Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 24 Ogos 2010

Lembaga Penapisan Filem Malaysia: F*CK Bukan Mencarut. Wow!



Lagi sekali. WOW! Selepas ini, filem Malaysia pun boleh mengunakan perkataan f**k. Asalkan maknanya mengikut kamus LPFM. Penerbit filem perlu mendapatkan kamus tersebut. Mungkin banyak lagi kata-kata yang semakin meniti di bibir anak-anak muda hari ini diluluskan oleh LPFM. Tangan dan lidah masih kaku dan kelu untuk menulis. Saya sambung kemudian. Wow!

Beberapa jam kemudian: Tangan saya masih tidak dapat menaip papan kekunci, otak masih beku. Masih tertanya-tanya terhadap tahap kebangangan orang yang memberikan kenyataan di bawah ini. Tengok nama, ingatkan Cina atau India, rupa-rupanya Melayu Islam!

Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) tidak memotong beberapa dialog yang menggunakan perkataan “F***” dalam filem The Expendables kerana ia bukan menjurus kepada dialog  untuk mencarut.

Naib Presiden LPFM, Datuk Jamel Ariffin berkata, perkataan “F***” yang digunakan untuk beberapa dialog dalam filem berkenaan hanya merujuk kepada maksud maki hamun untuk sebuah adegan pertarungan.

“Ia bukan merujuk kepada makna yang satu lagi iaitu mencarut. Kita seharusnya faham kata-kata itu keluar bersesuaian dengan adegan yang ditampilkan dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas komen seorang pembaca dalam akhbar The Star, Selasa, yang melahirkan rasa kesal terhadap agensi penapisan filem itu kerana tidak memotong adegan berkenaan.

Pembaca yang menggunakan nama “Concerned Parent” itu berkata, perkataan “F***” tidak boleh digunakan walau dalam apa cara sekalipun kerana kebanyakan penonton filem tersebut adalah golongan remaja.

The Expendables adalah sebuah filem aksi lakonan Jet Li, Dolph Lundgren dan Sylvester Stallone yang ketika ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem itu diklasifikasikan sebagai 18+ iaitu sebuah filem aksi untuk tontonan golongan dewasa.

Jamel berkata, banyak perkataan “F***” terdapat dalam filem berkenaan tetapi telah ditapis oleh panel penapisan sebaliknya hanya beberapa ayat sahaja dibenarkan untuk siaran kerana ia dilihat tidak menjurus kepada makna mencarut.

Bagaimanapun untuk siaran di televisyen, filem ini akan ditapis secara halus dan semua perkataan yang ada kata-kata tersebut akan dipotong.

“Kita kena sesuaikan dengan keadaan sebelum membuat pemotongan berbanding prosedur enam atau tujuh tahun lalu. Kalau untuk siaran televisyen memang ayat itu akan dipotong habis tetapi untuk siaran di panggung ia masih dibolehkan bersesuaian dengan klasifikasinya iaitu 18+,” katanya.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH