"Pelawak ini peguam SPRM?" - Dr Dzulkefly
Sesiapa yang mengikuti inkues atau twitter TMI semalam sudah dapat melihat karektor peguam SPRM ketika menyoal dan menggasak Dr Porntip berkaitan dengan kematian Teoh Beng Hock. Cara dia menyoal seolah-olah mahu mempertikaikan kelayakan dan kepakaran Dr Porntip seperti yang diberitakan di bawah ini. Dia juga seolah-olah "memaksa" Dr Porntip menerima laporan yang dibuat oleh pakar perubatan yang diupah oleh pihak SPRM.
Tingkah laku orang seperti ini amat memalukan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang lain menilai tahap profesionalisme penggiat undang-undang di negara ini. Tidak kisahlah jika orang mahu menilai kepakarannya sebagai peguam, tetapi amat memalukan apabila orang luar membuat penilaian tentang peguam yang ditugaskan untuk menangani kes sepenting itu. Walhal jawatannya ialah Ketua Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Apabila berbicara fasal peguam SPRM ini, teringat wartawan RTM yang menggasak DSAI di lobi Parlimen suatu ketika dahulu. 2X5, 5X2. Bagi saya, dia bukan sekadar pelawak, tetapi tidak beradab! Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR: Cara Ketua Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Musa menyoalbalas Pakar patalogi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues Teoh Beng Hock semalam menjengkelkan banyak pihak.
Dr Pornthip sendiri melepaskan kejengkelannya terhadap Abdul Razak Musa dalam soal balasnya sehingga bertanya kepada koroner, "Apakah dia ini seorang peguam."
Soalan-soalan beliau juga membangkitkan kejengkelan juga di kalangan pemerhati yang memenuhi mahkamah koroner itu.
Antaranya Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Palrlimen Kuala Selangor.
"Bayangkan pelawak ini akan menjadi seorang hakim satu hari nanti...Oh Tuhanku, selamatkanlah Malaysia," tulis beliau dalam twitter yang dihantar dari dalam mahkamah.
"Maaflah, pelawak ini peguam SPRM...padanlah (nama baik) SPRM dalam situasi sekarang," tulis beliau lagi.
Dr Dzulkefli ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejengkelan ini berlaku kerana cara Abdul Razak menyoal kelihatan tidak profesional dan cuba mengaibkan saksi yang akhirnya memalukan beliau sendiri.
Ini ekoran soalan yang bukan-bukan ditanya oleh Abdul Razak termasuk mencabar kewibawaan saksi itu dengan berkata dia bukan seorang pakar di Malaysia kerana tempat universiti beliau belajar tidak diiktiraf di Malaysia.
Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar iaitu Mahidol University adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia. Jawapan ini menyebabkan mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan dengan jawapan itu.
Menurut laman web Topuniversities pada tahun 2010, Mahidol University berada tempat ke 28 di Asia manakala universiti terbaik Malaysia iaitu Universiti Malaya berada di tangga ke 42 iaitu di atas sedikit dari universiti kedua di Thailand, Chulalongkorn University yang berada di tempat ke 44.
Menurut laman itu, universiti di Malaysia yang tersenarai dalam 200 universiti terbaik di Asia adalah Universiti Malaya tempat ke 42, Universiti Kebangsaan Malaysia (58), Universiti Sains Malaysia (69), Universiti Putra Malaysia (77), Univeriti Teknologi Malaysia (82), Universiti Islam Antarabangsa (151).
Di Thailand pula, universiti yang tersenarai adalah Mahidol University tempat ke 28, Chulalongkorn University (44), Chiang Mai University (79), Thammasat University (91) Prince of Songkla University (101), Khon Kaen University (122) dan Kasetsart University (126).
Dalam soalbalasnya, Abdul Razak juga berkata, kemungkinan mangsa mencekik dirinya sendiri dan bukan dicekik oleh orang lain sebelum terjun.
Menurut Dr Dzulkefli (gambar) yang sebelum ini adalah pakar toksikologi dari Universiti Sains Malaysia sebelum menyertai politik, jawapan Dr Pornthip yang banyak dipertikai oleh Abdul Razak memang wajar kerana patologi bukan sesuatu yang kuantitatif seperti toksikologi tetapi ia lebih kepada kualitatif yang boleh berubah berdasarkan fakta.
"Jawapan dia sebelum bedahsiasat kedua 80 peratus dibunuh adalah berdasarkan fakta ketika itu. Lagipun, pandangan pakar dalam patologi boleh berbeza antara satu sama lain berdasarkan sudut pandang mana yang diambil," katanya.
Menurut Dr Dzulkefli, apa yang dilihat oleh Dr Porthip adalah kecederaan pada laher yang boleh disebabkan oleh objek tumpul yang dihentak kepadanya di samping tidak ada bukti yang jelas kecederaan pada tangan dan kaki mangsa.
"Menurut buku, jika mangsa jatuh dalam keadaan sedar, kaki dan tangan mangsa akan cedera teruk kerana mangsa akan cuba menjaga badan yang lain apabila jatuh ke tanah menyebabkan kaki dan tangan yang cedera teruk...Dalam kes ini Dr Pornthip melihat tidak ada bukti yang jelas di situ, sebab itu dia membuat kesimpulan mangsa cedera atau tidak sedarkan diri ketika jatuh," terang Dr Dzulkefli.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.