bumiputera berkemampuan untuk menjalankan kerja-kerja bagi GLC.
"Kalau beri peluang, kita boleh buat. Apa yang penting mereka kena beri peluang baru mereka boleh tengok sama ada kontraktor tu boleh buat kerja atau tidak. Ada pandangan di kalangan GLC bahawa kontraktor Melayu bermasalah, (Bukan setakat mengendalikan projek-projek besar, kendalikan projek pembinaan rumah individu pun banyak masalah yang timbul terutama dari segi menepati tarikh siap dan kualiti binaan. Cuba risik-risik pengalaman orang yang membina rumah menggunakan kontraktor Melayu. Tidak semua kontraktor begitu, tetapi banyak yang bersikap demikian.)" katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Fatahi mengakui ramai juga kontraktor Melayu yang tidak bersedia untuk menjalankan projek-projek besar ( Sebelum ini banyak kontraktor Melalayu yang dapat projek menyerahkan projek tersebut kepada syarikat lain secara Ali Baba. Oleh sebab tiada pengalaman dalam mengendalikan projek besar, maka situasi ini menjadi penghalang untuk mereka mengembangkan perniagaan.) menyebabkan syarikat-syarikat besar hilang kepercayaan kepada mereka.
"Ramai kontraktor Melayu selepas mereka menyiapkan kerja mahukan pembayaran segera (Duit hendak mengendalikan projek lain tiada, cepat-cepat hendak tukar kereta yang lebih besar, dll.)sedangkan ia adalah proses yang memakan masa yang lama terutama apabila melibatkan syarikat-syarikat besar.
"Kontraktor Melayu perlu bersedia untuk menghadapi masalah-masalah seperti ini. Selain itu, ada juga yang gagal memahami Bahasa Inggeris dengan baik (Siapa yang buat dasar mementingkan bahasa Inggeris dalam hal ini?) sedangkan segala dokumen adalah dalam Bahasa Inggeris," katanya.
Katanya dalam kes kontraktor kelas A, walaupun sebelum ini ada arahan kerajaan yang mahukan mereka memiliki ISO 9001 tetapi hanya 20 peratus kontraktor Melayu yang dapat berbuat demikian (Kalau sudah mengamalkan Ali Baba, bagaimana mereka mahu memperoleh sijil ISO?).
"Apabila mereka ada ISO mereka boleh pergi ke mana-mana termasuk mendapatkan kerja di luar negeri. Ketika ini di kalangan kontraktor Melayu, hanya kira-kira 10 peratus mendapat kontrak di luar negara," katanya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.